Nuffnang

Thursday, May 31, 2012

Jumper Blogger


Pergghh macam jumper artis lak aku excitednyer...

Masa wedding Zue di disimpang batu arang aku terjumpa blogger yang aku memang silent reader blog dia. Memang aku suka baca blog dia sebab blog dia penuh dengan cerita-cerita keluarga yang sungguh harmoni dan happy. Dia nih ibu kepada 4 orang anak pompuan, macam-macam cerita la dia kongsikan. Cerita yang bersahaja...

Masa mula-mula terserempak dia dalam bilik pengantin tuh aku macam eh’ macam kenal la..eh’ nih blogger yang aku selalu baca blog dia tiap2 hari..kalau dia rajin update aku selalu la bukak, kalau dah x der berupdate2 tak der la aku bukak. Tetiber aku macam blur..eh aper ea nama dia..ai ai jer aku igt... url blog dia x der la aku hafal..Cuma aku igt my life as mother macam tuh la...memamg aku tgh blur time nih...macam mana aku nak mula tegur dia nih....

Aku Tanya akak x der job lagi ker hari nih? Hari nih ader berapa job make up kan orang.. bergetar2 sore aku.. mesti kak ai dalam ati dia cakap ..eh budak nih..ntah ape2 ntah soalan dia nih..

Aku photographer for that day..so nak borak lebih kang aper pulak orang kater nk buat job ker nak mengular...hew hew

Aku just tanyer anak akak dah sihat ker? Akak hari tuh bukan sakit ker..denggi ker haper..

Rasa nak berborak tnyer macam-macam dekat blogger tuh...tapi aku blurr & tengah menjalankan kewajipan aku sebagai photographer...

Masa kak ai tuh nak pergi siapkan pengantin lelaki.. aku ajak dia tangkap gambar dengan aku..sekali Huda bley cakap aku selalu baca blog akak..dah dia tersipu malu..eh ko baca blog akak yang mana satu nih..aku cakap la yang personal..hahaha dah pecah tembelang kak ai..dalam blog open jer tulis & gambar pun gila-gila tapi syok tengok..dia jenis yang selamba..tapi bila jumpa live..kecik jer rupernyer kak ai nih..cantik pulak tuh....kagum aku..terus rasa nak buat idola...hahahaha

Monday, May 7, 2012

Nur Athirah

Demok..ooo demokk.. nama panggilan aku kat si Athirah nih..nama timangan Adik.. kononnyer nih yang adik ler ...no more adik for a while...huhuuhu

Macam-macam perangai athirah nih yang lucu & geram kadang-kadang  rasa nak marah tengok perangai dia yang macam-macam. Dia nih suker menyanyi...favourite song “ Pong pong pong..pong..pong pong...kerete kecil ku berbunyi...nyet..nyet..nyemut...itik bertelur ayam mengeram...” menyanyi dia bukan menyanyi tapi menjerit..pekak telinga mak ko nih asyik dok menjerit kat telinga nih nyanyi lagu favourite die tuh...
Makan jajan no 1
Melompat sampai penat

Aksi-aksi bila nak tangkap pic dia


Ultramen dai..Bertukar
Senyum mata sepet



Pose pipi tembam
Adik-beradik Ultramen

Gigih nak buat peace

Menagis pun no. 1

Aksi lucu athirah..x sakit pon...


Athirah dah hafal nama Ibu,ayah & abang..good..saper nama ibu “ Mimi tila...” Saper nama ayah..”mayel..” saper nama abang..”mamat kebal..” nama adik “ Atiyah...’jadik ler dik ader bunyi sama sikit...

Suke minum air sirap..”ibu..nak yiyap...” sikit-sikit nak yiyap jer...Kalau nak hantar atirah ke rumah babysitter mesti mak umpan gula-gula.. “mak ader gula dalam perti ais..” cepat-cepat dia masuk rumah...kalau tak merenget nak ikut aku pergi keje..ingat ibu nak gi jalan ke dik?

Suka melompat no 1...melompat sampai berpeluh-peluh.Lucu kadang-kadang perangai athirah nih. Ramai peminat athirah nih, pergi mana-mana jer mesti ader yang pandang-pandang usik-usik athirah nih. Dan athirah nih kalau time peramah dia memang peramah sangat, semua orang dia nak babai...suara dah la nyaring.Kene dia laung babai kat tempat private macam hospital tuh riuh giler dengar sore dia jer.

Keaktiffan athirah memang dah tahap hyper aktif.kalau kat rumah tuh habis semua benda dia nak bersepah.Gamaknyer suke benor makan gule-gule nih...peberet kalau pergi rumah orang kawin dapat gula-gula & jajan satu beg dah habis dah dia melantak sorang dalam kete bersepah-sepah plastic gula-gula dengan plastic jajan.Sib baik apak ko rajin mengemas kete dik.

Kebesaran badan athirah ader yang teka umur dia dah 3 tahun..huhuuhu baru jer masuk 2 tahun arituh..makcik ko ler yang teka..mengkayah...

Adik..demok..athirah..luv you so much...

Sunday, May 6, 2012

Suami Curang

(Bukan Laki aku)
Aku tak paham dengan lelaki yang dah kahwin nih keluar dengan pompuan lain..Tipu la kater kawan..ader ker lelaki yang dah kawin boleh berkawan dengan pompuan  bujang? Boleh pergi kenduri kawin sama-sama berdua. Tak kan tak ada rasa bersalah dalam diri lelaki tu kalau kawan-kawan bini atau sedara dia ternampak ko keluar berdua dengan pompuan lain. Tak terpikir ker perasaan bini ko nanti. Issshhh...benci aku dengan laki macam nih.Serius....

Kesian anak bini kat rumah boring nak pergi jalan-jalan ker, nak bawak makan-makan ker.  Ko boley pulak berlagak macam lelaki  bujang suke hati boleh keluar dengan pompuan lain sedangkan bini ko ader jer. Lain la bini ko dah mati dah bercerai ker...

Ape yang ko dapat melayan pompuan lain..dapat dosa ada lah. Daripada ko layan pompuan lain yang dah tentu-tentu dosa yang ko dapat, lebih baik ko layan bini ko, lagi la ko dapat pahala banyak. Ko layan betina lain hidup ko tak kan aman. Ko hidup dalam ketakutan dan penuh dengan dosa. Kalau ko layan bini bahagiakan keluarga, hidup ko akan terasa tenang jer, dan rezeki ko mencurah-curah.

Apepuntakboleh lelaki macam ni....

TIPS UNTUK MENGENALI SUAMI CURANG
Dari intim
1. Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri! Hah! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada seseorang yang diminatinya.
2. Suami pakai dua atau lebih talipon gengam? Ada sesetengah kompeni memang ada memberi kemudahan talipon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu talipon genggamnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan!
3. Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama. Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk, ya! Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula komplen yang anda tidak pandai itu dan tidak pandai ini! Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa komplen, suami akan bermasam muka.
4. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.
5. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa! Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan ‘kekasih gelap’nya, jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.
6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk supaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah. Ingat, ada tambang murah tiket kapalterbang yang memungkinkan suami melancong bersama ‘kekasih gelap’nya!
7. Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda? Jangan mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.
8. Suami selalu lewat tidur. Jika dulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, awaslah, jika kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di kaca televisyen dan suami asyik mengerling talipon genggamnya, berwaspadalah. Berkemungkinan suami mahu bermain sms dengan ‘kekasih gelap’nya! Lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.
9. Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”
10. Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.
Antara tip dan ‘kerja-kerja gila’ yang boleh dipertimbangkan oleh seorang isteri dalam menyelamatkan rumahtangganya ialah:
1. Talipon gengamnya selalu di‘silent’ atau ditutup ketika berada di rumah. Jika ini berlaku, tentu ada sebabnya, berkemungkinan besar ada sesuatu yang cuba disembunyikannya. Sesekali periksa talipon gengamnya, semak SMS, email dan panggilan telefon suami. Mohon penjelasan secara berhemah tentang sesuatu yang mencurigakan. Jangan mudah menghukum, tetapi tanyalah dengan baik pada masa yang anda berdua selesa.
2. Apa kata anda buat kejutan! Sesekali ambil cuti mengejut dan pergilah melawat suami di pejabatnya dan biarkan hati anda merasa apa-apa yang berlaku di sana.
3. Ambil peduli siapa teman-teman rapatnya. Pepatah Arab ada menyatakan: “Jangan tanya siapa dia, tetapi tanyalah siapa temannya. Setiap teman pasti mengikuti temannya.” Firman Allah SWT yang bermaksud, “Teman-teman yang akrab pada hari itu (akhirat), sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf, ayat 67). Sekali-sekala, apa kata anda hubungi teman rapatnya. Tiada salahnya jika anda inginkan kepastian teman-teman suami anda bukanlah dikalangan orang-orang yang boleh ‘merosakkan’ suami anda.
4. Perbaiki layanan anda terhadap suami dan lakukan perubahan yang positif serta selidikilah kekurangan diri.
Adakah anda seorang isteri yang terobses oleh suami anda? Jika anda tidak risau tentang hal ehwal suami anda sendiri, itu adalah petanda awal bagi keretakan perkahwinan yang dibina. Sayangilah diri dan suami, anda berdua akan kekal bahagia selamanya, insya Allah

Weeding Emon & Lynn..Gahtering Rumah Sally

Dah lama tak jumpa kawan-kawan Unikl. Memang time wedding ajer la dapat jumper kawan-kawan nih. Masa-masa lain mana sempat nak jumpa masing-masing sebok dengan komitment keluarga, anak-anak & kerja.

Kawan-kawan yang mana ada datang wedding aku jer , aku datang wedding korang..bley macam tuh..hahahaha..tak der la. Memang minggu nih aku tak der hal aper-aper memang aku plan nak datang wedding ko nih Lyn kalau tak macam-macam hal aku (bukan aku,laki aku) hehehehe...
Emon & Lynn...Sepadan korang
Kalau aku datang sorang tak seronok la, sebab nanti nak menjawab macam-macam persoalan, Mana laki ko? Mana Anak-anak Ko? Kenapa x bawak laki & anak2? Dan macam-macam lagi persoalan yang aku nak kene jawab dengan kawan-kawan nanti. Kalau sorang yang tanye boleh la aku nak menjawab nyer, ni kang lepas sorang-sorang aku nak jawab..perggh letih...nih la lumrah hidup dah berkeluarga.So, kena la angkut sekali anak-anak & laki nih.kalau dah angkut sekali tu paham-paham la..memang huru-hara sikit tapi masih boleh control, tumpah air tuh memang dah di jangka akan berlaku. Sib baik aku leh control aksi Ibu Singa aku nih...x der yang menguling2 atas tanah atau menjerit2 nak balik. Bagus anak-anak ibu macam nih..ikut jer ibu kemana sahaja aku pergi, walaupun apak ko ader ko tetap nak pegang tangan ibu ko nih. Aku nak bergambar pun x ley nak cun-cun sebab anak-anak nak berkepit jer dengan aku, kalau sorang x per..dua2 sekali nak pegang tangan tak nak lepas, macam mana ibu nak buat peace nih..hahahahaha ..dah gambar ibu tak macam mude remaja..
Ibu & Bakal-Bakal Ibu..Masa nih wec tgh pregnant 6 Month

Gemok nyer aku...malu tengok badan sendiri...
Ayu,aku, Kak Chik, Wec, Lyn ,Kin, Sally, Dayah & Ekin
Ayu,aku, Kak Chik, Wec, Lyn ,Kin, Sally, Dayah & Ekin
Tahun ni memang ramai member-member Unikl yang melangsungkan perkahwinan. Hujung bulan nanti Lyn jugak..Kak lyn kahwin..panggil Kak lyn tapi sebaya aku.. member-member lain panggil kak lyn aku pun dah terikut panggil K.Lin...sebab dorang panggil aku mimi jer tak der kakak so aku dah rasa la tahap umur aku nih sama dengan dorang.Padahal masing-masing muda setahun dari aku... aku kana wet muda..perasan...

Member-member ramai yang tak datang,kalau dapat berkumpul satu kelas lagi best sangat. Balik dari kenduri rumah lyn , Sally ajak pergi rumah dia. Mula-mula Big Bos x mau pergi, adik ipar tinggal sorang-sorang kat rumah.. aku Tanya lagi sekali dia kata Ok.Sib baik dia paham, aku dah la susah nak jumpa kawan-kawan aku nih.

Kemas jer rumah ko sally, tak ada anak lagi memang boleh kekal kan dengan kekemasan & kebersihan. Kalau ada anak ko kemas satu kali, 10x kali anak-anak ko kemas balik rumah (bersepah). Macam rumah aku dari complete barang-barang rumah dulu sampai kena simpan-simpan barang yang mana boleh menjahanamkan nanti. Mekasih la sally masak Spegethi dengan goreng Keropok berpeluh-peluh ko, sampai mekap cair . Mana x nyer,balik dari kenduri Lyn terus masak. Express jugak ko masak. Makan-Makan sambil borak-borak... Nak dekat 3 jam la jugak lepak rumah sally semalam, tapi x puas la nak borak-borak.Rasa macam nak ajak dorang plan pergi bercuti gathering kat mana-mana. Tapi kang aku yang cakap aku lak yang kena jadi organiser... ape lar..
Sedap Spegethi Express Sally

InsyaAllah kalau ader rezeki & umur yang panjang aku nak buat gathering kawan-kawan datang rumah...Tapi bukan dalam masa terdekat nih la..tunggu aku dah ader rumah sendiri nanti.

InsyaAllah.... J

Saturday, May 5, 2012

Belated besday Iqbal Dis 2011 3 Years


Belated besday Iqbal

Besday Iqbal yang ke-3 tahun baru celebrate, buat kecil-kecilan jer dekat kampong johor last year Disember 2011. Buat bakar-bakar ayam dan sosej.



Playground outdoor for our Kids


Memang dah jadi kebiasaan setiap petang bawak-bawak anak main playground kat taman-taman. Taman dekat puchong selalunyer ramai orang .Selalu aku bawak dorang main dekat Taman Tasik Permaisuri Cheras. Puas sikit dekat sini banyak playground nyer...Kalau malam bawak pergi Taman jaya PJ, sambil berjongging menguruskan badan.

Athirah nih kalau pergi ke tempat playground nih dia suka tengok orang. Main-main sikit pastuh dok perhatikan orang-orang lain.Aku panggil pun x dengar..penat melaung nama dia jer...kalau gelongsor rendah2 tu berani turun kalau gelongsor yang berterowong tuh penakut nak masuk turun.

Iqbal berani bukan main...berlari sana berlari sini..kalau dia pergi tempat jauh sikit tau lak dia jenguk-jenguk mak apak nyer yang memerhatikan jer dia dari jauh. Kalau x nampak muker dia nampak cemas..sajer jer aku nyorok2 biler tengok dia macam mencari..tau pun takut. Hahahaha

Main la anak-anak dengan puas nyer..kalau x dapat datang kat tempat playground terkurung la kat rumah tu macam burung dalam sangkar...kalau bukak grill rumah kang korang keluar masuk rumah opah pastuh balik rumah dengan tak pakai kasut nyer..adoiyai berpasir rumah..tu yang aku x suker tuh..










Air Terjun Hari Pekerja


Plan nak pergi mandi air terjun dari balik kampung hari tuh. Si Iqbal dok main pelampung Ben 10 dekat umah nenek dia, apstuh sebok dok ajak pergi air terjun..Jom lah ibu gi air terjun, aku serba salah cakap "tanyer la ayah tu...ayah plak pass kat ibu..adoiyai...budak nih kalau kemahuan dia x diturutkan meragam lain macam..rimas dibuatnyer...nanti2 lah iqbal kita balik KL nnti kita gi mandi air terjun ea.Ha..ambik ko dah janji nih kene la tepati..kang dia tuntut..huhuhu..

Akhirnya 1 May Hari Pekerja tunaikan lah niat si Iqbal nak mandi air terjun, bawak gi Hutan Lipur Lentang dekat Highway Karak..x der la jauh sangat kot dari rumah..1 jam lebih perjalanan. Bawak sekali Umi & kawan dia Wana.Bawak la bekalan bihun goreng dengan air teh panas.Siap bawak Khemah sekali apak ko.Macam family besar lak pergi kalau pergi ramai-ramai lagi seronok.

Pelampung kat umah Puchong nih dah la ader 1 jerkk..tu pun dah bocor tempat duduk tengah dia.Berebut-rebut kang dengan adik dia.Belikan jer lah pelampung zirafah dekat Hutan Lipur Lentang tuh. Seronok lak dorang..Iqbal & Athirah.

Layankan jer la anak-anak nyer permintaan...rendam la sampai kecut-kecut semua kulit.Dah lapor kebulor sumbat makanan pastuh rendam lagi sampai gigil-gigil athirah.Si athirah nih penakut sikit, tolak ke tempat air deras menjerit.

Ramai giler orang datang sini hari ini, cuti semua org nak beriadah bersama kerluarga. Sib baik lah kitaorg keluar rumah datang pagi2 sikit walaupun plan lagi awal sebenarnya tapi terbangun lambat sikit. Tu pun dah kene sound dengan apak nyer.Adoiyainyerpun..

Air kat sini tak sejuk sangat...rendam2 dah tengah hari bungkus-bungkus barang balik...penat giler...