Nuffnang

Showing posts with label Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Baby High Fever sampai 40 darjah celcius...

Dah 3 hari baby atikah demam panas sangat-sangat. Aku sebagai ibu memang merutun jiwa tengok anak demam panas. Baby atikah time sihat memang aktif tergolek membebel main buih... time demam panas dia senyum pun taknak T__T ibu acah-acah pun x mau gelak...

Hari pertama demam bawak pergi klinik bawah rumah nih..turun jer tangga jalan sikit dah sampai klinik nyer...doktor lelaki..check2 suhu 38 panasnyer..doktor tnyer ader muntah2, cirit birit, selsema? selsema jer doktor...ok balik bagi ubat 5 jam sekali kalau demam lagi terus datang klinik yer...then dia soh nurse tampalkan cool fever kat dahi baby Athikah...

Then balik dah bagi makan ubat badan masih panas lagi...malam nyer pun panas sangat dah jerlung dengan air pun panas lagi...
Besoknyer tengahari pergi lagi ke klinik yang sama, masuk-masuk bilik doktor check suhu sekali 39.5, doktor tu terus sound aku cakap aku tak sayang anak...kenapa ibu tak datang malam tadi tengah malam ker kenapa datang sekarang suhu dah tinggi..kalau jadi apa2 kat baby nanti macam mana...membebel2 doktor tu yang membuatkan hati aku rasa sedih yang amat2..T___T dah la anak aku sakit demam dia lak nak tocer aku lak...ko sebagai doktor tak boley cakap yang baik2 ker nak bagi pressure lak kt orang... aku sebagai ibu sememang memang nyer aku sayang kan anak2 aku lar..ibu mana yang tak sayang kan anak la doktor %$^&*%$##@ bengang campur sedih....terus dia bagi surat refer hospital.

Aku terus bawak pergi Hospital Putrajaya...emengency ward then check lagi suhu 39.9...terus masuk zon kritikal nurse suruh bukak baju semua tinggalkan pampers jer basahkan semua badan dan kepala baby Athikah... pastu nurse datang lagi amik darah pulak..aku kene keluar tunggu jauh sikit tak bagi tengok nurse tu ambik darah...tetibe mengalir air mata aku sedih meruntun jiwa seorang ibu dengar anak meraung menangis ....sobbsss sobsss...



Cool ferver tak boley letak dekat kepala/dahi baby...ramai cakap bahaya letak cool fever dekat dahi.
Jap nak share...



Maksud dalam IG Dr Halina nih sebenarnya letak tuala basah ke tempat yang berbeza-beza dekat badan anak kita dapat bantu mengurangkan lagi suhu badan dia bukannyer cool fever 100% yang diubah kedudukannya
Lagi satu juga, cool fever bukan penyebab untuk dapat cerebral palsy jika tempek kat dahi.

Ok sambung citer balik
Sekejap jer dekat Emengency ward dah jerlum baby dengan air sejuk suhu pun dah turun...doktor check then dia suruh balik. Dia advice lar kalau panas lagi buat macam tadi jerlum dengan air sejuk jangan selimutkan or bedungkan baby biar dia tak pakai baju just pampers jer bagi panas keluar.

Balik jer panas balik badan baby Athikah...bukak kan baju semua tinggalkan pamper jer..sejukkan badan dia sampai suhu turun..Alhamdulillah turun sikit. Tido dengan basah-basah nyer...

Bangun tido rasa suhu badan still panas lagi...jerlum lagi dengan air...nak berdukung jer melekap kat badan...manja sangat nih...

Tengahari mandikan baby Athikah....jirus lama kt badan ngan kepala bagi kuar panas. Susu kan tido lena dia. Then selimutkan dengan kain pelekat ayahnyer.

Meruntum jiwa tengok anak macam nih.... Cepat sembuh yer sayang....

T_____________T




Tuesday, April 23, 2013

Al-Fatihah Abah Huda Kembali Ke Rahmatullah

Pagi-pagi dikejutkan sms dari huda yang beritahu dia cuti hari nih sebab Abah dia meninggal dunia akibat kanser paru-paru stage 4. Bayangkan lagi 2 hari Majlis pernikahan dia, Arwah Abah dia jadi wali pernikahan. Memang dugaan yang paling besar dan berat buat Huda sekeluarga. Semoga roh tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Kad Majlis Huda

Arwah Abah huda selamat dikebumikan pada pukul 12 tghari 23 April 2013 bersamaan dengan hari Selasa .

Takziah

Al-Fatihah

Wednesday, October 3, 2012

Sakit

Makin hari makin lama belakang badan aku makin sakit. Dari bawah bahu hingga pinggang, macam ader benda di cucuk-cucuk. Dah la seharian bekerja duduk mengadap laptop jer.



Baru-baru nih aku pergi darul syifa untuk berubat.Ustaz tu buat rawatan dengan baca ayat-ayat Al-Quran then letakkan tapak tangan dia dekat belakang badan aku. Terasa panas tapak tangan dia menyerap kedalam badan aku macam ada satu aura, mungkin aura ayat-ayat Al-Quran yang dia bacakan tu.Selepas tu dia tiup kat dalam botol air mineral, untuk buat minum & mandi.Dia ada juga bagi Daun Bidara. Aku ada baca dalam blog Darulsyifa pasal Daun Bidara ini.

Rawatan Daun Bidara


Salah satu ikhtiar yang diusahakan di Darussyifa’ ialah rawatan menggunakan daun bidara. Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :

“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara du abatu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”

Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.




Kaedah rawatan :
Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara untuk kegunaan tiga hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Ambil tujuh helai daun bidara ini kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur. Campurkan daun yang separuh hancur itu dengan air yang telah didoaka. Minum sedikit air ini kemudian dibuat bilasan mandi di waktu petang. Lakukan kaedah ini selama tiga hari berturut-turut.

Rujukan : Rawatan Penyakit Jasmani (I), Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din



Aku masih buat rawatan ni lagi. Alhamdulillah dah sedikit lega. Tapi perlu amalkan perkara-perkara sunat Rasullah s.a.w dan perbanyakkan membaca Ayat-ayat Ruqyah. InsyaAllah segala kejahatan dan gangguan halus boleh dihindari..Amin. Kita perlu usaha untuk mencari pengubat segala penyakit dan mengubati nya. Duduk diam sakit tak akan hilang , malah akan menjadi makin kronik.




Jadi renung-renung kan dan selamat beramal!!....