Nuffnang

Thursday, February 28, 2013

Permandangan Gunung ganang Perlis

Permandangan kawasan di Perlis nih sangat cantik...bergunung ganang...luas permandangan...
Nih perjalanan semasa balik ke KL...
Orang sebok nak snap pic permandangan luar... Si Athirah sebok soh snap pic dia...


Tuesday, February 26, 2013

Jalan Baru Felda Maokil

Tak ada orang


Monday, February 18, 2013

Selamat Pengantin Baru-Entry dah lama

Entry yang dah basi...lama x update blog...

Selamat sudah adik ipar bernikah dengan pilihan hati.
Majlis bernikah nih diadakan selang beberapa minggu jer dari tarikh dia bertunang hari tuh.
Hari sebelum pernikahan di Pokok Sena, family In law nak buat Kenduri doa selamat & lenggang perut biras aku Dak Juli bini dak Raman.
Nak tak nak aku n husband pun kena balik ke Johor. Patah balik tuh...ingat nak jalan dari Puchong jer bertolak ker Kedah. Last2 kena follow dorang jugak dari Johor.
Aku terpaksa bercuti, Iqbal pun aku call teacher mintak excuse cuti sebab kenduri di kampung.

Balik hari malam jumaat 7hb Feb..jalan clear jer..sbb org x ramai lagi blik kg time nih..CNY punyer cuti start Hari Sabtu kan maybe malam sabtu ramai org blik kg masing-masing.

Lauk pauk pada hari kenduri...lauk kampung yang sangat menyelerakan.
Dan makcik-makcik yang sangat rajin ber rewang dan sangat ramah tamah.

Keesokkannya kami bertolak ke Kedah. Dari Felcra Bukit Kepong pukul 3-4 petang bertolak. Lalu Highway Plus>Elite:Exit Nilai>Masuk balik Highway Plus sampai Exit Sg.Dua. Jumlah Toll yang perlu dibayar dari Toll Tangkak>Sg Dua =RM66.50.



 Lalu Highway Utara pulak, masuk Juru Exit Pendang.



Pukul 5 pagi sampai Pendang.
Ada pulak kejadian yang tidak di ingini berlaku semasa berhenti di kawasan rehat Tapah. Dompet Adik Ipar yang bernikah besok tercicir, dah jenuh mencari....Masuk Exit Pendang pergi Balai Polis buat report sebab nak bernikah kena ada IC, Ic dah hilang kene ada report polis...
Dah nasib badan. Penat giler rasa badan nih...kematu vontot berjam-jam perjalanan.

Sampai tido di rumah Nenek belah perempuan. Berapa jam jer dapat tido.
Malam selepas Isyak acara nikah.
Sekali lafaz sahaja dah sah bergelar Suami Isteri. Batal air sembahyang di rumah perempuan nya.





Keesokkanya Majlis bersanding pulak.





Sepatutnya pada hari yang sama balik ke KL, then dorang decide untuk extend lagi sehari sebab nak berjalan ke Padang Besar.
Keesokkannya berjalan ker Padang Besar,tak ada yang menarik perhatian pun di Padang Besar sebab badan penat sangat2 & kurang sihat.

Azab yang paling mencabar adalah masa bertolak balik dari Padang Besar ke KL, perggghhhhh...jemmed tak henggat...giler la aiihhhh... jalan sikit2 macam siput jer kete. 
Memang menyakitkan hati dan perasaan betul. Setiap perhentian kereta berduyun-duyun. Nak kencing pun beratur lama...Sepanjang perjalanan tak makan, kepala aku dah masuk angin, mood tak cantik dah. Giler la dari pukul 12 tghari dari Padang Besar sampai Dengkil pukul 3 pagi, berhenti makan Mee sup...terus angin2 semua kuar.

So, berjalan jauh-jauh dapat penat jer...balik suara hilang, husband ku pengsan demam panas.

Sunday, February 17, 2013

Continue Study...

Alhamdulillah...hasrat nak continue study tercapai juga setelah bertahun-tahun postpone..
aku dah register kan diri ke UITM pada Febuari 2013...
Semoga berjaya hingga ke akhir Sem nanti.
Tahun akhir Sem pada 2017.
InsyAllah semoga aku berjaya mendapat segulung Ijazah..Amin...

Dah start I-Class...Kelas seminar sebulan sekali jer...


Thursday, January 24, 2013

Athirah & Rabbit nyer...

Athirah nih seorang yang penyayang...kalau tengok dia sayang rabbit...aduihh kiter pulak gerammmsss... mana tak nyer...die sayang sangat sampai ketap2 bibir...hayun-hayunnyer rabbit..dodoi macam baby...Isshhh2...

Nampak aku nak snap gambar die, bukan main lagi posing dengan Rabbit nyer. Ibu2..lagi2 tangkap lar gambar banyak2...lagi2... 

Die geram sangat


Aksi-aksi Athirah dengan Rabbit nyer..ader ker soh Rabbit tu buat peace..sabar ajer lah...mulut pun dah macam rabbit adik oiii...


Berlari sambil libas rambut yang berpeluh-peluh...Aku nak ikat rambut dia lari2 susah sangat nak ikat rambut die nih...


Berkejar nak angkat Che Tam ni..Che Tam dah gemuks...

Lepas jer abis dia dukung-dukung rabbit dapat hadiah dari Che teh..kena cakaran manja..hahahaha...saper suruh gi cekik nyer Che teh tuh..dia marah ler..dah kene cakar kt lengan...halus jer cakaran tu..sib baik x kuat..kalau kuat aku sembelih buat satay Arnab..hehehehehe


Monday, January 21, 2013

Surat buat menghadapi tragedi cinta…



Suami ku yang disayangi,
Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.
Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu apatah lagi membencimu… tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah.
Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.
Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.
Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang… kita berdua akan kecundang.
Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?
Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci.
Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid… Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah.
Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?
Suami ku,
Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.
Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku… Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!
Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.
Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.
Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.
Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar ‘melepaskan’ perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.
Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini… Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?
Suami ku,
Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.
Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang… di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?
Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.
Jika dalam surat ini ada kesedihan… ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran… itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan…
Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.
Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!
Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya… dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya…
Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.


Sunday, January 20, 2013

Majlis pertunangan & jumpa kawan lama...

Selamat sudah adik ipar aku bertunang dengan pilihan hati/pilihan keluarga.
Aku sponsor kek ngan coklat...
Coklat aku gubah jadi love then letak-letak jer coklat-coklat kecik dalam tuh. Masa aku tengah gubah nih Si Athirah ngan Iqbal dah ngap2 coklat nih...

Then, aku tempah kek dengan my best prenz Ee mylittle mia oven
Cantik sangat kek Ee...






Bertolak dari Kem PJA Semenyih rumah Adik Ipar husband pukul 1.00. Lalu SKVE>ELITE>GUTHRIE.
Banyak giler toll nak hadap, tapi sebab nak cepat lalu jer...
Dah sampai Saujana Utama, berhenti di Petronas, baca doa selamat.


Dah sampai rumah pihak perempuan, perberbincangan & perundingngan.kata sepakat dah di persetujui semua.

Ibu tangkap gambar adik ibu...nak jugak


Sesi menyarung Cincin merisik & bertunang.


Budak nih meragam pulak time-time nih. Ishhh2 menguji kesabaran ibu & ayah jer Muhammad Iqbal nih.Kalau ada benda tak kene dengan iqbal mesti nak mengamuk. Lepas jer makan terus jer ceria balik. Aku memang dah agak sebab aper dia mengamuk.Lapar sampai mengamuk.

Niswan & Rahim
Congrates both of you!!!


Julia & Rahman...bakal Ibu & ayah soon.

Pic aku nih Athirah yang snap...

Tangkap gambar sendiri

Duck style

Tetibe jumpa member Unikl tengah makan with her Family in law nyer dekat Hj Samuri Kajang... Eja...Slim nyer  ngko dah...gambar dari bawah.Iqbal yang tangkap....

Lepas makan-makan dekat satay kajang, balik...sangat penat dan mengantuk...besok keje wey...