Nuffnang

Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Saturday, September 28, 2013

Nikah & Kahwin nyer seorang adik lelaki ku...

Aku ada sorang jer adik lelaki kandung dalam dunia nih. Walau apa pun terjadi dia tetap adik aku. Jodoh dah ditentukan oleh Allah s.w.t kene terima qada & qadar nya.
Majlis pernikahan diadakan di masjid Pantai Remis Perak. Adik aku selamat melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sahaja dan sah menjadi suami. Selamat sudah....




Majlis bersanding belah perempuan diadakan pada keesokkan hari nya. Pukul 12.30 dah kena bertolak dari homestay Seri Iskandar ke Gelung pepuyu. Agak kelam kabut sikit rombongan sebab datang dari 2 arah...pengantin dari arah selatan hantaran dari arah utara...then bertembung.  Bayangkan dengan panas tengahari & perut memboyot aku pegang hantaran ngan anak-anak entah kemana..menjerit2 panggil nama anak takut dia lari arah jalan raya. Bersanding, snap2 pic then tengok orang makan..aku kalau penat memang aku tak larat nak makan. Tak ada selera.



Dah berpeluh-peluh menunggu jumpa sedara-mara semua balik ler ke homestay , naik satu kereta Alza penuh dah amcam sardine dalam tin. Balik pun dengan tergesa-gesanya sebab owner homestay tu dah tunggu ada orang nak check in pukul 3.30 tu jugak. Penat tak hilang weiiiii...walawei betul..pack semua barang-barang masuk dalam kereta. Kemas sikit-sikit jer homestay tu lantak lar nak cepat sangat kan.Denganpakai baju tadi jugak tak sempat nak mandi bergerak balik ke Puchong. Berhenti dekat Petronas Athirah nak berak pulak, mandikan sekali sian anak aku panas tadi. Perut baru terasa lapar, beli ler roti & air kat Petronas Mesra. Makan dalam kereta..on the way lalu jalan kampong abah dekat Telok Bakung, abah ajak Iqbal tengok sungai. Singgah ler kami tengok Kerbau dan sungai perak. Tempat kenangan masa kecik kutip remis seronok sangan sebab dulu air jernih dan cetek jer. Sekarang tengok air macam scary jer macam dalam. Setengah jam berehenti tengok permandangan & kerbau terus gerak balik Puchong.




Sampai-sampai puchong boleh pulak sekali dengan rombongan bas satu flat.

Kepenatan yang amat sangat & nothing can describe the feel by word...errrmmmm 

Tuesday, April 23, 2013

Al-Fatihah Abah Huda Kembali Ke Rahmatullah

Pagi-pagi dikejutkan sms dari huda yang beritahu dia cuti hari nih sebab Abah dia meninggal dunia akibat kanser paru-paru stage 4. Bayangkan lagi 2 hari Majlis pernikahan dia, Arwah Abah dia jadi wali pernikahan. Memang dugaan yang paling besar dan berat buat Huda sekeluarga. Semoga roh tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Kad Majlis Huda

Arwah Abah huda selamat dikebumikan pada pukul 12 tghari 23 April 2013 bersamaan dengan hari Selasa .

Takziah

Al-Fatihah

Thursday, March 28, 2013

My Best Friend Wedding Zuraini & Faizal (Jay)

My best friend masa UNIKL dah selamat berumahtangga dengan admirer dia Jay 24hb Mac 2013... 
bercinta selama 9 tahun kot...perghhh lama giler...mula-mula Jay minat Zura dalam diam jer..kem2 salam. Sampai lar Zura excident extend dan terus berhenti Dip. Then, dorang still contact dan akhirnya couple dan berkahwin sekarang...Alhamdulillah...
Cantik Zura...
Majlis di adakan di Chalet Ayah Zura bertempat di Janda baik.
Tempat sangat mendamaikan...

Gemoknyer iuolls...errkkk.


Acara memotong Cake.


Ada pasukan dikir barat & wayang kulit lagi.Orang kalate...


Athirah ngan Iqbal teruja tengok kete kuning nih...Ibu kete mainan lar..nak naik...hehehehe
Snap pic jer anak-anak..bapak sekali....huhuhuu


Monday, February 18, 2013

Selamat Pengantin Baru-Entry dah lama

Entry yang dah basi...lama x update blog...

Selamat sudah adik ipar bernikah dengan pilihan hati.
Majlis bernikah nih diadakan selang beberapa minggu jer dari tarikh dia bertunang hari tuh.
Hari sebelum pernikahan di Pokok Sena, family In law nak buat Kenduri doa selamat & lenggang perut biras aku Dak Juli bini dak Raman.
Nak tak nak aku n husband pun kena balik ke Johor. Patah balik tuh...ingat nak jalan dari Puchong jer bertolak ker Kedah. Last2 kena follow dorang jugak dari Johor.
Aku terpaksa bercuti, Iqbal pun aku call teacher mintak excuse cuti sebab kenduri di kampung.

Balik hari malam jumaat 7hb Feb..jalan clear jer..sbb org x ramai lagi blik kg time nih..CNY punyer cuti start Hari Sabtu kan maybe malam sabtu ramai org blik kg masing-masing.

Lauk pauk pada hari kenduri...lauk kampung yang sangat menyelerakan.
Dan makcik-makcik yang sangat rajin ber rewang dan sangat ramah tamah.

Keesokkannya kami bertolak ke Kedah. Dari Felcra Bukit Kepong pukul 3-4 petang bertolak. Lalu Highway Plus>Elite:Exit Nilai>Masuk balik Highway Plus sampai Exit Sg.Dua. Jumlah Toll yang perlu dibayar dari Toll Tangkak>Sg Dua =RM66.50.



 Lalu Highway Utara pulak, masuk Juru Exit Pendang.



Pukul 5 pagi sampai Pendang.
Ada pulak kejadian yang tidak di ingini berlaku semasa berhenti di kawasan rehat Tapah. Dompet Adik Ipar yang bernikah besok tercicir, dah jenuh mencari....Masuk Exit Pendang pergi Balai Polis buat report sebab nak bernikah kena ada IC, Ic dah hilang kene ada report polis...
Dah nasib badan. Penat giler rasa badan nih...kematu vontot berjam-jam perjalanan.

Sampai tido di rumah Nenek belah perempuan. Berapa jam jer dapat tido.
Malam selepas Isyak acara nikah.
Sekali lafaz sahaja dah sah bergelar Suami Isteri. Batal air sembahyang di rumah perempuan nya.





Keesokkanya Majlis bersanding pulak.





Sepatutnya pada hari yang sama balik ke KL, then dorang decide untuk extend lagi sehari sebab nak berjalan ke Padang Besar.
Keesokkannya berjalan ker Padang Besar,tak ada yang menarik perhatian pun di Padang Besar sebab badan penat sangat2 & kurang sihat.

Azab yang paling mencabar adalah masa bertolak balik dari Padang Besar ke KL, perggghhhhh...jemmed tak henggat...giler la aiihhhh... jalan sikit2 macam siput jer kete. 
Memang menyakitkan hati dan perasaan betul. Setiap perhentian kereta berduyun-duyun. Nak kencing pun beratur lama...Sepanjang perjalanan tak makan, kepala aku dah masuk angin, mood tak cantik dah. Giler la dari pukul 12 tghari dari Padang Besar sampai Dengkil pukul 3 pagi, berhenti makan Mee sup...terus angin2 semua kuar.

So, berjalan jauh-jauh dapat penat jer...balik suara hilang, husband ku pengsan demam panas.

Sunday, January 20, 2013

Majlis pertunangan & jumpa kawan lama...

Selamat sudah adik ipar aku bertunang dengan pilihan hati/pilihan keluarga.
Aku sponsor kek ngan coklat...
Coklat aku gubah jadi love then letak-letak jer coklat-coklat kecik dalam tuh. Masa aku tengah gubah nih Si Athirah ngan Iqbal dah ngap2 coklat nih...

Then, aku tempah kek dengan my best prenz Ee mylittle mia oven
Cantik sangat kek Ee...






Bertolak dari Kem PJA Semenyih rumah Adik Ipar husband pukul 1.00. Lalu SKVE>ELITE>GUTHRIE.
Banyak giler toll nak hadap, tapi sebab nak cepat lalu jer...
Dah sampai Saujana Utama, berhenti di Petronas, baca doa selamat.


Dah sampai rumah pihak perempuan, perberbincangan & perundingngan.kata sepakat dah di persetujui semua.

Ibu tangkap gambar adik ibu...nak jugak


Sesi menyarung Cincin merisik & bertunang.


Budak nih meragam pulak time-time nih. Ishhh2 menguji kesabaran ibu & ayah jer Muhammad Iqbal nih.Kalau ada benda tak kene dengan iqbal mesti nak mengamuk. Lepas jer makan terus jer ceria balik. Aku memang dah agak sebab aper dia mengamuk.Lapar sampai mengamuk.

Niswan & Rahim
Congrates both of you!!!


Julia & Rahman...bakal Ibu & ayah soon.

Pic aku nih Athirah yang snap...

Tangkap gambar sendiri

Duck style

Tetibe jumpa member Unikl tengah makan with her Family in law nyer dekat Hj Samuri Kajang... Eja...Slim nyer  ngko dah...gambar dari bawah.Iqbal yang tangkap....

Lepas makan-makan dekat satay kajang, balik...sangat penat dan mengantuk...besok keje wey...



Saturday, December 8, 2012

Wedding Cousin

Selamat Pengantin Baru Nadiah & Helmi. Sedara sebelah mak aku, kira anak buah mak aku la dia nih. Aku kenal dia masa aku baru habis form 5 kerja dekat Mc'D Subang Parade, Nadiah pulak kerja dekat Pizza Hut depan Mc'D , habis waktu closing jer kitaorang buat sistem bater, dia bagi aku pizza aku bagi dia burger Mc'D...Nadiah nih sangat lah brutal dan dia nih jenis peramah sangat.
Majlis kahwin dia diadakan di Dewan presint 15 Putrajaya.
Kebetulan jumpa dia di alamanda awal bulan Oct hari tuh, sempat dia jemput aku & mak aku datang wedding dia. Nasib la jumpa....

Selamat Pengantin Baru Nadiah

Family Nadiah


Athirah makan Cendol
Senyuman Athirah
Sebelum balik snap dulu dekat pintu gerbang
Buat senyum macam tu lagi