Nuffnang

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Sunday, August 3, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Belum terlambat nk ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri pada semua. Sudah seminggu beraya kiter...sekejap jer masa berlalu....
Tahun nih beraya di Johor Felcra Bukit Kepong.Sememangnyer kalau beraya disana memang sakan beraya. Seminggu penuh non stop beraya...
Malam sebelum raya, macam biasa main bunga api & menikmati bunyi bunyian mercun duumm dumm dammm macam dekat palestin jer rasa...mercun sana sini...

Pagi raya sebelum solat makan dulu alas perut, then siap-siap pakai baju raya... sambil tunggu dorang balik raya kemas-kemas rumah dulu. Salam salaman raya macam selalu....air mata berjurai-jurai tapi rasa macam tak sampai jer kedalam hati..errrmmmm...



Selepas tu ziarah kubur Arwah biras Julia, arwah anak dia Nur dan Arwah along husband. Tetibe terpikir macam mana keadaan arwah didalam kubur pada masa tu. Dia nampak ker kita? apa dah jadi dengan jasad dia dalam kubur tu. Terbayang kan kalau kita dah mati nanti macam mana kita dalam kubur tu..Allahhuakhbar.....setiap kali ziarah kubur arwah biras adik ipar mesti menangis....
Selepas ziarah kubur di Felcra pergi ziarah pula kubur arwah atok dia sawahring di Kundang ulu...aku duduk dalam kereta atikah tengah tido lena sambil mengempeng...Then terus beraya ke rumah sedara FIL...

Ziarah lagi ke kubur di Bukit Gambir then terus ke Muar beraya ke rumah Mak Itam adik ipar MIL. Sampai malam berjalan raya...

Raya Ke-2...

Beraya ke Kuantan pulak hari nih. Pergi Ziarah kubur arwah atok minah mak kepada FIL di Felda Lepar. Then beraya sekali ke rumah sedara FIL di Felda Lepar. Balik tu beraya pula ke Felda Pemanis rumah abang MIL...sampai malam juga...


Raya Ke-3

Pada hari ke 3 raya pergi ikut MIL beraya ke Melakau pulak.Bergerak pun dah petang. Pergi rumah sedara MIL dekat Londang, lepas tu pergi rumah Arwah Biras Julia di Tanjung Bidara. Masuk2 jalan menuju ke rumah dia terasa rindu sangat2 dengan Arwah rasa macam dia hidup lagi. Adik Ipar jumpa adik2 arwah menangis dia...anak arwah Danish masuk2 rumah melilau macam mencari sesuatu..sayu jer..MIL aku dah meleleh air mata sambil tengok2 rumah arwah.Adik ipar masuk bilik solat, lama dia duduk dalam bilik arwah. Makan-makan semua dah kenyang then terus balik...


Raya Ke-4

Duduk rumah jer siang...tapi dengar jugak FIL berbincang nak naik KL katernyer. So, planning husband aku nak duduk kampung sampai hari Ahad terbantut. Kena lar follow FIL jugak naik KL. Siap-siap semua barang yang di pack then malam pukul 11 malam gerak pergi Semenyih tido rumah adik ipar dulu.

Raya ke-5

Pagi-pagi bangun tengok ader biras aku dengan adik ipar baru balik dari Kedah tengah tido, bila masa sampai aku pun tak sedar.Macam-macam dorang bawak barang dari Kedah. Breakfast dulu, makan nasi lemak MIL bawak dari rumah semalam. Biras belikan breakfast nasi lemak. Lepak-lepak dulu rumah adik ipar, lepas sembahyang jumaat MIL decide nak beraya ke rumah sepupu FIL dekat Desa Pingiran Putra. So, bergerak la ke sana beraya. Balik terus ke rumah aku tido pulak kat rumah aku satu malam. 1st time FIL tido rumah sejak pindah nih.




Raya ke-6

Raya ke-6 dirumah ku..huhuhu..pagi-pagi dah kerah husband gi beli breakfast. Barang-barang rumah banyak tak der..huhuhu...lepas breakfast gi beli lauk & barang-barang dapur. Mil suruh masak gulai rebung udang, masak sambal petai. Mil aku bagi arahan, aku dengan adik2 ipar ngan biras masakkan. Dah selesai masak & makan. Bersiap-siap nak pergi rumah abang MIL dekat Pantai dalam. Bergerak lar masing-masing packing baju sekali nak tido rumah adik ipar lagi sorang pulak kat pantai dalam.Beraya di rumah Paklang dulu sampai petang. Lepas maghrib bergerak ke rumah anak buah MIL kak yam dekat Cheras Alam Damai.Balik terus ke rumah adik ipar Pantai Dalam tido rumah dia.Penat sangat...

Raya ke-7

Pagi-pagi bangun solat subuh dulu then breakfast, FIL bersiap-siap nak bergerak balik ke Felcra balik. Adik ipar mengajar tengahari nih.
Kitaorang pun balik lar ke rumah masing-masing. Sampai rumah kemas-kemas ape2 yang patut, pastu melenggu tak tahu nak buat aper...tido la jawab nyer. 

Keseduhan berhari raya dalam seminggu nih..semua belah Husband...belah aku nan hado...walaupun hati gembira beraya bersama FIL tapi hati memberontak nak beraya dengan family belah aku jugak....errrmmmmm sedih..





Sunday, December 15, 2013

My New Niece


Biras aku selamat bersalin pada 15hb Disember 2013 di PPUM. Dapat baby girl berat 2.96kg. Aku dengan husband datang melawat.Comel giler baby nih...time belum ada nama di beri. Masa nih aku dah 38weeks pregnant.Tunggu masa jugak nak deliver.Bila dah tengok biras dah bersalin hati nih mula la risau biler la time aku nih..huhuhu

Muka x sabar nak bersalin

Balik dari PPUM , dah alang-alang dekat dengan Bangsar nih. Hari tu aku tertegok orang post status makan dekat Dip n Dip Bangsar , makanannyer chocolate air chocolate..meleleh air liur aku ngidam lak nak makan tu. Ajak arr Husband gi Dip n Dip nih..huuhuhu..
1st time pergi main terjah jer, so aku google la kat mana tempat dia nih…dah park kete tu berjalan la kaki sampai ke Bangsar village tu..tak jumpa2 pun restoran nih. Try search balik…try waze pulak..confuse lak aku pening dah..Jom lar pergi kat kereta balik.Tengah sarat-sarat berjalan memang memenatkan, macam dah berputus asa jer nak ajak balik. Sekali kat kereta terpandang Dip n Dip…hohhh kat sebelah parking kereta jer restoran nyerr..aduyaiii…
Ok dapat jumpa jugak..masuk restoran tu then tengok menu..mak datok mahal jugak menu-menu nyer..so, cari ler yang murah sikit yang mampu dibayar..hahahaha..
Nih la menu aku makan hari tu..lepas ngidam dah…ngeh..ngeh..ngeh…



Monday, October 28, 2013

Gathering BFF @PD..Berbabeque

Seronok sangat dapat lepak dengan BFF..semua ada complete dengan anak2 & husband masing-masing.

Planning nak gathering nih dalam 3 bulan sebelum nyer. Ini la senang nyer kalau kemudahan berkomunikasi yang semakin canggih sekarang. Sejak dah bergroup whatsup..kami buddy tak akan terpisah..Iklan digi sekejap...hahahaha...
Seronok hari-hari berwhatsup macam-macam citer..pasal anak, zaman sekolah dulu lar..kisah-kisah dulu biler citer-citer balik memang kelakar...pasal masalah la, nasihat, pandangan dah bermacam-macam lagi kami buddys berkongsi...seronok sangat2 ada kawan2 macam korang...


Ada drama malam sebelum nak pergi gathering nih. Memang betul2 dugaan bagi aku, sangat-sangat mencabar tahap kesabaran dan kewarasan akal dan fikiran. Beristighfar banyak-banyak masa kejadian malam tu.
Kenapa selalu jadi benda2 macam nih bila time & masa aku nak spend untuk sebelah pihak aku? selalu sangat lah...sampai rasa fed up...sorry lah dah ter'emosi pulak....uiissssshhhh dah pergi jauh2 emosi itu..aku tak suka emosi itu...x suka...biarlah lenyapkan emosi itu...

Tapi aku tetap nekad pergi jugak PD walaupun aku tak follow konvoi kawan-kawan aku...x larat pun aku gagah kan demi sebuah persahabatan...ceeewaahhh..
Walupun aku lambat..aku berjaya sampai juga ke destinasi yang dituju...
Sampai-sampai tepi Pantai PD di Tanjung Tuan, kereta sangkut dekat pasir pantai...uiisshhh lagi mendatangkan rasa kemarahan dalam diri. Dah la emosi aku x berapa nak elok...sabar banyak2...

Terus aku lepak dengan sahabat-sahabatku...bawak anak2 mandi....emosi kembali stabil...borak-borak gelak-gelak..hilang penat aku semalam...tengok anak2 happy aku pun happy terus...

Ibu, mama bersama anak2...melayankan karenah anak-anak jer..tengok dorang main sama-sama dengan anak-anak BFF bahagia sangat..semoga persahabatan ibu, mama akan terwaris kat anak-anak pulak...

Ayam yang sedang di bakar untuk santapan...


Ayah, papa yang sedang membakar ayam..berbabeque...


Port betul2 tepi pantai di bawah rimbunan pokok-pokok yang redup...

Anak-anak yang sedang bergumbira bermain air laut dan ombak pantai.


Atirah dan Qena..best friend..bagus athirah jadi guard si qena..pandai berkawan.


Bila dah penat main air, berpanas melekit...isi perut dulu makan & minum...Ibu2 ayah2 melayan anak2 makan...

 Sebelum nak balik snap pic BFF with the family. Memang seronok dapat gahtering macam nih dengan BFF family. Semua ada masa nih...rasa sekejap jer masa dah petang semua dah nak balik. uhukuhuk...
Next time planning lagi kita plan aktiviti best sikit.

Husband2 with son.


Kami buddys tak akan terpisah...sayang korang ketat2....Muaaahhhhh!!!!


End...

Tuesday, October 15, 2013

Aktiviti di Kampung pada cuti hari Raya Aidiladha 2013

 Aktiviti anak-anakku kalau balik Felcra rumah Atok & Nenek, pagi-pagi lepas sarap dah turun main tanah. Al maklumlah duduk rumah x der tanah...biler balik kampong bebas nak buat bermacam-macam aktiviti. Gasak korang ler...jangan korang happy...
Pagi-pagi lepas sarap main basikal dulu../keluarkan peluh...Lepas tu main tanah.


Malam sebelum hari raya aidiladha,buat barbeque bakar-bakar ayam. Gambar membakar banyak dekat kamera adik ipar. Bakar 2 ekor ayam, makan sampai lebam. Last buat barbeque masa Arwah Juli ada..time buat barbeque nih hati aku sayu jer..tetibe teringat kat dia. Sobs..sobs...Danish la pengubat rindu pada Arwah Juli.

Pada petang selepas penat memasak lauk-lauk untuk Hari Raya Aidiladha, MIL ajak round dekat Kg Tui-Felda Maokil...MIL selalu ajak round dekat sini sebab view sangat cantik...permandangan atas bukit...



Pada Hari Raya Aidiladha, selepas solat raya MIL ajak pergi Melaka bawak Danish jumpa sedara-mara Arwah Mama dia. Aku pun follow jer MIL. Sampai rumah Mak sedara Arwah, masing-masing sedih/menangis bila tengok Danish. Danish jadi tumpuan sedara-mara Arwah, masing-masing nak dukung main-main ngan Danish. Ada yang tangkap gambar, amik video. Sampai penat Danish, tido sekejap kene bedung MIL yang dodoikan.

Balik singgah sekejap dekat teluk klebang/Tanjung Bidara amik angin pantai.
Air laut naik, tapi ramai yang mandi dekat pantai ni...seram jer tengok  


Sunday, September 29, 2013

Lepaking di Putrajaya bersama FIL

Minggu yang sangat penat bagi aku. 
 Lepas balik dari wedding adik lelaki di perak, siap-siap kan anak-anak dan diri terus rushing ke bangi. Dorang dah tunggu untuk dinner sama-sama. Sampai-sampai Restoran Yankies Hut bangi, husband dah tunggu kat depan.Pakwe adik ipar pun ada makan sekali ngan kitaorang. Lepas dinner terus balik Semenyih tido rumah adik ipar. 



Hari ahadnyer bangun pagi-pagi bancuh air milo cicah biskut breakfast then terus gerak pergi balik rumah dulu kat Puchong. Siap-siap terus pergi kelas dekat UITM Puncak Perdana. Kelas dari pagi sampai petang ni 1st kelas aku untuk sem nih. Lepas jer kelas terus balik puchong, husband amik kat rumah terus bawak pergi putrajaya lepak-lepak kt dataran Putrajaya.


Balik rumah malam tu pinggang rasa nak patah jer...sib baik husband tolong urutkan.


Sunday, July 21, 2013

Berbuke bersama BFF Ramadhan 1434

Berbuke puasa bersama BFF riuh sekampung.Plan untuk berbuke bersama-sama 3 minggu awal dah set kan tempat dan budget masing-masing...
Masing-masing dengan family masing-masing...memang meriah...
Anak-anak lar yang memeriahkan suasana...
 
Tempat berbuka tahun ini di Island Steamboat Kg Melayu Subang.
 
Alamat:Lot 3370, Jalan Kemboja, Seksyen U5 (Kg Melayu Subang), 40150 Shah Alam, Selangor
GPS: N03 09.746′ E101 31.765′
 
 
HARGA:Dewasa – RM21.90 nett/pax
Kanak2 – RM9.90 nett/pax (6-12 tahun)
Bawah 5 tahun PERCUMA 








 
Berpeluh-peluh ketiak meng' steamboat...ada masah sup campur masak tomyam...goreng udang,sotong daging...
Mana nak layan anak nyer lagi berlari berkejaran...sambil memasak, mengoreng sambil-sambil menjeling2 anak masing..ada yang mak2 jadi tarzan menjerit panggil nama anak..lawak macam-macam kerenah mak-bapak dan anak-anak nyer perangai.
Macam nih la kalau dapat berkumpul riuh dan seronok.
Kg Melayu subang dekat dengan lapangan terbang subang...nampak la kapal terbang nak mendarat dan berlepas...tap kali lalu jer kapal terbang anak-anak dah bersorak....seronok dorang.
Biler tengok anak-anak seronok mak ngan bapak pun seronok.
Biler la nak berkumpul lagi yer kawan-kawan...
Next planning please...


Thursday, March 28, 2013

My Best Friend Wedding Zuraini & Faizal (Jay)

My best friend masa UNIKL dah selamat berumahtangga dengan admirer dia Jay 24hb Mac 2013... 
bercinta selama 9 tahun kot...perghhh lama giler...mula-mula Jay minat Zura dalam diam jer..kem2 salam. Sampai lar Zura excident extend dan terus berhenti Dip. Then, dorang still contact dan akhirnya couple dan berkahwin sekarang...Alhamdulillah...
Cantik Zura...
Majlis di adakan di Chalet Ayah Zura bertempat di Janda baik.
Tempat sangat mendamaikan...

Gemoknyer iuolls...errkkk.


Acara memotong Cake.


Ada pasukan dikir barat & wayang kulit lagi.Orang kalate...


Athirah ngan Iqbal teruja tengok kete kuning nih...Ibu kete mainan lar..nak naik...hehehehe
Snap pic jer anak-anak..bapak sekali....huhuhuu


Monday, March 11, 2013

Berkelah di Sg. Tekala

Time Adik Ipar dalam panggilan Ops Daulat kena pergi Sabah..Family In Law datang sini lepak rumah dia dekat Semenyih. Kami pun datang melepak jugak..tido sana sekali. Kesian pulak tengok wife dia yang sarat mengandung dengan ada high blood presure lagi...then tak ada parent sebab dah meninggal.
FIL sampai malam bawak Nasi Ambang, makan la anak beranak...
Esok pagi nyer..dorang macam boring jer...masing-masing sedih lar mengenangkan nasib dia kene pergi Ops Daulat...bukan tak bagi pergi tapi memandangkan wife dia yang tengah sarat 2nd baby, 1st baby meninggal masa dalam kandungan 4 bulan.

Pagi tak ada aktiviti yang nak dibuat, tetiba dorang suggest pergi mandi manda dekat Sg Tekala. So, follow ajer la lagipun dekat dengan rumah dia.
Mandi dekat area bawah sahaja, air nyer pun cetek....






Friday, March 1, 2013

Steak...

Tekak terasa nak makan western food pulak. So, bagi cadangan dengan husband nak makan dekat The Ship Kg. Baru...
Balik keje lepak dulu dengan member-member m0mmy's 84 geng masa sekolah dulu dekat SK Corner Taman Impiana Puchong. Masing-masing dah ada what's up hari-hari keep in touch...tiap-tiap hari ber what's up..seronok & macam-macam citer.Lepak dari pukul 6.30 sampai kul 8.00 malam...rasaa macam cepat jer masa berlalu...lawak & happening..next time nak plan lepak-lepak lagi...Geng yang lepak Wa,Ida,Hada,Ain,Azwa,Salwa & Aku.


Dah pukul 8 malam masing-masing mengelabah nak balik takut laki marah or mak marah...almaklumla masing-masing dah mak orang, anak kemana, laki kemana...lepak & gelak2 tak hinggat dunia...wakakaka...

Aku pun sama la jugak dah set time dengan Husand pukul 8 dia tunggu aku kat tempat keje nyer nk pg Dinner. Dia malas nak balik dulu, dah alang nak ke KL dia suruh aku datang tampat dia then terus pergi Kg Baru.
Dah sampai rumah kemas-kemas rumah, then siap kan anak-anak. Tetiba husband kol, ingat dia nak marah ker sebab lambat...sib baik dia kata gerak la lambat sikit, jemmed nih...lega terus aku....fuhhh...
So, bergerak la aku & anak-anak pi amik dia.

Parking kat The Ship Kg Baru nih sungguh mencabar...selit-selit parking rumah orang..jalan pun sempit.Akhirnya dapat park jauh giler kene menapak nak ke restoran tu.

Cari table pulak susah...dapat port dekat dengan toilet...senang Athirah nak ulang-alik pergi toilet..memang 3x la ulang alik ke toilet kejap-kejap dia nak kencing la..nak berak la...sabor ajer la..
Order steak & Lamb chop...


Iqbal memang lapar..sampai jer makanan dia pun ngap...

Yang athirah layan Penghibur ..main lagu sedap suara dia nyanyi...Athirah siap goyang-goyangkan badan lagi...
Aku makan sambil berpeluh-peluh kipas tak tak berpusing kat area kitaorang..
Makan cepat-cepat sebab dah rimas...
Then, terus balik rumah..
Sekian...