Nuffnang

Thursday, January 24, 2013

Athirah & Rabbit nyer...

Athirah nih seorang yang penyayang...kalau tengok dia sayang rabbit...aduihh kiter pulak gerammmsss... mana tak nyer...die sayang sangat sampai ketap2 bibir...hayun-hayunnyer rabbit..dodoi macam baby...Isshhh2...

Nampak aku nak snap gambar die, bukan main lagi posing dengan Rabbit nyer. Ibu2..lagi2 tangkap lar gambar banyak2...lagi2... 

Die geram sangat


Aksi-aksi Athirah dengan Rabbit nyer..ader ker soh Rabbit tu buat peace..sabar ajer lah...mulut pun dah macam rabbit adik oiii...


Berlari sambil libas rambut yang berpeluh-peluh...Aku nak ikat rambut dia lari2 susah sangat nak ikat rambut die nih...


Berkejar nak angkat Che Tam ni..Che Tam dah gemuks...

Lepas jer abis dia dukung-dukung rabbit dapat hadiah dari Che teh..kena cakaran manja..hahahaha...saper suruh gi cekik nyer Che teh tuh..dia marah ler..dah kene cakar kt lengan...halus jer cakaran tu..sib baik x kuat..kalau kuat aku sembelih buat satay Arnab..hehehehehe


Monday, January 21, 2013

Surat buat menghadapi tragedi cinta…



Suami ku yang disayangi,
Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.
Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu apatah lagi membencimu… tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah.
Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.
Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.
Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang… kita berdua akan kecundang.
Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?
Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci.
Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid… Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah.
Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?
Suami ku,
Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.
Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku… Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!
Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.
Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.
Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.
Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar ‘melepaskan’ perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.
Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini… Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?
Suami ku,
Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.
Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang… di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?
Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.
Jika dalam surat ini ada kesedihan… ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran… itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan…
Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.
Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!
Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya… dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya…
Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.


Sunday, January 20, 2013

Majlis pertunangan & jumpa kawan lama...

Selamat sudah adik ipar aku bertunang dengan pilihan hati/pilihan keluarga.
Aku sponsor kek ngan coklat...
Coklat aku gubah jadi love then letak-letak jer coklat-coklat kecik dalam tuh. Masa aku tengah gubah nih Si Athirah ngan Iqbal dah ngap2 coklat nih...

Then, aku tempah kek dengan my best prenz Ee mylittle mia oven
Cantik sangat kek Ee...






Bertolak dari Kem PJA Semenyih rumah Adik Ipar husband pukul 1.00. Lalu SKVE>ELITE>GUTHRIE.
Banyak giler toll nak hadap, tapi sebab nak cepat lalu jer...
Dah sampai Saujana Utama, berhenti di Petronas, baca doa selamat.


Dah sampai rumah pihak perempuan, perberbincangan & perundingngan.kata sepakat dah di persetujui semua.

Ibu tangkap gambar adik ibu...nak jugak


Sesi menyarung Cincin merisik & bertunang.


Budak nih meragam pulak time-time nih. Ishhh2 menguji kesabaran ibu & ayah jer Muhammad Iqbal nih.Kalau ada benda tak kene dengan iqbal mesti nak mengamuk. Lepas jer makan terus jer ceria balik. Aku memang dah agak sebab aper dia mengamuk.Lapar sampai mengamuk.

Niswan & Rahim
Congrates both of you!!!


Julia & Rahman...bakal Ibu & ayah soon.

Pic aku nih Athirah yang snap...

Tangkap gambar sendiri

Duck style

Tetibe jumpa member Unikl tengah makan with her Family in law nyer dekat Hj Samuri Kajang... Eja...Slim nyer  ngko dah...gambar dari bawah.Iqbal yang tangkap....

Lepas makan-makan dekat satay kajang, balik...sangat penat dan mengantuk...besok keje wey...



Addicted

Mula-mula cool blog...biler dah jumpa yang nih...addicted pulaks...
Hari-hari mau



Thursday, January 17, 2013

Resepi my trifle

1st time buat Trifle. 2nd time buat masa besday Iqbal 2012.

1. Swiss Roll
2. 1 Tin fruit Cocktail
3. 1 kotak kristal Jelly
4. 1 Tin Susu Cair+1 Tin Air+ 7 Sudu Gula pasir
5. 4 sudu besar tepung kastard
6. Whipping Cream
7. Buah-buahan (strawberry or peach)

Dalam pic nih saya tersalah pakai serbuk agar-agar pulak sepatutnyer kristal jelly.



1. Lapisan 1 = Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu.



2. Lapisan 2 = 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sesambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air - tepikan dulu). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad tadi, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.


3. Lapisan 3 = Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

4. Lapisan 4 = Masak air panas (ikut sukatan pada kotak jelly), hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).
5. Lapisan 5 = Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream (dipukul dulu hingga gebu) keatasnya... taburkan dengan buah strawberry (atau buah2 lain ikut suka) keatasnya.....

Luper nak snap trifle yang dah siap taruk whipping cream dengan buah strawberry


Wednesday, January 16, 2013

Sweet 19 last 10 years ago..

Selamat hari kelahiran yang ke 29 Tahun. Semoga saya di kuatkan iman untuk menempuh dugaan-dugaan yang mendatang.
Semoga apa yang saya impikan akan terlaksana...InsyaAllah.
Aminn...


Sunday, January 13, 2013

Besday Muhammad Iman my nephew

Celebrate besday Iman...anak sulong kakak aku yang ke 3 tahun.
Semoga menjadi anak yang soleh.





Order Pavlova cake untuk besday Iman.Aku order dekat my best prenz Ee. Sekarang Ee dah jadi business woman buat bermacam-macam cake seperti Pavlova, red valvet, cup cake, rainbow cake, cake in jar, fondant cake, cheese tart, continental cake, marble cheese brownies, premium cupcakes, durian crepe, moist chocolate cake, cream puff & exclairs , muffin, fancy cookies, toffe caramel cheesecake, blueberry cheese cake.

Pavlova yang aku order nih double layer.Ee menggunakan rich whipping cream, walaupun masa dia hantar kek aku tengah panas terik, tapi whipping cream nyer tak cair pun.hehehehe...



 Saper nak order kek dekat mybest prenz nih..boley contact dia 

 019-6961226
email: mylittlemiaoven@yahoo.com

 Facebook My little mia oven




Tuesday, January 8, 2013

GA 2nd Day Iqbal School

For the 2nd day nih sebenarnya ibu tak plan pun leave. Main EL jer sebab monitoring Iqbal lagi, ingat nak arrange transport Iqbal. Bagi dia naik Van jer la pergi dan balik. So, pagi-pagi hantar Iqbal ke GA..still bersesak2 ramai parents lagi. Just drop Iqbal dekat bawah GA jer, teacher bawak naik atas. Ada pulak mydin mart dekat situ, gi shopping barang2 rumah jap. Pastuh nampak transporter sampai bawak budak2 GA, terus aku pergi tanyer macam2. Isi form bayar semua...seatle...balik kang Iqbal dah start naik tarsport nyer.
Then pukul 10.30 pergi monitor Iqbal balik. 1st time dia naik transport sendiri tanpa ada Ibu & ayah.

 Aku dah standby dekat Van tu, lepas sorang2 budak GA naik van..sekali aku tunggu jugak mana Iqbal nih, dia x bawak turun pun. Pastu aku tanyer confirm kan dengan transporter tu..."Eh mana anak akak...?? balik nih dia dah start naik van taw"...akak ngko..tua nyer aku..hehehehe .Pastu, baru la dia soh teacher panggil kan Iqbal, rupanyer name tag Iqbal belum taruk lagi sticker Van tuh kaler pink.




Baru nak tampal sticker dekat name tag

Mula-mula Iqbal turun nampak ibu ni terus dia senyum...sekali biler suruh dia naik Van muka dia dah lain...sedih, sayu, meleleh...Ibu nak blik dengan Ibu....aku buat tak tahu jer snap2 pic die...hehehehe



Muka dah cuak dah...hehehehe
Dah start meleh air mata

I follow van

Aku just follow dari belakang Van.Tak sempat nak follow van dah hilang sebab aku tertinggal stop dekat traffic light merah. Aku and husband tunggu dekat simpang rumah pengasuh jer sambil minum ais blanded.
lama giler tunggu...mana lar van nih tak sampai2....
Sekali transporter tu call aku..Kak saya dah sampai bawah A18 nih...aik dia ikut jalan shortcut mana...tetiber dah sampai...aku pun pergi lar dekat sana.. tanya macam Iqbal ok tak naik van nih. Transporter tu cakap 10 minit dalam van tuh dia menangis...meleleh air mata dia..pastuh dah ok...
Turun-turun dari Van Iqbal peluk2 aku. Cium-cium nyer aku..Ko ingat ibu nak jual ko ker iqbal...takut sangat..Iqbal kan dah besar...dah sekolah... jadi lah orang besar..berani. Kuat...

Monday, January 7, 2013

GA 1st Day Iqbal School


Masa 1st Day Iqbal masuk Genius Aulad, mula-mula pergi nama Iqbal tak ada dalam list semua kelas. Yuran dah bayar habis tapi nama tak ada dalam list. Cari punya cari ada nama Iqbal dalam list kelas 5 Palestine. Naik tingkat atas GA ramai parents hantar anak & tengok anak-anak dorang. 

Termasuk la aku and husband sekali lar dengan budak gemok si Athirah nih. Uhhh dia yang paling excited lebih dari abang nyer.Abang bawak beg dia nak bawak beg, abang ada pencil box dia pun nak pencil box.


Muka happy masa dalam kelas.


Kitaorang keluar dari kelas dia..tengok dari luar kelas jer..panggil jer nama Iqbal, dia akan pandang dan buat peace sebab Ibu nak snap gambar dia. Memang trademark Iqbal kalau tangkap gambar adalah peace...hehehehe


Dah start joget2 dan baca doa.


So, tengok dia dah ok duduk dalam kelas. Kitaorang pun keluar dari GA pergi cari breakfast. Makan dekat kedai mamak.