Nuffnang

Monday, March 24, 2014

MH370:Alfatihah :'-(

Sedih sangat berita bila Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak mengesahkan lokasi terakhir pesawat MH370 berakhir di lautan hindi berkemungkinan ianya terhempas.

Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arabdan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timurmeridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.


Luas Kawasan
·         Luas: 68,556 juta km²
Panjang Pantai: 66,526 km
Titik ketinggian:
·         Titik terendah: Palung Jawa -7,258 m
·         Titik tertinggi: permukaan laut 0 m

Tetiba tebayang kita di tengah-tengah lautan hindi, percentage untuk hidup adalah 0%. Ya Allah sedihnya, memang kalau pesawat tu terhempas di tengah lautan tu then penumpang dan anak kapal semua dapat keluar pun dari pesawat tu memang susah untuk terselamat.Kerana keadaan lautan hindi yang sentiasa bergelora dan cuaca ribut yang sangat tak menentu.

Semua rakyat di dunia nih berasa sedih dengan berita terbaru ni. Bayangkan selama 17 hari semua rakyat berharap pesawat tu selamat dan penumpang serta anak kapal hidup, bila dapat berita pesawat tu terhempas dan semua penumpang mungkin tidak selamat.Memang memilukan hati dan perasaan, sedih yang amat. Takziah pada keluarga penumpang dan anak kapal, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 
Semoga ahli keluarga MH370 serta anak-anak kapal tabah untuk menghadapi berita ini. Kami turut bersedih... :'-(

Thursday, March 13, 2014

Bergambar dengan Tun Dr Mahathir bin Mohamad




Untung sangat-sangat dapat bergambar dengan Negarawan Malaysia Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Beliau merupakan Penasihat Proton, setiap hari selasa beliau akan berada di Proton COE.Masa nak bergambar nih beliau sempat bergurau, "Ha..50 sen yer" aku gelak jer...speechless sangat2...Aku tak sempat nak bertanya khabar, perasaan masa nih berdebar macam dalam mimpi jer..hahaha...dah 2-3x terserempak dengan beliau di Proton tapi macam takut sangat nak mintak bergambar, malu pun ada. Tapi dalam hati nih meronta-ronta nak bergambar kenangan bersama Negarawan Malaysia nih.
Akhirnya dapat jugak bergambar kenangan...Alhamdulillah...huhuhu

Aku memang mengagumi beliau kerana beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia.
Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun.
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia(MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.


Blog beliau: http://chedet.cc/blog/.


Wednesday, March 12, 2014

Check Up 2 Bulan Nur Athikah

Hari ni Check up Athikah 2 bulan, aku bawak check up dekat Klinik Kerajaan jer. Anak-anak memang aku prefer check up Klinik Kerajaan sebab details siap bagi consult macam mana peringkat umur anak nih punya perkembangan. Lagipun free of charges jer..
Check up kali nih aku pergi belah tghari pukul 2, tak ramai sangat orang beza dengan pagi yang macam-macam orang ada.Walupun lama menunggu tapi Athikah behave jer..tido..bangun..senyum..Tido balik….
Untuk check 2 bulan nih berat Athikah dah 4.75kg beza 1.15kg dari umur sebulan 3.6kg.Mana tak nyer melekap nyusu jer keje nyer. Minum banyak-banyak sampai muntah. Memang kerap sangat muak nyer. Banyak pulak tu…Kadang-kadang macam risau jer sebab tengok dia muntah banyak sangat…huhuhu..tapi Tanya doctor hari tu baby ok normal jer tak nangis kira baby sihat la.
Nih budak yang di check up hisap jari montok nyer slurrrpp..slurrppp…nak je raku gigit jer tangan tu.



Sebelum gi check up nih sempat ler pagi tadi pergi KWSP buat pengeluaran untuk pendidikan.