Nuffnang

Thursday, June 21, 2012

Merancang Hidup Setelah Bergelar Isteri

Petikan dari iluvislam



List untuk wanita awesome!
Disenaraikan beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam list anda (wanita-wanita awesome) sekalian. Terutama buat semua yang bergelar isteri dengan kahwin muda serta bagi mereka yang bercita-cita tinggi untuk berjaya walaupun setelah bergelar isteri.


1. Perancangan untuk menyambung pengajian bagi mereka yang mahu.
Di mana? Kursus apa? Tajaan atau pinjaman pengajian?


2. Kerjaya
Pemilihan kerjaya yang sesuai bagi mereka yang sudah tamat belajar.


3. Pendidikan awal bayi dan kanak-kanak
Terlalu banyak website yang mendedahkan berkenaan dengan childhood education. Saya sangat berminat dengan homeschool bagi anak-anak. Boleh tanya Prof. Google


4. Persediaan bergelar ibu, ilmu yang perlu bagi wanita hamil
Walaupun anda merancang keluarga, tapi sangat penting untuk dapatkan ilmu yang secukupnya berkenaan dengan kehamilan.



5. Plan kewangan
Bahagian ini perlukan perancangan yang teliti selepas perkahwinan. Saluran pendapatan, perbelanjaan, peluang-peluang tambahan pendapatan dan sebagainya harus dibincangkan berdua. Ia bukan tanggungjawab suami sahaja!


6. Rancang tempat tinggal yang sesuai
Mungkin ada yang memilih untuk tinggal di kampung, pinggir bandar atau di bandar. Meungkin ada yang memilih rumah banglo atau rumah kos rendah. Semuanya bergantung kepada keselesaan keluarga. Tetapi, penting untuk kita memilih persekitaran tempat tinggal yang baik kerana ia akan mempengaruhi anda dan keluarga.


Malang bagi wanita yang hidup tanpa matlamat dan tanpa arah tujuan. Jadilah wanita yang produktif dan punya matlamat hidup yang jelas. Jadilah isteri yang hebat, mampu menjadi yang terbaik di rumah dan menyumbang untuk ummah!

Teringin nak makan Pavlova

Dah seminggu aku mengantikan pose nih, time lunch sebok menengok resepi-resepi kek. Terutama sekali kek Pavlova...yummmyummm..meleleh air liur...
Seriously, aku belum pernah makan Pavlova nih, meh ler saper2 yang baik hati belanjer aku makan kek nih. hahaha
Tengok resepi nampak macam simple and easy jer...rasa macam nak buat tapi aku belum pernah makan lagi.
Nakk..nakkk...
Banyak jugak blog yang ader menjual Kek Pavlova nih, blog yang selalu aku bukak untuk menengok kek Pavlova nih dekat Blog Hotmama, tengok kek nyer memang membuat air liur ku meleleh...memang syok tengok kek, kalau makan ber syok2.






I Love to see Pavlova cake

Wednesday, June 20, 2012

Hari ni Laki ku Balik...Yeayyy

Hati berbunga-berbunga menuggu kepulangan insan yang tersayang. Lama pula rasanyer laki ku pergi  Fieldwork masuk hutan..lost contact terus. Tak dapat nak kol, tak dapat nak message, tak tahu aper citer dia dalam hutan tu.
Dari Hari Khamis (14 Jun) sampai hari nih (21 Jun) berapa hari yerr? jap aku nak kire..lembab cikit nak mengire...ha 8 hari ngko...lama tuh...anak-anak pun dah merindui apaknyer... asal aku balik keje jer mesti tanyer "Ayah mana?" adoiyai..selama 8 hari la aku asyik menjawab soalan yang sama, "Ayah keje la sayang..ayah masuk hutan" .

Selama 8 hari jugak lah aku survive sorang-sorang jaga anak, kemas rumah, basuh kain, lipat kain, masak, uruskan anak-anak. Seriously memang penat kalau menguruskan sorang2 tiada pembantu...sib baik ada mak yang berjiran. Mintak tolong hantarkan anak-anak ke rumah babysitter sebab aku dah lambat nak masuk keje kul 8.00, kul 7.30 still kat rumah lagi...terkejar-kejar nak ke tempat keje. Kalau naik moto senang jer cilok-mencilok, nih bawak kete mana boleh cilok-mencilok.

Dah semakin rajin laki ku fieldwork sekarang. Bosan pulak dia tak ada. Tak ada siapa nak membebel kat aku, yang layan borak2..bosan2...
Bila dia ada ,aku buat tak tahu jer...hahahaha...padan muka aku..

Cepatlah masa berputar...anak2 rindu dengan ayahnyer...ibu pun sama jugak...ngeee

Aktiviti anak2 di kampung

Sememang nyer tiap-tiap bulan akan balik kampung laki ku di Johor. Hujung bulan or awal bulan akan menjadi rutin bulanan untuk balik ker kampung. Memang x miss nyer lah...kalau miss dorang akan datang ke KL pulak..huhuhuhu...

Aktiviti-aktiviti dikampung banyak..memang ader jer la benda nak buat lagi-lagi Iqbal & Athirah, terus bertukar menjadi aktif dikampung. Ada saja jer benda yang dorang nak buat.

Selalunyer aktiviti dorang selepas sarap (Bekpes), dorang akan menyapu halaman dari depan ke belakang rumah pastuh bawak ke depan rumah balik dan seterusnya sampai dorang penat. Dengan kete roda tiga nyer si iqbal tolak, x padan dengan badan kecik. Yang si Athirah usung la penyapu lidi sapu2 halaman nenek nyer. Jumper  bunga nenek nyer yang tengah berkembang mekar, mula la petik letak dekat telinga pastu tunjuk kat semua orang " Cantik x..cantik x" membebel jer la mulutnyer tuh..sampai orang cakap "Cantikkkk!!" baru dia puas hati...

Aku pulak...bila sampai kampung aku suka tengok MIL aku masak, nanti balik aku cuba la praktik kan..baru sekarang aku rajin masak. Kebanyakkan masakan aku masak laki aku cakap dah nak sama macam mak dia nyer masakan. Memang ler..dah aku bulat2 copy paste resepi mak mertua ku.Hahahaha... kuih pun aku dah rajin buat..kuih gunting la selalu aku buat sebab anak2 suka and makan pun kenyang.Resepi kuih gunting MIL aku paling simple and easy sgt nak buat. Nanti aku try nak update resepi pulak.

Dah terlalut pulak dari tajuk..meh aku nak bagi tengok aktiviti anak2 ku dikampung..aku biarkan jer dorang nak buat aper pun kat kampung. Nak main pasir ker , main ayam , main kucing ker...biarkan jer.. just monitor jer dari jauh.Ye lar dekat Puchong mana dorang dapat main semua2 tuh kan... Let's kid be the kids... Biar dorang puas dengan aktiviti yang dorang buat...




Sunday, June 17, 2012

Hepi Fathers Day


Selamat hari bapa kepada Abah , Bapa Mertuaku & especially to Ayah kepada anak-anakku...

17 Jun rupanya Hari Bapa...aku igtkan 9 Jun, sebabnyer my side burn (husband) ingatkan aku minggu lepas, “sampai hati tak wish Hari Bapa Kat abang” aku pun peliks hari tuh ker sebab kat TV, FB dll x der pun info pasal hari tu hari Bapa. Tak nak bagi dia berkecil hati aku pun Sms ler “ Selamat hari Bapa dari Iqbal, Athirah & Ibu...” SMS jer.Tu pun dah buat dia happy...ok lah tuh dari ajak gi dinner ker aper ker.

Hari bapa laki den x der gi fieldwork kat Pahang, sib baik dah wish last week. So, kira dah celebrate in advance la hari bapa tuh. Minggu nih jugak besday my beloved sister Yong yang ke-30, dah tua kmau yer...

So, aku just buat cake chocolate kukus. Baru nak try buat whipping cream nak decorate atas cake tuh, punya la jahil bab2 cake nih aku gi taruk whipping cream time cake tuh panas baru kuar dari tempat kukus, dah banjir cake aku...whiping cream tadi mencair kan dirinyer...

Sib baik aku ada backup krimwheel aku buat lagi untuk decorate atasnyer pulaks...

Inilah hasilnyer.... die nyer bunga dah mencair jatuh ke tepi..


Happy Fathers day to All