Nuffnang

Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Sunday, August 3, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Belum terlambat nk ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri pada semua. Sudah seminggu beraya kiter...sekejap jer masa berlalu....
Tahun nih beraya di Johor Felcra Bukit Kepong.Sememangnyer kalau beraya disana memang sakan beraya. Seminggu penuh non stop beraya...
Malam sebelum raya, macam biasa main bunga api & menikmati bunyi bunyian mercun duumm dumm dammm macam dekat palestin jer rasa...mercun sana sini...

Pagi raya sebelum solat makan dulu alas perut, then siap-siap pakai baju raya... sambil tunggu dorang balik raya kemas-kemas rumah dulu. Salam salaman raya macam selalu....air mata berjurai-jurai tapi rasa macam tak sampai jer kedalam hati..errrmmmm...



Selepas tu ziarah kubur Arwah biras Julia, arwah anak dia Nur dan Arwah along husband. Tetibe terpikir macam mana keadaan arwah didalam kubur pada masa tu. Dia nampak ker kita? apa dah jadi dengan jasad dia dalam kubur tu. Terbayang kan kalau kita dah mati nanti macam mana kita dalam kubur tu..Allahhuakhbar.....setiap kali ziarah kubur arwah biras adik ipar mesti menangis....
Selepas ziarah kubur di Felcra pergi ziarah pula kubur arwah atok dia sawahring di Kundang ulu...aku duduk dalam kereta atikah tengah tido lena sambil mengempeng...Then terus beraya ke rumah sedara FIL...

Ziarah lagi ke kubur di Bukit Gambir then terus ke Muar beraya ke rumah Mak Itam adik ipar MIL. Sampai malam berjalan raya...

Raya Ke-2...

Beraya ke Kuantan pulak hari nih. Pergi Ziarah kubur arwah atok minah mak kepada FIL di Felda Lepar. Then beraya sekali ke rumah sedara FIL di Felda Lepar. Balik tu beraya pula ke Felda Pemanis rumah abang MIL...sampai malam juga...


Raya Ke-3

Pada hari ke 3 raya pergi ikut MIL beraya ke Melakau pulak.Bergerak pun dah petang. Pergi rumah sedara MIL dekat Londang, lepas tu pergi rumah Arwah Biras Julia di Tanjung Bidara. Masuk2 jalan menuju ke rumah dia terasa rindu sangat2 dengan Arwah rasa macam dia hidup lagi. Adik Ipar jumpa adik2 arwah menangis dia...anak arwah Danish masuk2 rumah melilau macam mencari sesuatu..sayu jer..MIL aku dah meleleh air mata sambil tengok2 rumah arwah.Adik ipar masuk bilik solat, lama dia duduk dalam bilik arwah. Makan-makan semua dah kenyang then terus balik...


Raya Ke-4

Duduk rumah jer siang...tapi dengar jugak FIL berbincang nak naik KL katernyer. So, planning husband aku nak duduk kampung sampai hari Ahad terbantut. Kena lar follow FIL jugak naik KL. Siap-siap semua barang yang di pack then malam pukul 11 malam gerak pergi Semenyih tido rumah adik ipar dulu.

Raya ke-5

Pagi-pagi bangun tengok ader biras aku dengan adik ipar baru balik dari Kedah tengah tido, bila masa sampai aku pun tak sedar.Macam-macam dorang bawak barang dari Kedah. Breakfast dulu, makan nasi lemak MIL bawak dari rumah semalam. Biras belikan breakfast nasi lemak. Lepak-lepak dulu rumah adik ipar, lepas sembahyang jumaat MIL decide nak beraya ke rumah sepupu FIL dekat Desa Pingiran Putra. So, bergerak la ke sana beraya. Balik terus ke rumah aku tido pulak kat rumah aku satu malam. 1st time FIL tido rumah sejak pindah nih.




Raya ke-6

Raya ke-6 dirumah ku..huhuhu..pagi-pagi dah kerah husband gi beli breakfast. Barang-barang rumah banyak tak der..huhuhu...lepas breakfast gi beli lauk & barang-barang dapur. Mil suruh masak gulai rebung udang, masak sambal petai. Mil aku bagi arahan, aku dengan adik2 ipar ngan biras masakkan. Dah selesai masak & makan. Bersiap-siap nak pergi rumah abang MIL dekat Pantai dalam. Bergerak lar masing-masing packing baju sekali nak tido rumah adik ipar lagi sorang pulak kat pantai dalam.Beraya di rumah Paklang dulu sampai petang. Lepas maghrib bergerak ke rumah anak buah MIL kak yam dekat Cheras Alam Damai.Balik terus ke rumah adik ipar Pantai Dalam tido rumah dia.Penat sangat...

Raya ke-7

Pagi-pagi bangun solat subuh dulu then breakfast, FIL bersiap-siap nak bergerak balik ke Felcra balik. Adik ipar mengajar tengahari nih.
Kitaorang pun balik lar ke rumah masing-masing. Sampai rumah kemas-kemas ape2 yang patut, pastu melenggu tak tahu nak buat aper...tido la jawab nyer. 

Keseduhan berhari raya dalam seminggu nih..semua belah Husband...belah aku nan hado...walaupun hati gembira beraya bersama FIL tapi hati memberontak nak beraya dengan family belah aku jugak....errrmmmmm sedih..





Thursday, March 13, 2014

Bergambar dengan Tun Dr Mahathir bin Mohamad




Untung sangat-sangat dapat bergambar dengan Negarawan Malaysia Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Beliau merupakan Penasihat Proton, setiap hari selasa beliau akan berada di Proton COE.Masa nak bergambar nih beliau sempat bergurau, "Ha..50 sen yer" aku gelak jer...speechless sangat2...Aku tak sempat nak bertanya khabar, perasaan masa nih berdebar macam dalam mimpi jer..hahaha...dah 2-3x terserempak dengan beliau di Proton tapi macam takut sangat nak mintak bergambar, malu pun ada. Tapi dalam hati nih meronta-ronta nak bergambar kenangan bersama Negarawan Malaysia nih.
Akhirnya dapat jugak bergambar kenangan...Alhamdulillah...huhuhu

Aku memang mengagumi beliau kerana beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia.
Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun.
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia(MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.


Blog beliau: http://chedet.cc/blog/.


Monday, February 24, 2014

1st day hantar Athikah rumah pengasuh & Kembali bekerja

Dah 2 bulan cuti bersalin dan bersama Nur Athikah sentiasa.Lagi seminggu nak masuk kerja aku dah rasa mother blues..sayu jer tgok Nur Athikah macam-macam benda aku fikir macam mana nanti kalau tinggalkan dia kat rumah pengasuh nanti..boley ker dia biasakan diri dia..meragam ker dia…Kali nih aku nak berazam untuk BF Nur Athikah selama 2 Tahun..Insya Allah selagi susu di badan masih mampu mengeluarkan hasilnya…So, ini adalah 1st experience pengasuh (a.k.a Cik Nora) untuk belajar macam mana nak menyediakan dan mempergunakan susu ibu dengan betulnya…aku pun ajar cara macam mana..dan ini pun  1st experience aku..aku banyak refer dari internet dan bertanya kat kakak2 di tempat kerja nih. Seminggu sebelum masuk kerja aku dah pum Susu untuk buat stock. Masa nih aku simpan stock dalam bekas dadih jer…dalam seminggu dapat la buat stock dalam 10 bekas…masih belajar macam mana nak sediakan stock BM nih.(saya budak baru belajar). Sehari sebelum masuk kerja Athikah meragam, asyik nak berdukung jer tak nak letak. Dalam buai pun tak nak tido. Menangis melalak, hati aku dah rasa serba salah, dalam hati dah rasa terdetik macam nak berhenti kerja jer rasa…aku percaya majority ibu-ibu yang nak masuk bekerja selepas bersalin akan rasa perasaan ni…
Petang tu pergi Putra Height beli cooler bag, storage bottle & plastic storage milk. Semangat nak pump kat opis nanti.Singgah pulak ke One City Mall Subang Jaya yang baru bukak awal tahun lalu. Sajer tengok apa yang ada dalam tu. Masa tu naik lift then ramai orang pergi tingkat atas sekali, aku ngan mak aku just follow jer dorang. Rupernyer ada Skypark kat atas sekali, boley tengok view area puchong & USJ.Cantik view nyer…






Malam dah sediakan BM untuk bawak ke rumah pengasuh masukkan ke dalam botol siap-siap, bersungguh mengemas barang-barang dan beg kerja.Takut esok kelam kebut…Masa nak tidokan Athikah aku cium dengan tak semena-mena nya air manta aku meleleh..sedih..Dikk behave yer esok kt rumah pengasuh…jangan meragam…ibu nak kerja…sobbss…sobbsss…
Pagi nak pergi kerja dah bangun pukul 5 pagi dah kunci alarm dah..bunyi jer terus bangun mandi, solat dan salinkan pampers baju Athikah.Pukul 7 keluar angkat beg masuk kerete dulu baru angkat Athikah. Dah hantar kat rumah pengasuh dalam perjalanan nak ke tempat kerja aku menagis sedih….

Kenapa kali ini aku bersemangat nak full beast feed anak yang ke-3 nih?. Motivator aku adalah seorang yang ku anggap kakak sendiri Kak Irhan, dia yang support aku dari segi peralatan dan nasihat. Alhamdulillah… Kak Irhan aku jadikan dia sebagai idol aku untuk BF mommy ni….semoga Allah s.w.t membalas jasa baik dia.

Sunday, December 15, 2013

My New Niece


Biras aku selamat bersalin pada 15hb Disember 2013 di PPUM. Dapat baby girl berat 2.96kg. Aku dengan husband datang melawat.Comel giler baby nih...time belum ada nama di beri. Masa nih aku dah 38weeks pregnant.Tunggu masa jugak nak deliver.Bila dah tengok biras dah bersalin hati nih mula la risau biler la time aku nih..huhuhu

Muka x sabar nak bersalin

Balik dari PPUM , dah alang-alang dekat dengan Bangsar nih. Hari tu aku tertegok orang post status makan dekat Dip n Dip Bangsar , makanannyer chocolate air chocolate..meleleh air liur aku ngidam lak nak makan tu. Ajak arr Husband gi Dip n Dip nih..huuhuhu..
1st time pergi main terjah jer, so aku google la kat mana tempat dia nih…dah park kete tu berjalan la kaki sampai ke Bangsar village tu..tak jumpa2 pun restoran nih. Try search balik…try waze pulak..confuse lak aku pening dah..Jom lar pergi kat kereta balik.Tengah sarat-sarat berjalan memang memenatkan, macam dah berputus asa jer nak ajak balik. Sekali kat kereta terpandang Dip n Dip…hohhh kat sebelah parking kereta jer restoran nyerr..aduyaiii…
Ok dapat jumpa jugak..masuk restoran tu then tengok menu..mak datok mahal jugak menu-menu nyer..so, cari ler yang murah sikit yang mampu dibayar..hahahaha..
Nih la menu aku makan hari tu..lepas ngidam dah…ngeh..ngeh..ngeh…



Thursday, October 31, 2013

Musibah yang menimpa..

Macam-macam dugaan yang datang di saat aku tengah sarat nih. Semoga aku diberi kesabaran yang tinggi untuk menempuh dugaan & ujian hidup..Amin

Pada malam Rabu 30hb Okt 2013...husband mengalami kemalangan kereta, terbabas di tepi tembok highway NPE. Aku yang sedang lena dibuai mimpi tiba-tiba dapat panggilan talifon dari husband..."Yang abg accident"...aku macam eh betul ker nih..jangan main-main...dah tengah malam nih awak balik lar..naper x balik-balik lagi...perasaan aku terkejut bercampur marah yang amat..aku dah larang jangan keluar malam nih..rehat duduk rumah jer... nak keluar jugak jumpa kawan-kawan..Ok fine...
Aku terus bangun gagahkan diri drive sorang2 pergi ke tempat kejadian. Mengucap panjang aku tengok keadaan dia ngan kete macam tu. Alahai......
Amarah aku habis terkeluar depan kawan-kawan dia..sebab aku dah larang dan bercakap sebelum tu. Tapi benda dah jadi..aku pasrah jugak lar...

Lokasi tempat kejadian, tepi highway NPE dari Pantai dalam sebelum toll ke Sg besi & Petaling Jaya.



Kereta remuk, tayar sportrim bengkok.


Keadaan husband..mulut luka, mata kanan & kiri bengkak, bahu kanan sakit.
Aku bawak dia ke PPUM untuk rawatan kecemasan dari pukul 1 pagi-7 pagi (6 Jam) kene Observation doctor cakap..ikutkan jer lar..dah X-ray buat Ct Scan semua Normal tak ada apa2 kecederaan dalaman or patah pun. Then bawak pergi dental untuk plastic surgery katernyer...untuk jahit bahagian atas mulut yang terkoyak tuh...scary jer tengok..tapi aku kuatkan ajer lah...tolak ler husband naik wild chair tu. Orang tengok pun pelik...Masa ni lah aku paksakan diri aku,kuatkan dan gagahkan diri untuk uruskan husband yang dalam keadaan yang tak berapa baik...tengah sakit...


Besok nyer tengok kete kat bengkel...alahai sedih sayu tengok keadaan kete nih tau...ini lah kete pertama aku...baru jer pakai 2 tahun lebih...aku nih mana ler mampu nak beli kete baru...beli kete 2ndhand nih pun aku dah bersyukur sangat2....uwaaaaaa....


Kata-kata semangat.......Amin....

Monday, October 28, 2013

Gathering BFF @PD..Berbabeque

Seronok sangat dapat lepak dengan BFF..semua ada complete dengan anak2 & husband masing-masing.

Planning nak gathering nih dalam 3 bulan sebelum nyer. Ini la senang nyer kalau kemudahan berkomunikasi yang semakin canggih sekarang. Sejak dah bergroup whatsup..kami buddy tak akan terpisah..Iklan digi sekejap...hahahaha...
Seronok hari-hari berwhatsup macam-macam citer..pasal anak, zaman sekolah dulu lar..kisah-kisah dulu biler citer-citer balik memang kelakar...pasal masalah la, nasihat, pandangan dah bermacam-macam lagi kami buddys berkongsi...seronok sangat2 ada kawan2 macam korang...


Ada drama malam sebelum nak pergi gathering nih. Memang betul2 dugaan bagi aku, sangat-sangat mencabar tahap kesabaran dan kewarasan akal dan fikiran. Beristighfar banyak-banyak masa kejadian malam tu.
Kenapa selalu jadi benda2 macam nih bila time & masa aku nak spend untuk sebelah pihak aku? selalu sangat lah...sampai rasa fed up...sorry lah dah ter'emosi pulak....uiissssshhhh dah pergi jauh2 emosi itu..aku tak suka emosi itu...x suka...biarlah lenyapkan emosi itu...

Tapi aku tetap nekad pergi jugak PD walaupun aku tak follow konvoi kawan-kawan aku...x larat pun aku gagah kan demi sebuah persahabatan...ceeewaahhh..
Walupun aku lambat..aku berjaya sampai juga ke destinasi yang dituju...
Sampai-sampai tepi Pantai PD di Tanjung Tuan, kereta sangkut dekat pasir pantai...uiisshhh lagi mendatangkan rasa kemarahan dalam diri. Dah la emosi aku x berapa nak elok...sabar banyak2...

Terus aku lepak dengan sahabat-sahabatku...bawak anak2 mandi....emosi kembali stabil...borak-borak gelak-gelak..hilang penat aku semalam...tengok anak2 happy aku pun happy terus...

Ibu, mama bersama anak2...melayankan karenah anak-anak jer..tengok dorang main sama-sama dengan anak-anak BFF bahagia sangat..semoga persahabatan ibu, mama akan terwaris kat anak-anak pulak...

Ayam yang sedang di bakar untuk santapan...


Ayah, papa yang sedang membakar ayam..berbabeque...


Port betul2 tepi pantai di bawah rimbunan pokok-pokok yang redup...

Anak-anak yang sedang bergumbira bermain air laut dan ombak pantai.


Atirah dan Qena..best friend..bagus athirah jadi guard si qena..pandai berkawan.


Bila dah penat main air, berpanas melekit...isi perut dulu makan & minum...Ibu2 ayah2 melayan anak2 makan...

 Sebelum nak balik snap pic BFF with the family. Memang seronok dapat gahtering macam nih dengan BFF family. Semua ada masa nih...rasa sekejap jer masa dah petang semua dah nak balik. uhukuhuk...
Next time planning lagi kita plan aktiviti best sikit.

Husband2 with son.


Kami buddys tak akan terpisah...sayang korang ketat2....Muaaahhhhh!!!!


End...

Thursday, August 8, 2013

Hari Raya 2013 1st Day @Perak

Tahun nih Hari Raya penuh dengan dugaan..macam-macam hal... Allah kuatkan semangat ku ini.
Aku selemah-lemah umat... T_T
Pada petang sebelum raya aku bertolak ke Perak.Family aku tempah Homestay di Seri Iskandar sebab kampung dah semak samun...seramm..
Aku drive dari Puchong-Seri Iskandar bertolak dari pukul 5 petang sampai Seri Iskandar pukul 7.30 malam. Isshhh macam-macam terjadi...sedih sgt2 biler ingatkan balik...tskk...tskkk
Penat sangat2 tapi aku kuatkan juga kudrat...
Sampai jer dekat Homestay terus makan apa yang ada.
Then mandi dan solat. Pergi Tesco Sei Iskandar beli barang2 sikit.
 
Pagi hari raya..kelam kabut masing bangun lambat...aku bangun-bangun masak air. Tengok dekat dapur nak masak sarapan apa di pagi raya. Tengok ada pisang ngan cempedak tapi x der tepung..
alahai....mandi then siap2 ajak mak pergi tesco beli barang2 dapur sikit.
Pagi raya bekpes cekodok pisang ngan cempedak. Aku masak nasi putih, dorang makan ngan rendang dan sup tulang.Aku lak yang kene hidang semua2 tue macam rumah aku lak... 




Dah habis sesi salam & bergambar... bergerak kami ke rumah ayahngah (abang mak yang no 2)



Husband dan Ayahngah

Kasih yang cute dan comel
 
Selepas berkumpul di rumah Ayahngah kami bergerak ke kubur Arwah Opah & Atok.
Al-Fatihah semoga roh Atok & Opah tenang dan ditempatkan meraka di kalangan orang beriman..Amin
 

Kubur Arwah Atok

Kubur Arwah Opah

Last sekali pic aku mesti ada...