Nuffnang

Sunday, September 30, 2012

Athirah Baby

Terjumpa pic-pic Athirah masa kecik...


Comotnyer ko dik makan biskut oreo....



Kehidupan

Sakit kepala dari semalam tak hilang-hilang. Rasa macam nak pecah sakitnyer.Sakit kepala bahagian dahi nih macam rasa nk tumbuh tanduk jer.Macam-macam masalah yang terjadi..redha jer lah menanggung nyer.Allah sentiasa menguji hambanya.

Lega dah selamat  buat Exam PPTM..soalan diluar jangkaan.Fuhhh...tawakal jer la menjawabnyer.
Masa memang kesuntukkan.Bahagian paper B Daya Menyelesaikan Masalah hanya 45 minit jer untuk 50 soalan.Mana cukup masa...Aku dah la mengira lemau..kene bukak kasut kire pakai kaki..hehehe melampau tuh..kertas semua aku conteng buat kire2..bila SPA announce lagi 10 minit..terkuncit aku rasa nak terberak tercirit buat pengiraan..dah nisbah-nisbah, pecahan, peratus bagai semua benda nk kene kira.Tetiba la hanpone aku x silent dengar lagu Maya-Diari biru..lagi la buat aku mengelabah berpeluh-peluh.Hanphone dalam beg, kaki aku dah kuis-kuis beg tu pijak-pijak mana tau tertekan button nak off kan ringtone tu. Sekali bunyi message pulak..fuuhhhh...
Akhirnya dapat jugak menjawab soalan SPA PPTM F-29. Kalau ader rezeki aku InsyaAllah..... x boley mengharap sangat sebab orang yang menduduki exam ramai. Sampai aku jumpa kawan-kawan ex-unikl dulu. Jumpa Aliff, Elly, x ingat nama budak nerd kelas DIM tuh. ader jugak yang aku cam ex-unikl dulu tapi x kenal sgt just cam muker dorang jer...

Lepas nih aku kene prepare untuk buat MUET Speaking pulak...huhuuhu dah tua baru nak belajar...what the Mimi...x per la Ilmu kene cari sehingga di hujung nyawa...betul ker ayat nih. Macam lain amcam jer bunyi.It's time to me to futher study...it's time....dah lama dah impian aku nak sambung degree nih. Masa sahaja yang tak mangizinkan.Harap semua akan berjalan dengan lancar...Amin dan semoga Allah permudahkan segala urusanku...Amin

Friday, September 28, 2012

Mencari Tip2s untuk menjawab Exam esok...

Hari ni aku datang berkerja bukan nyer buat kerja...hehehehe...last minit study memang kelam kabut di buat. Time ni la nak google itu, time nih la nak tulis note, time ni lah nak buat latih tubi math, time  nih la baru nak buat semua benda...

Macam mana la semua note aku buat nih nak masuk dalam kepala nih. Makin aku membaca makin berat pulak otak aku nih, kepala pun berdenyut-denyut macam nak pecah...memang otak aku nih slow kot, x boley nak process information untuk di muat kedalam otak-otak..Macam komputer lak otak nih kan...makin kita load banyak makin slow & berat RAM die...jangan hang sudah!!
Ya Allah mintak dipermudahkan lah urusan hambamu ini...Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang... AMIN...

Info-info yang aku cari....

Senarai Menteri
Suruhanjaya Reid
Brain Storming Math
1Malaysia
Malaysia Kita (Isu-isu Semasa)
Perdana Menteri Malaysia
Electronic Government In Malaysia
Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29


Thursday, September 20, 2012

Peperiksaan SPA-F29 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat)

Dah seminggu dapat surat dari SPA. Mula-mula dapat tu macam biase jer sebab belum bukak lagi surat tu. Dalam hati ala..ni yang baru update profile hari tu. Sekali baca eh' lain macam jer wording die.

Baca elok-elok Mimi Norsila. Baca tajuk jer dah tersengih aku depan pintu dan Mak pun ade masa aku baca surat ni. Alhamdulillah for the 1st time aku baru dapat Exam SPA ni.

Mula la kelam kabut research soalan-soalan exam ni, baca balik information pasal Negara, Kemerdekaan, IT dan Matematik (Algebra & Geometri). Aku kalau bab math ni memang lemah semangat sikit. Macam mana la soalan-soalan nyer nanti...arrghhh...takutnyer beb...

Contoh exam paper Refer dekat sini PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F 29.

Doakan semoga dapat menjawab exam ni dengan mudah yer...berdebar-debar pulak rasa....



Wednesday, September 12, 2012

Our new Family

Aper?? nak bela arnab? No no no...

Ok la kalau x boleh bela arnab kita bela Kura-kura...Ok lah Kura-kura approved.
Permintaan en somi untuk membela sesuatu selepas ikan puyu nyer mati sebelum raya hari tu.

Then, masa mula-mula pergi kedai pet, beli lah 2 ekor kura-kura. Then, esok balik dari kerja ajak lagi pegi kedai Pet.Hambik lagi 3 ekor kura-kura...heww...
Sekarang ada 5 ekor kura-kura menjadi my new family...
Athirah & Iqbal memang suka & sayangkan apa jer binatang...they love animal,pet & anything yang idup...


Hari pertama jer excited tengok kura-kura....huhuhu

Duit Raya

Siapa kanak-kanak seronok la dapat duit raya.Mak kanak-kanak pun seronok jugak...Mengimbas masa zaman kanak-kanak dulu, beza duit raya dulu dengan sekarang.

Orang dulu bagi duit raya semua besi (syiling) 20 sen,10 sen,30 Sen dan 50 sen. 50 sen paling banyak masa tuh.




Sekarang nih..semua orang kaya2..duit raya paling sikit orang bagi RM2...

Duit raya anak-anak ku...dah masukkan ke Tabung haji dah...bukan lama bertangguh-tangguh..asal nak masukkan jer ader lagi duit raya orang bagi...Alhamdulillah rezeki anak-anak. Ibu simpan kan dalam Tabung haji yer...







Raya Day 1 & Raya Day 2 Aidilfitri 1433H

Raya Day 1
 
Raya Aidilfitri lagi beberapa hari jer dah nak berakhir...baru nak update citer hari raya nih..
Raya tahun nih di Felcra Bukit Kepong..memang tiap2 tahun la beraya kat sini. Kalau x balik raya kat Felcra kang memang ader drama yang berlaku..huhuhu

18.08.2012 adalah Besday my SIL..Besday umi kalsom..then celebrate besday dia dulu..
habis semua kene calit dengan krim kek...Besday yang ke 18..sweet 18..hewhew...

Lepas jer celebrate besday SIL..apa lagi. x meriah kalau malam raya kita x main mercun rasa macam x complete jer malam raya tuh..x meriah..tapi PERINGATAN yer...main mercun tu main jugak tapi perlu berhati-hati, yang kanak-kanak perlu ada orang2 tua dewasa yang tengok..jangan bagi main yang mercun yang merbahaya..main mercun yang ala manjer2 gitu..

 
Pagi raya lepas solat raya, bersiap cantik-cantik tunggu orang balik dari solat raya then semua duduk untuk salam raya...
Sedih time salam-salam raya..habis make up i..auuwww

 
Family Potrait 
 
 
Raya Day 2
 
Raya kedua beraya ke Kuantan.Pergi Felda Lepar menziarahi kubur Arwah Mak Father In Law ku.Then beraya sekali dirumah sedara FIL.
 
 
 
Balik tuh singgah pulak di rumah Pok Teh abang kepada My MIL di Felda Pemanis Jalan Muazam.Pok teh nih kalau masakan dia memang sedap-sedap belaka. Pok Teh masak Nasi minyak Ayam Merah. Perghhh memang sedap la.Time nih pulak Iqbal boleh muntah-muntah, Ibu baru jer nak tambah nasi x jadik..potong stim la...
 
Balik jer rumah kepenatan sangat-sangat...
 
ape lagi mandi solat then tido..................................................zzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZ