Aku ada sorang jer adik lelaki kandung dalam dunia nih.
Walau apa pun terjadi dia tetap adik aku. Jodoh dah ditentukan oleh Allah s.w.t
kene terima qada & qadar nya.
Majlis pernikahan diadakan di masjid Pantai Remis Perak.
Adik aku selamat melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sahaja dan sah
menjadi suami. Selamat sudah....
Majlis bersanding belah perempuan diadakan pada keesokkan
hari nya. Pukul 12.30 dah kena bertolak dari homestay Seri Iskandar ke Gelung
pepuyu. Agak kelam kabut sikit rombongan sebab datang dari 2 arah...pengantin
dari arah selatan hantaran dari arah utara...then bertembung. Bayangkan dengan panas tengahari & perut
memboyot aku pegang hantaran ngan anak-anak entah kemana..menjerit2 panggil
nama anak takut dia lari arah jalan raya. Bersanding, snap2 pic then tengok
orang makan..aku kalau penat memang aku tak larat nak makan. Tak ada selera.



Dah berpeluh-peluh menunggu jumpa sedara-mara semua balik
ler ke homestay , naik satu kereta Alza penuh dah amcam sardine dalam tin.
Balik pun dengan tergesa-gesanya sebab owner homestay tu dah tunggu ada orang
nak check in pukul 3.30 tu jugak. Penat tak hilang weiiiii...walawei
betul..pack semua barang-barang masuk dalam kereta. Kemas sikit-sikit jer
homestay tu lantak lar nak cepat sangat kan.Denganpakai baju tadi jugak tak
sempat nak mandi bergerak balik ke Puchong. Berhenti dekat Petronas Athirah nak
berak pulak, mandikan sekali sian anak aku panas tadi. Perut baru terasa lapar,
beli ler roti & air kat Petronas Mesra. Makan dalam kereta..on the way lalu
jalan kampong abah dekat Telok Bakung, abah ajak Iqbal tengok sungai. Singgah
ler kami tengok Kerbau dan sungai perak. Tempat kenangan masa kecik kutip remis
seronok sangan sebab dulu air jernih dan cetek jer. Sekarang tengok air macam
scary jer macam dalam. Setengah jam berehenti tengok permandangan & kerbau
terus gerak balik Puchong.




Sampai-sampai puchong boleh pulak sekali dengan rombongan bas
satu flat.
Kepenatan yang amat sangat & nothing can describe the
feel by word...errrmmmm