Nuffnang

Sunday, August 3, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Belum terlambat nk ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri pada semua. Sudah seminggu beraya kiter...sekejap jer masa berlalu....
Tahun nih beraya di Johor Felcra Bukit Kepong.Sememangnyer kalau beraya disana memang sakan beraya. Seminggu penuh non stop beraya...
Malam sebelum raya, macam biasa main bunga api & menikmati bunyi bunyian mercun duumm dumm dammm macam dekat palestin jer rasa...mercun sana sini...

Pagi raya sebelum solat makan dulu alas perut, then siap-siap pakai baju raya... sambil tunggu dorang balik raya kemas-kemas rumah dulu. Salam salaman raya macam selalu....air mata berjurai-jurai tapi rasa macam tak sampai jer kedalam hati..errrmmmm...



Selepas tu ziarah kubur Arwah biras Julia, arwah anak dia Nur dan Arwah along husband. Tetibe terpikir macam mana keadaan arwah didalam kubur pada masa tu. Dia nampak ker kita? apa dah jadi dengan jasad dia dalam kubur tu. Terbayang kan kalau kita dah mati nanti macam mana kita dalam kubur tu..Allahhuakhbar.....setiap kali ziarah kubur arwah biras adik ipar mesti menangis....
Selepas ziarah kubur di Felcra pergi ziarah pula kubur arwah atok dia sawahring di Kundang ulu...aku duduk dalam kereta atikah tengah tido lena sambil mengempeng...Then terus beraya ke rumah sedara FIL...

Ziarah lagi ke kubur di Bukit Gambir then terus ke Muar beraya ke rumah Mak Itam adik ipar MIL. Sampai malam berjalan raya...

Raya Ke-2...

Beraya ke Kuantan pulak hari nih. Pergi Ziarah kubur arwah atok minah mak kepada FIL di Felda Lepar. Then beraya sekali ke rumah sedara FIL di Felda Lepar. Balik tu beraya pula ke Felda Pemanis rumah abang MIL...sampai malam juga...


Raya Ke-3

Pada hari ke 3 raya pergi ikut MIL beraya ke Melakau pulak.Bergerak pun dah petang. Pergi rumah sedara MIL dekat Londang, lepas tu pergi rumah Arwah Biras Julia di Tanjung Bidara. Masuk2 jalan menuju ke rumah dia terasa rindu sangat2 dengan Arwah rasa macam dia hidup lagi. Adik Ipar jumpa adik2 arwah menangis dia...anak arwah Danish masuk2 rumah melilau macam mencari sesuatu..sayu jer..MIL aku dah meleleh air mata sambil tengok2 rumah arwah.Adik ipar masuk bilik solat, lama dia duduk dalam bilik arwah. Makan-makan semua dah kenyang then terus balik...


Raya Ke-4

Duduk rumah jer siang...tapi dengar jugak FIL berbincang nak naik KL katernyer. So, planning husband aku nak duduk kampung sampai hari Ahad terbantut. Kena lar follow FIL jugak naik KL. Siap-siap semua barang yang di pack then malam pukul 11 malam gerak pergi Semenyih tido rumah adik ipar dulu.

Raya ke-5

Pagi-pagi bangun tengok ader biras aku dengan adik ipar baru balik dari Kedah tengah tido, bila masa sampai aku pun tak sedar.Macam-macam dorang bawak barang dari Kedah. Breakfast dulu, makan nasi lemak MIL bawak dari rumah semalam. Biras belikan breakfast nasi lemak. Lepak-lepak dulu rumah adik ipar, lepas sembahyang jumaat MIL decide nak beraya ke rumah sepupu FIL dekat Desa Pingiran Putra. So, bergerak la ke sana beraya. Balik terus ke rumah aku tido pulak kat rumah aku satu malam. 1st time FIL tido rumah sejak pindah nih.




Raya ke-6

Raya ke-6 dirumah ku..huhuhu..pagi-pagi dah kerah husband gi beli breakfast. Barang-barang rumah banyak tak der..huhuhu...lepas breakfast gi beli lauk & barang-barang dapur. Mil suruh masak gulai rebung udang, masak sambal petai. Mil aku bagi arahan, aku dengan adik2 ipar ngan biras masakkan. Dah selesai masak & makan. Bersiap-siap nak pergi rumah abang MIL dekat Pantai dalam. Bergerak lar masing-masing packing baju sekali nak tido rumah adik ipar lagi sorang pulak kat pantai dalam.Beraya di rumah Paklang dulu sampai petang. Lepas maghrib bergerak ke rumah anak buah MIL kak yam dekat Cheras Alam Damai.Balik terus ke rumah adik ipar Pantai Dalam tido rumah dia.Penat sangat...

Raya ke-7

Pagi-pagi bangun solat subuh dulu then breakfast, FIL bersiap-siap nak bergerak balik ke Felcra balik. Adik ipar mengajar tengahari nih.
Kitaorang pun balik lar ke rumah masing-masing. Sampai rumah kemas-kemas ape2 yang patut, pastu melenggu tak tahu nak buat aper...tido la jawab nyer. 

Keseduhan berhari raya dalam seminggu nih..semua belah Husband...belah aku nan hado...walaupun hati gembira beraya bersama FIL tapi hati memberontak nak beraya dengan family belah aku jugak....errrmmmmm sedih..