Nuffnang

Sunday, September 29, 2013

Lepaking di Putrajaya bersama FIL

Minggu yang sangat penat bagi aku. 
 Lepas balik dari wedding adik lelaki di perak, siap-siap kan anak-anak dan diri terus rushing ke bangi. Dorang dah tunggu untuk dinner sama-sama. Sampai-sampai Restoran Yankies Hut bangi, husband dah tunggu kat depan.Pakwe adik ipar pun ada makan sekali ngan kitaorang. Lepas dinner terus balik Semenyih tido rumah adik ipar. 



Hari ahadnyer bangun pagi-pagi bancuh air milo cicah biskut breakfast then terus gerak pergi balik rumah dulu kat Puchong. Siap-siap terus pergi kelas dekat UITM Puncak Perdana. Kelas dari pagi sampai petang ni 1st kelas aku untuk sem nih. Lepas jer kelas terus balik puchong, husband amik kat rumah terus bawak pergi putrajaya lepak-lepak kt dataran Putrajaya.


Balik rumah malam tu pinggang rasa nak patah jer...sib baik husband tolong urutkan.


Saturday, September 28, 2013

Nikah & Kahwin nyer seorang adik lelaki ku...

Aku ada sorang jer adik lelaki kandung dalam dunia nih. Walau apa pun terjadi dia tetap adik aku. Jodoh dah ditentukan oleh Allah s.w.t kene terima qada & qadar nya.
Majlis pernikahan diadakan di masjid Pantai Remis Perak. Adik aku selamat melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sahaja dan sah menjadi suami. Selamat sudah....




Majlis bersanding belah perempuan diadakan pada keesokkan hari nya. Pukul 12.30 dah kena bertolak dari homestay Seri Iskandar ke Gelung pepuyu. Agak kelam kabut sikit rombongan sebab datang dari 2 arah...pengantin dari arah selatan hantaran dari arah utara...then bertembung.  Bayangkan dengan panas tengahari & perut memboyot aku pegang hantaran ngan anak-anak entah kemana..menjerit2 panggil nama anak takut dia lari arah jalan raya. Bersanding, snap2 pic then tengok orang makan..aku kalau penat memang aku tak larat nak makan. Tak ada selera.



Dah berpeluh-peluh menunggu jumpa sedara-mara semua balik ler ke homestay , naik satu kereta Alza penuh dah amcam sardine dalam tin. Balik pun dengan tergesa-gesanya sebab owner homestay tu dah tunggu ada orang nak check in pukul 3.30 tu jugak. Penat tak hilang weiiiii...walawei betul..pack semua barang-barang masuk dalam kereta. Kemas sikit-sikit jer homestay tu lantak lar nak cepat sangat kan.Denganpakai baju tadi jugak tak sempat nak mandi bergerak balik ke Puchong. Berhenti dekat Petronas Athirah nak berak pulak, mandikan sekali sian anak aku panas tadi. Perut baru terasa lapar, beli ler roti & air kat Petronas Mesra. Makan dalam kereta..on the way lalu jalan kampong abah dekat Telok Bakung, abah ajak Iqbal tengok sungai. Singgah ler kami tengok Kerbau dan sungai perak. Tempat kenangan masa kecik kutip remis seronok sangan sebab dulu air jernih dan cetek jer. Sekarang tengok air macam scary jer macam dalam. Setengah jam berehenti tengok permandangan & kerbau terus gerak balik Puchong.




Sampai-sampai puchong boleh pulak sekali dengan rombongan bas satu flat.

Kepenatan yang amat sangat & nothing can describe the feel by word...errrmmmm 

Tuesday, September 24, 2013

Update:Athirah

Semoga menjadi anak yang solehah yer Nur Athirah.
 
 
Dah nak jadi kakak perangai kakak banyak menguji kesabaran ibu nih...manja sangat2...
Apa kakak nak kalau tak dapat menangis macam kene cubit.
Cakap dah macam orang tua, bila orang cakap ada jer benda dia nak jawab.
Kalau suruh dia buat something...laju jer kakak buat..rajin mmg sgt rajin.. benda x suruh buat pun dia nak buat. Kalau suruh abang Iqbal amik barang pun dia pun laju jer bangun pergi amikkan sampai bergaduh-gaduh dengan abang.Nasib baik abang dah besar dan paham dengan perangai kakak athirah nih.