Nuffnang

Friday, June 14, 2013

Pergi nyer Biras kesayanganku...Ajal Dalam Pantang

Assalamualaikum...lemau nyer badan nak memulakan coretan di dalam blog ni. Sudah sekian lamanya aku tak mencatitkan sesuatu dalam blog ini. Malas, lemau, lemah dan sewaktu dengan nya.
Perasaan sedih masih menyelebungi dalam diri ini. Rasa macam tak percaya bahawa biras ku Julia Binti Osman telah tiada, sekelip mata Allah s.w.t lagi menyayangi nya.
Tanggal 13 Jun 2013, pada pukul 7 pagi aku dapat panggilan dari Mak mertua ku, panggilan dari handphone husband aku cuba angkat kan. Terdengar suara teriakan atau ketawa aku masih belum tangkap pada mula nya, then baru suara mak mertua ku bercakap dengan nada menangis teresak-esak. Sambil menangis memberitahu "Mimi mak nak bagitau nih, Rahman excident......juli dah tak ada.!!!!!..." aku tergamam haaa betul ker apa yanga aku dengar nih...btul ker...btul ker...
Mak mertua suruh aku pergi ke Hospital Seremban sekarang juga...aku tengah nak bersiap-siap nak solat subuh, husband masih mandi dalam bilik air..sambil menjerit dan meraung aku panggil husband suruh cepat siap-siap kita pergi Hospital Seremban sekarang jugak dan sambil menjerit aku aku cakap rahman excident dan juli dah tak ada..terus husband aku terjatuh terduduk sambil menangis....
Ya Allah!! betul ker apa yang aku dengar dan lalui ni...bagai kan mimpi...
Terus siap-siap pergi ker Hospital Seremban..husband aku memang lemah dah tak berdaya untuk memandu..aku yang pandu kereta menuju ke Hospital Seremban. Sambil dalam kereta bertubi-tubi buat kol bagitahu semua orang termasuk adik beradik Arwah Julia. Adik ipar Rahim dah tunggu di hentian Nilai untuk sama-sama pergi ker Hospital. Masa dalam perjalanan masing-masing diam...sambil memikirkan betul ker berita yang baru di dengar tadi..betul ker Juli dah tak ada...macam mana dorang boley excident dan bermacam-macam lagi dipikirkan...
 
Masa dah nak sampai di perkarangan hospital Seremban ada polis kol husband panggil "angah..ini Inspektor Hafizal dari IPD Seremban 2, tahu kan Ab Rahman excident dan isteri dia dah meninggal dunia?" lagi sekali husband dan aku meraung dalam kereta...aku asyik teringatkan Danish jer..baru sebulan nak hidup dengan Ayah dan mama dia...Mama dia dah tak ada..Ya Allah!!!
Sampai di Emengency room kitaorang cari Red Zon (Zon kritikal) hanya seorang sahaja yang boley masuk. Husband masuk then sempat bercakap sekejap dengan Rahman (adik ipar) pastu keluar. Datang seorang doktor perempuan bagitahu keadaan Rahman dan lagi sekali doktor tu bagi tahu bahawa isteri rahman meninggal dunia di tempat kejadian, aku memang tak boley tahan dekat situ jugak aku menangis bagaikan tak percaya...teringatkan Danish yang masih baby lagi tuh...
Selepas urusan Rahman di Red Zone. Aku dengan huband cari Jabatan Forensik untuk melihat jenazah Arwah Julia. Sampai di Jabatan forensik hanya ada aku dengan husband jer mula-mula, dan datang lah ahli keluarga sebelah Arwah. Tak lama selepas itu, ramai polis-polis dari IPD seremban, Semenyih dan dari IPD lain-lain lagi berkumpul di perkarangan Jabatan Forensik untuk pengurusan Jenazah Arwah. Ya Allah ramai nyer nak membantu untuk pengurusan Arwah...Pertama kali menjejak kan kaki di bilik mayat untuk melihat jenazah..Ya Allah lemah nyer kaki ku ini...aku lihat sekujur badan terbaring diatas katil besi. Bila diselak kain putih ternampak wajah arwah..aku tak dapat menahan rasa sedih yang amat sangat!!! Macam tak percaya....
Allah lagi sayang kat Arwah..aku redha...pergilah dengan tenang..
sambil menunggu untuk dimandikan makin ramai sahabat dan saudara yang datang di perkarangan Jabatan Forensik.
 
Semasa pengurusan Jenazah dibuat, Rahman telah di bedah untuk mengeluarkan darah dalam perut. Keadaan Rahman pun sangat kritikal pada masa itu.Aku dan husband pasrah agar Rahman selamat sign jer segala bagai surat yang doktor bagi. Try your best doctor...
Aku dengan husband yang menguruskan urusan kedua-dua nya.Sekejap kami ke tempat Rahman, sekejap kami ke tempat Arwah. Aku cuba kuatkan diri aku yang sedang mengandung nih.
Semasa arwah sedang dimandikan oleh pasukan pengurusan jenazah perempuan ipd seremban (BAKA) seperti diberitahu. Urusan jenazah semua IPD yang uruskan. Jenazah di bawa ke Melaka dahulu untuk penghormatan terakhir dari sedara-mara dan sahabat arwah , then baru di bawa ke Felcra Bukit Kepong Johor. Selepas jenazah bertolak ke Melaka, Rahman selamat dibedah dan beliau ditempatkan di HDW (High Dependency Ward) tingkat 3. Bila Rahman dah selamat di ward tersebut bagi contact no. dekat nurse terus kami bergerak ke Johor sehelai sepinggang.
Sampai di Johor ramai betul orang dah menunggu dari PGA Bakri, Muar, PGA semenyih dan dari IPD lain-lain... ramai sangat penuh kawasan rumah mertua.
Suasana sungguh sedih sambil orang membaca Yassin diluar rumah dan di dalam rumah. Sampai sahaja jenazah, ramai nak melihat arwah untuk kali terakhir. Acik ida pegang danish, diciumkan Danish ke pipi arwah, time nih masing-masing menitiskan airmata. Sedih sangat2...
Danish masih tak tahu apa yang terjadi disekeliling dia, dia kecil lagi...dan dia pun tak tahu yang mama dia dah tiada.
 
Arwah selamat dikebumikan pada petang lebih kurang pukul 6 petang. Arwah disemadikan berdekatan dengan kubur anak yang 1st. Semoga bahagia Arwah Julia dan anak nya disana. Anak mu tengah tunggu di pintu syurga..syurga lah tempat mu Julia..
 
 
Al-Fatihah



No comments:

Post a Comment