Nuffnang

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Resepi my trifle

1st time buat Trifle. 2nd time buat masa besday Iqbal 2012.

1. Swiss Roll
2. 1 Tin fruit Cocktail
3. 1 kotak kristal Jelly
4. 1 Tin Susu Cair+1 Tin Air+ 7 Sudu Gula pasir
5. 4 sudu besar tepung kastard
6. Whipping Cream
7. Buah-buahan (strawberry or peach)

Dalam pic nih saya tersalah pakai serbuk agar-agar pulak sepatutnyer kristal jelly.



1. Lapisan 1 = Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu.



2. Lapisan 2 = 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sesambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air - tepikan dulu). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad tadi, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.


3. Lapisan 3 = Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

4. Lapisan 4 = Masak air panas (ikut sukatan pada kotak jelly), hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).
5. Lapisan 5 = Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream (dipukul dulu hingga gebu) keatasnya... taburkan dengan buah strawberry (atau buah2 lain ikut suka) keatasnya.....

Luper nak snap trifle yang dah siap taruk whipping cream dengan buah strawberry


Sunday, January 13, 2013

Besday Muhammad Iman my nephew

Celebrate besday Iman...anak sulong kakak aku yang ke 3 tahun.
Semoga menjadi anak yang soleh.





Order Pavlova cake untuk besday Iman.Aku order dekat my best prenz Ee. Sekarang Ee dah jadi business woman buat bermacam-macam cake seperti Pavlova, red valvet, cup cake, rainbow cake, cake in jar, fondant cake, cheese tart, continental cake, marble cheese brownies, premium cupcakes, durian crepe, moist chocolate cake, cream puff & exclairs , muffin, fancy cookies, toffe caramel cheesecake, blueberry cheese cake.

Pavlova yang aku order nih double layer.Ee menggunakan rich whipping cream, walaupun masa dia hantar kek aku tengah panas terik, tapi whipping cream nyer tak cair pun.hehehehe...



 Saper nak order kek dekat mybest prenz nih..boley contact dia 

 019-6961226
email: mylittlemiaoven@yahoo.com

 Facebook My little mia oven




Wednesday, December 12, 2012

Crepe..Crepe...

Minggu nih gigih asyik buat crepe jer...macam seronok pulak. masa mula-mula buat tuh macam keras sikit kulit dia dan tebal. Pastuh try buat lagi untuk 2nd time..ok sikit lar kulit dia tapi tak mengikut size..ada panjang ada pendek..kali yang ketiga buat resepi lain pulak tambah jenis tepung...tepung ubi kayu, tepung jagung & tepung kastard..dah ok dah crepe nyer nipis & lembut sikit. Try buat filling chocolate+milo+Chocolate...sedap...thanks K.muhaini sebab email kan resepi nih...
Kali ke-empat buat filling sweet corn pulak request from Kak Mira...terbuat banyak crepe...ader 4 tupperware besar...start buat crepe pukul 8 malam sampai pukul 2 pagi baru siap habiskan semua kulit crepe & filling2 nyer....gigih buat sampai sakit-sakit pinggang dan tengkuk...
 
Chocmilo Crepe
 
-100g tepung gandum
- 100g tepung ubi
- 50g tepung jagung
- 50g tepung kastard
- 200ml susu cair
- 600ml air biasa
- 4biji telur A
- 5sdb gula
- 5sdb minyak masak
- 2sdb serbuk koko
- 1sdt choc emulco
- sedikit esen vanila
- sedikit pewarna brown
 
Cara-Cara
Campurkan semua bahan-bahan tepung gandum,tepung ubi, tepung jagung, tepung kastard,susu cair,air biasa,4 biji telur,gula, minyak masak,serbuk koko, choc emulco,esen vanila & pewarna coklat. Kacau sampai sebati menggunakan whisk. Tapis dan masak atas kuali leper.
 
Filling
-Whiping Cream (Value Pride) *my choice ^__^
-Soft chocolate/chocolate spread
-Milo
 
Cara-caraFilling
 
- Pipe kan cream>Soft chocolate>Milo>Soft Chocolate tutup balik dengan Whiping cream then lipat kulit nyer...
 
 
Sweet Corn Crepe
 
Filling
 
-Sweet Corn dalam Tin
-Whiping Cream

 
Tadaaaa.....dah siap nak bawak pergi kerja....
 
 

 

Saturday, December 8, 2012

Durian Crepe

Sekarang nih Durian crepe jadi trend makanan terhangat dipasaran. Dalam FB ramai orang post pasal durian cerpe nih. Sedap sangat ker? malas nak mencari tempat jual Durian crepe nih. 
Aku dengan kerajinan tahap maksima nyer telah mengerah kan tenaga membuat sendiri Durian Crepe nih. Memandangkan kat rumah ada durian mak aku bagi. So, aku telah meng'google resepi Durian Crepe, macam-macam resepi nyer. Aku refer resepi yang simple but nice dekat blog Cik Epal...hehehehehe

Senang jer buat nyer...cuma kulit dia kene ada skill baru dapat cantik dan sedap.1st time buat jer dah menjadi, cuma kulit tebal sikit.Aku bawak pergi Office, bawak cuma 4 keping jer.Alamak tak cukup pulak, rasa bersalah pulak.Malam nyer aku buat lagi sebab whiping cream banyak lagi balance yang 1st time buat semalam.

 Cara-cara aku buat Durian Crepe:

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning

Filling:

1 Cawan Whiping Cream (Aku guna bran Value Pride)
Durian


 Cara-caranya:

1) Masukkan tepung, garam, santan,telur kacau pakai mixer. Taruk air sikit, esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau sampai sebati, kalau likat sangat taruk air sikit bagi cair sikit.

2)  masak leperkan atas kuali non stick dengan api yang sangat-sangat kecil. Kalau api kuat nanti kulit akan cepat keras.
Cara nak angkat kulit ni pun kena berhati-hati. Cara aku macam gambar bawah ni.

3) Pukul whiping cream sampai jadi kental.
 5) Letakkan whiping cream, then letak durian dan lapis lagi semula whiping cream.Lipat cantik-cantik. Jangan tarik kulit nyer kuat-kuat boleh terkoyak nanti.


Ini untuk rumah mak

Ini untuk bawak ke tempat kerja
Senang jer buat Durian Crepe ni. Kos pun murah jer...



Monday, March 19, 2012

Spring roll @ Popia

Hasil dorongan & semangat husband untuk membuat spring roll @ popia akhirnya membuahkan hasilnya.
Dah lama x buat tetiba husband teringin nak makan dan die pun dah belikan bahan2 nya siap dah tersedia dirincik halus...maka nya aku cuba mengingati balik cara-cara dan bahan-ahan untuk menumis sayur isi popia tadi...bahan-bahan nyer sangat mudah.
Atas keperihatinan aku ingin berkongsi dengan semua lah cara membuat spring roll @ popia ini;

Bahan-bahan Isi Popia

Bawang Besar          1 biji
Bawang Putih           2 ulas
Ikan Bilis                  1 gengam

Bahan-bahan diatas hendaklah ditumbuk sehingga lumat.


 Sayur-sayur nya

Lobak merah        1 batang
Sengkuang            1 Biji
Timun                   1 batang

Bahan Diatas hendaklah dihiris halus-halus.

Bahan Lain

Kulit Popia
Telur Ayam   1 Biji

Cara-caranya

Bahan-bahan yang telah di tumbuk lumat tadi ditumis sehingga naik baunya, kemudian masukkan sebiji telur ayam. Kacau bahan-bahan tadi sehingga cukup masak.
Masukkan sayur-sayuran yang terlah dirincik halus tadi, tumis sehingga sayurnya cukup masak dan kering.
Angkat dan toskan sayur yang telah ditumis tadi buang kan air nya.
Kulit popia dipotong segitiga untuk menyenangkan & memudahkan untuk menggulung isi popia tadi.
Sapukan hujung kulit popia semasa menggulung bahagian yang terakhir dengan air tepung pekat. cara ini agar kulit hujungnya tidak terbuka semasa menggoreng popia nanti.
Sesudah siap menggisi sayur didalm kulit popia, blehlah menggoreng untuk dijamu kepada tetamu atau keluarga.



SELAMAT MENCUBA!! ^_^