18 Januari 2020 Kawan-kawan Alumni UITM ajak pergi hiking dekat Bukit Wawasan Puchong. Selama 20 tahun bermastautin di Puchong since 1999 tak pernah jejak kaki dekat naik Bukit Wawasan nih. Dengan semangat yang ada nih cuba lah try naik bila kawan-kawan ajak.
Pagi tuh bersiap-siap hantar anak-anak pergi rumah opah diaorang then terus gerak pergi ke kaki bukit Wawasan menunggu kawan-kawan Zue dan Ain. Jalan nak ke Kawasan Kaki bukit wawasan tuh berderet kereta hikers parking so jalan agak sempit sikit. Nasib baik ada parking kosong untuk aku parking. Sambil menunggu kawan-kawan sampai..sempat lah aku buat stretching badan kaki sikit.
Laluan dalam Bukit Wawasan Puchong nih ada yang mendatar ada jugak yang mencabar nak kena panjat bukit kene turun curam. Zue bawa kami pergi jeram dulu dari pit stop tengah-tengah bukit tu ada dua simpang kanan nak pergi puncak kiri pergi ke jeram dan Blue Lagoon. Kami lalu di laluan air jeram.
Dan kami jumpa jeram yang air nya jernih kawasan yang damai dengar bunyi cengkerik dan unggas-unggas hutan memang sangat mententeram kan jiwa dan kepala.
Sempat lah berendam basahkan badan.Selepas berendam makan spegethi yang aku bawak untuk bekalan perut kami terus menuju ke puncak yang mengambil masa dalam setengah jam jugak. Berat jugak bawak badan nih selepas berendam dan makan spegethi tadi rasa menyesal pun ada jugak hahahaha patut pergi puncak dulu baru pergi jeram. Peluh mencurah-curah keluar, kaki dah mula rasa sakit yang tak tahan lutut ku yang menampung berat badan ku yang sangat membesar dengan jayanya.
Puncak Bukit Wawasan nih berada paras 223M dari bawah...Berjaya juga akhirnya....
Selepas penat mendaki kami raikan dengan makan laksa dan minum air kelapa di kaki Bukit Wawasan Puchong.