Misi mendaki gunung Angsi & datuk telah berjaya dengan jaya nya. Dengan perasaan bangga nyer aku dan husben mendaki 2 gunung selama 2 hari berturut-turut bersama juga dengan En Ramli, pogy(anak che ram), Abang Zul dan Baseri.Kepuasan mendaki yang tak dapat digambarkan. Memang puas lah sebab berjaya sampai ke puncak. Kepenatan yang teramat sangat semasa mula2 mendaki tuh rasa macam menyesal jer follow mendaki..hahahah dalam hati "Dok umah guling2 dengan anak2 lagi best" hahaaha..
Itenary mendaki Gunung Angsi
9.00 Pagi: Bertolak dari rumah (Puchong) 11.00 tghri: Sampai di Senawang - Makan cendol 12.30 tghari: sampai di kaki Bukit Putus, bersiap sedia untuk mendaki. 12.35 tgahri: Start mendaki gunung Angsi. 4.00 ptg: Sampai kepuncak Gunung Angsi. 5.30 ptg : Bergerak turun Gunung Angsi 7.30 mlm : Sampai ke kaki Gunung Angsi (Bukit Putus) 8.00 mlm : Bergerak ke Rembau 8.30 mlm: Singgah Di Nursery Restoran kat Simpang Tiga kat area Rembau. Makan malam. 9.00 mlm : Gerak ke Hutan Lipur Gunung Datuk 9.30 mlm : Sampai di Hutan Lipur Gunung Datuk 10.00 mlm: Cari tempat tidor dan kami diberi wakaf untuk berehat dan tempat tido. 11.00 mlm: Kemas-kemas wakaf dan setting tempat tido. 11.30 mlm: Mandi kat Air terjun Gunung Datuk 12.00 mlm: Masak ikan sardin untuk sarapan esok pagi. 12.30 mlm: Makan malam dan minum-minum air kopi cicah biskut 4.00 pagi: Hujan lebat
Itenary Mendaki Gunung Datuk
6.00 pagi: Bangun pagi 7.00 pagi: Gosok gigi dan basuh muka 8.00 pagi: sarapan sandwich dan telur scramble..perrghh seeeedaappp giler rasanyer.. 9.00 pagi: Bersiap-siap tukar baju dan kemas tempat tido. 9.30 pagi: Start mendaki gunung datuk. 10.00 pagi: Masih mendaki gunung datuk, trek memang mencabar. Sepuluh tapak jer dah berhenti penat...menyesal sarapan sampai kekenyangan sangat.. 12.00 tghari: Sampai di puncak gunung Datuk...Yeeeaaayyyy..belum lagi 12.07 tghari: Kena mendaki batu besar dekat puncak gunung dengan menaiki tangga.Memang gayat kalau tengok bawah.... 12.15 Tghari: Berjaya mendaki ke puncak sekali..PUAS!!!! 1.00 Tghari: Makan Meggi dan minum-minum di puncak gunung Datuk...Makan dengan lahapnyer..kebulur..rasa meggi dah rasa macam spegheti sedap sgt... 2.00 ptg: Turun ke kaki gunung Datuk.Menurun dari puncak gunung memang laju. 3.30 Ptg: Sampai di kaki gunung Datuk. 4.00 Ptg: Berehat-rehat dan mandi di Air terjun Gunung Datuk...Sejukkk & Best sangat. 5.00 Ptg: Siap-siap salin baju, kemas barang dan bertolak ke Hentian Nilai untuk makan. 6.00 Ptg: Makan di Hentian Nilai.Menu adalah Nasi lemak.Sedap beb... 6.30 Ptg: Bergerak balik rumah....Kaki lenguh..badan sakit2..tapi PUASS & Syokk
Bersamaan 14-15 Jan 2012 naik gunung datuk dan gunung angsi kat Negeri Sembilan. 1st time nak mendaki gunung...16hb hari jadi aku yang keberapa tuh? sweet 18 lagi kot..perasan jer...tambah lagi 10 tahun lagi...cer tambah...berapa..dah tahu senyap k..aku sedar dah tua dah diri nih...nak request aper yer besday present nih...x pernah dapat besday present..sob..sob...hikhikhik..giler aper nangis pastuh gelak..sengal... sengalkan diri sendiri. Baru aku perasan tahun lepas on tarikh besday aku mesti mendaki..tahun lepas mendaki bukit..tahun nih mendaki gunung..2 gunung lak tuh nak mendaki..gunung datuk dan gunung angsi...tahun depan nak mendaki gunung everast plak kot..hahahahaha...veragan..nih besok nih..mampukah aku mendaki sampai 2 gunung sekali harung tapi satu hari satu gunung...InsyaAllah mintak2 selamat pergi dan selamat balik...Amin jauhkanlah dari benda2 yang tak sepatutnya.... Besday nak wish necklace la...x pernah dapat necklace masa besday..(buat2 ayat kesian)...hehehehe
Dah plan nak mendaki gunung datuk minggu ni 7-8hb Jan 2012, dah kena kerja pulak sebab PM nak datang Proton.Gigih aku and hubby berjogging nak mendapatkan stamina dan nak menguruskan badan yang tergemukkan..pergghhh x boleh blah la badan aku sekarang nih, lemak sana sini...baju2 and seluar2 keje aku pun dah banyak yang tak boleh nak pakai OMG!!
Macam mana nak kuruskan pepeha and lelengan yang penuh dengan lemak nih...Nak pakai baju t-shirt yang nampak lengan pun sengan...tengok lengan yang penuh dengan lelemak...Kene pakai baju kurung jer la pergi kerja...
Mendaki gunung Datuk...sedikit info...
Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan.
Ketinggian: 711 meter (2,332 kaki)
Untuk sampai kesana, mudah saja. Dari highway Plus, ambik exit Alor Gajah, roundabout pukul tiga. Terus sampai jumpa simpang tiga. Ambil kiri dan terus sampai jumpa Signboard Hutan Lipur Gunung Datuk. Masuk dalam tu dan bersedialah untuk menikmati keseronokan mendaki!
Gunung Datuk / Datok
Gunung di daerah Rembau ini merupakan satu destinasi pelancongan, baik gunung mahupun jeram di kaki gunung ini. Terletak di Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin.
Gunung ini hanya setinggi lebih kurang 2000 kaki sahaja, ketinggian 2900 kaki itu adalah ketinggian G. Rembau. Sebenarnya dalam peta topo, G.Datok tidak ditulis. Hanya perkataan 'keramat' sahaja ditulis pada ketinggian 2000 kaki. G. Datok merupakan puncak permatang yang menganjur dari G. Rembau. 1
Tapak Kaki Hang Tuah
Mula dari Tugu Keris Hutan Lipur, pendaki perlu turun ke jeram dan trail bermula dari seberang sungai. Satu jambatan dibina bagi memudahkan pendaki menyeberang sungai. Kecerunan trail hingga ke pondok pertama kebanyakannya hampir 90 darjah. Tali disediakan bagi memudah pendaki berpaut semasa pendakian.
Dari pondok pertama kecerunan trail agak berkurangan dan adakalanya landai. Menghampiri puncak trail cerun trail makin menegak. Talian komunikasi boleh diterima disepanjang trail hingga ke puncak.
Tapak Khemah
Tapak khemah di puncak gunung sebesar kira-kira sebuah gelanggang bola tampar. Pendaki masih boleh berkhemah disekitar tapak utama perkhemahan berdekatan batuan dan ada juga yang bermalam di gua. Punca air bersih boleh dicapai dengan turun ke lembah dengan perjalanan turun selama 20 ke 45 minit. Ada alur air mengalir di sini.
Puncak Gunung Datok
Dari kemsite ke puncak cuma beberapa minit. Pendaki perlu memanjat tangga besi yang disediakan. Keadaan puncak terdiri dari bongkah-bongkah batu besar. Pendaki boleh bersantai di puncak dengan panorama perkampungan serta landasan keretapi selain Selat Melaka saujana mata memandang. Di puncak gunung ini juga terdapat kesan tapak kaki diatas batuan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah.
Perizinan
Balai Polis Kota
Bayaran Masuk RM3.00 seorang dibayar pada Koperasi JKKK di Balai Utama Hutan Lipur.