Nuffnang

Sunday, July 21, 2013

Berbuke bersama BFF Ramadhan 1434

Berbuke puasa bersama BFF riuh sekampung.Plan untuk berbuke bersama-sama 3 minggu awal dah set kan tempat dan budget masing-masing...
Masing-masing dengan family masing-masing...memang meriah...
Anak-anak lar yang memeriahkan suasana...
 
Tempat berbuka tahun ini di Island Steamboat Kg Melayu Subang.
 
Alamat:Lot 3370, Jalan Kemboja, Seksyen U5 (Kg Melayu Subang), 40150 Shah Alam, Selangor
GPS: N03 09.746′ E101 31.765′
 
 
HARGA:Dewasa – RM21.90 nett/pax
Kanak2 – RM9.90 nett/pax (6-12 tahun)
Bawah 5 tahun PERCUMA 








 
Berpeluh-peluh ketiak meng' steamboat...ada masah sup campur masak tomyam...goreng udang,sotong daging...
Mana nak layan anak nyer lagi berlari berkejaran...sambil memasak, mengoreng sambil-sambil menjeling2 anak masing..ada yang mak2 jadi tarzan menjerit panggil nama anak..lawak macam-macam kerenah mak-bapak dan anak-anak nyer perangai.
Macam nih la kalau dapat berkumpul riuh dan seronok.
Kg Melayu subang dekat dengan lapangan terbang subang...nampak la kapal terbang nak mendarat dan berlepas...tap kali lalu jer kapal terbang anak-anak dah bersorak....seronok dorang.
Biler tengok anak-anak seronok mak ngan bapak pun seronok.
Biler la nak berkumpul lagi yer kawan-kawan...
Next planning please...


Monday, June 24, 2013

Pregnancy kali ke- 3

Pregnant kali nih sangat malas dan lemau badan. Tapi masih digagahkan juga badan nih walaupun muntah-muntah. Perut rasa nak makan tapi mulut rasa payau , loya nak muntah. Kepala pening jer selalu, berpinar-pinar jer rasa dunia nih...
 
Anak-anak lah yang paling happy biler tahu ibu nyer pregnant, lagi-lagi si Athirah suka sangat cium2 perut nih walaupun baru jer kecik perut nih.hehehehe..dia memang suka baby...
Ibu cepatlah baby nih kuar..kakak sayang baby adik...
 
Hari Jumaat 21 hb June 2013 pergi check up dekat Hospital Putrajaya, actually nak ambil result pap smear last 3 month. Sekali inform doctor now I'm pregnant, terkejut dia. Hari tu datang sebab sakit sengugut then datang kali nih nak ambil result dah pregnant.hehehe nak prevent dari sengugut kene pregnant hari tu dia advice. Herrmmm kan dah pregnant...
Check berat dan tekanan darah pastu scan perut..nampak ler baby tecik lagi baru 5 cm lebih kot...
 
 
Hopefully he/she fine...will see you 6 month later yer...
 

Friday, June 14, 2013

Pergi nyer Biras kesayanganku...Ajal Dalam Pantang

Assalamualaikum...lemau nyer badan nak memulakan coretan di dalam blog ni. Sudah sekian lamanya aku tak mencatitkan sesuatu dalam blog ini. Malas, lemau, lemah dan sewaktu dengan nya.
Perasaan sedih masih menyelebungi dalam diri ini. Rasa macam tak percaya bahawa biras ku Julia Binti Osman telah tiada, sekelip mata Allah s.w.t lagi menyayangi nya.
Tanggal 13 Jun 2013, pada pukul 7 pagi aku dapat panggilan dari Mak mertua ku, panggilan dari handphone husband aku cuba angkat kan. Terdengar suara teriakan atau ketawa aku masih belum tangkap pada mula nya, then baru suara mak mertua ku bercakap dengan nada menangis teresak-esak. Sambil menangis memberitahu "Mimi mak nak bagitau nih, Rahman excident......juli dah tak ada.!!!!!..." aku tergamam haaa betul ker apa yanga aku dengar nih...btul ker...btul ker...
Mak mertua suruh aku pergi ke Hospital Seremban sekarang juga...aku tengah nak bersiap-siap nak solat subuh, husband masih mandi dalam bilik air..sambil menjerit dan meraung aku panggil husband suruh cepat siap-siap kita pergi Hospital Seremban sekarang jugak dan sambil menjerit aku aku cakap rahman excident dan juli dah tak ada..terus husband aku terjatuh terduduk sambil menangis....
Ya Allah!! betul ker apa yang aku dengar dan lalui ni...bagai kan mimpi...
Terus siap-siap pergi ker Hospital Seremban..husband aku memang lemah dah tak berdaya untuk memandu..aku yang pandu kereta menuju ke Hospital Seremban. Sambil dalam kereta bertubi-tubi buat kol bagitahu semua orang termasuk adik beradik Arwah Julia. Adik ipar Rahim dah tunggu di hentian Nilai untuk sama-sama pergi ker Hospital. Masa dalam perjalanan masing-masing diam...sambil memikirkan betul ker berita yang baru di dengar tadi..betul ker Juli dah tak ada...macam mana dorang boley excident dan bermacam-macam lagi dipikirkan...
 
Masa dah nak sampai di perkarangan hospital Seremban ada polis kol husband panggil "angah..ini Inspektor Hafizal dari IPD Seremban 2, tahu kan Ab Rahman excident dan isteri dia dah meninggal dunia?" lagi sekali husband dan aku meraung dalam kereta...aku asyik teringatkan Danish jer..baru sebulan nak hidup dengan Ayah dan mama dia...Mama dia dah tak ada..Ya Allah!!!
Sampai di Emengency room kitaorang cari Red Zon (Zon kritikal) hanya seorang sahaja yang boley masuk. Husband masuk then sempat bercakap sekejap dengan Rahman (adik ipar) pastu keluar. Datang seorang doktor perempuan bagitahu keadaan Rahman dan lagi sekali doktor tu bagi tahu bahawa isteri rahman meninggal dunia di tempat kejadian, aku memang tak boley tahan dekat situ jugak aku menangis bagaikan tak percaya...teringatkan Danish yang masih baby lagi tuh...
Selepas urusan Rahman di Red Zone. Aku dengan huband cari Jabatan Forensik untuk melihat jenazah Arwah Julia. Sampai di Jabatan forensik hanya ada aku dengan husband jer mula-mula, dan datang lah ahli keluarga sebelah Arwah. Tak lama selepas itu, ramai polis-polis dari IPD seremban, Semenyih dan dari IPD lain-lain lagi berkumpul di perkarangan Jabatan Forensik untuk pengurusan Jenazah Arwah. Ya Allah ramai nyer nak membantu untuk pengurusan Arwah...Pertama kali menjejak kan kaki di bilik mayat untuk melihat jenazah..Ya Allah lemah nyer kaki ku ini...aku lihat sekujur badan terbaring diatas katil besi. Bila diselak kain putih ternampak wajah arwah..aku tak dapat menahan rasa sedih yang amat sangat!!! Macam tak percaya....
Allah lagi sayang kat Arwah..aku redha...pergilah dengan tenang..
sambil menunggu untuk dimandikan makin ramai sahabat dan saudara yang datang di perkarangan Jabatan Forensik.
 
Semasa pengurusan Jenazah dibuat, Rahman telah di bedah untuk mengeluarkan darah dalam perut. Keadaan Rahman pun sangat kritikal pada masa itu.Aku dan husband pasrah agar Rahman selamat sign jer segala bagai surat yang doktor bagi. Try your best doctor...
Aku dengan husband yang menguruskan urusan kedua-dua nya.Sekejap kami ke tempat Rahman, sekejap kami ke tempat Arwah. Aku cuba kuatkan diri aku yang sedang mengandung nih.
Semasa arwah sedang dimandikan oleh pasukan pengurusan jenazah perempuan ipd seremban (BAKA) seperti diberitahu. Urusan jenazah semua IPD yang uruskan. Jenazah di bawa ke Melaka dahulu untuk penghormatan terakhir dari sedara-mara dan sahabat arwah , then baru di bawa ke Felcra Bukit Kepong Johor. Selepas jenazah bertolak ke Melaka, Rahman selamat dibedah dan beliau ditempatkan di HDW (High Dependency Ward) tingkat 3. Bila Rahman dah selamat di ward tersebut bagi contact no. dekat nurse terus kami bergerak ke Johor sehelai sepinggang.
Sampai di Johor ramai betul orang dah menunggu dari PGA Bakri, Muar, PGA semenyih dan dari IPD lain-lain... ramai sangat penuh kawasan rumah mertua.
Suasana sungguh sedih sambil orang membaca Yassin diluar rumah dan di dalam rumah. Sampai sahaja jenazah, ramai nak melihat arwah untuk kali terakhir. Acik ida pegang danish, diciumkan Danish ke pipi arwah, time nih masing-masing menitiskan airmata. Sedih sangat2...
Danish masih tak tahu apa yang terjadi disekeliling dia, dia kecil lagi...dan dia pun tak tahu yang mama dia dah tiada.
 
Arwah selamat dikebumikan pada petang lebih kurang pukul 6 petang. Arwah disemadikan berdekatan dengan kubur anak yang 1st. Semoga bahagia Arwah Julia dan anak nya disana. Anak mu tengah tunggu di pintu syurga..syurga lah tempat mu Julia..
 
 
Al-Fatihah



Thursday, June 13, 2013

Ajal Dalam Pantang

Seremban: Seorang wanita yang masih dalam pantang maut manakala suaminya parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 249.7, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pagi semalam.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit, Abdul Rahman Abu Bakar, 27, dan Julia Osman, 26, dipercayai menuju pulang ke rumah mereka di Semenyih, Selangor selepas bercuti di kampung halaman si suami di Muar, Johor.
Katanya, Julia maut di tempat kejadian, manakala suaminya mengalami kecederaan parah apabila kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah kenderaan berat sebelum terbabas dan berada dalam kedudukan melintang di lorong kanan lebuh raya.

“Ketika memandu di lorong kiri, kereta Perodua Viva dipandu wanita terbabit hilang kawalan sebelum dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan berat lalu terbabas dan melintang di lorong kanan jalan.
FotoANGGOTA bomba memeriksa kereta yang dipandu Julia.
FotoJulia

“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala akibat tersepit meninggal dunia di tempat kejadian sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.

Source:http://www.hmetro.com.my/articles/Ajaldalampantang//Article

Tuesday, April 23, 2013

Al-Fatihah Abah Huda Kembali Ke Rahmatullah

Pagi-pagi dikejutkan sms dari huda yang beritahu dia cuti hari nih sebab Abah dia meninggal dunia akibat kanser paru-paru stage 4. Bayangkan lagi 2 hari Majlis pernikahan dia, Arwah Abah dia jadi wali pernikahan. Memang dugaan yang paling besar dan berat buat Huda sekeluarga. Semoga roh tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Kad Majlis Huda

Arwah Abah huda selamat dikebumikan pada pukul 12 tghari 23 April 2013 bersamaan dengan hari Selasa .

Takziah

Al-Fatihah

Monday, April 8, 2013

Andai Ku Miliki Semalam

Song dedicated from my lovely Husband....
Sedih...sobbs...sobbss....




Search

Andai Kumiliki Semalam

Andai kumiliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan kuubah apapun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya

Tangis ini tanda kasihku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengasihiku
Tiada sendu lagi di duniaku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus kutanggung
Jika kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar mencari cintamu

Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap kucinta
Kasih sayangku adalah kekuatan

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekalipun kumiliki esok
Takkan kumenolak ketentuan...



Thursday, March 28, 2013

My Best Friend Wedding Zuraini & Faizal (Jay)

My best friend masa UNIKL dah selamat berumahtangga dengan admirer dia Jay 24hb Mac 2013... 
bercinta selama 9 tahun kot...perghhh lama giler...mula-mula Jay minat Zura dalam diam jer..kem2 salam. Sampai lar Zura excident extend dan terus berhenti Dip. Then, dorang still contact dan akhirnya couple dan berkahwin sekarang...Alhamdulillah...
Cantik Zura...
Majlis di adakan di Chalet Ayah Zura bertempat di Janda baik.
Tempat sangat mendamaikan...

Gemoknyer iuolls...errkkk.


Acara memotong Cake.


Ada pasukan dikir barat & wayang kulit lagi.Orang kalate...


Athirah ngan Iqbal teruja tengok kete kuning nih...Ibu kete mainan lar..nak naik...hehehehe
Snap pic jer anak-anak..bapak sekali....huhuhuu