Nuffnang

Monday, March 19, 2012

Majlis Akikah Nur Kasih Fatihah,Mohd Isyraf & Anak Acik Han

Majlis akikah ini sekali dengan majlis cukur jambul & berendoi sekali, adat orang Perak. Majlis ini buat untuk 3 baby serentak. Anak along, anak yong dengan anak achik han. Buat dekat rumah ayahngah dekat Padang Changkat Perak.

Aku bertolak balik pada hari Jumaat dimana aku terpaksa keje half day jer. Pagi tuh masa nak bersiap-siap pergi kerja hati giler berbelah bahagi. Kerja rumah dah ler berlambak dengan kain baju dekat dua besen x basuh, pinggan mangkuk dah penuh sinki, rumah bersepah giler. Laki dah balik johor dengan Iqbal. Rumah memang macam tongkang pecah.

Pagi tuh aku pergi kerja lambat giler, suker hati aku jer datang ikut suker time aku. Adoiyaii....serba salah giler la ader meeting kul 9 sampai2 opis kul 8.50 pagi.Giler lambat!! raasa macam masuk kerje Syarikat Sdn Bhd aku jer...masuk-masuk meeting diskas-diskas..buat keje resolved issue-issue yg kritikal then mintak permision nak balik half day.Mak aku dah gerak dulu dgn abah awal2 pagi tadi ingat nak gerak sama tapi aku berbelah bahagi lak tadi..kene la gerak tengahari.

Balik dari kerja half day tuh amik athirah dari rumah pengasuh, terus continue buat kerja-kerja rumah yang x seatle tadi. Lipat baju dua bakul sekali dengan jemur. Packing baju dalam beg, mandikan athirah then pergi sebelah adik aku nak kuar kejap jumpa member katernyer...pergghh nak dekat 2 jam la menuggu die jer sampai athirah tertido-tido.

Akhirnya kul 4.30 jugaklah aku bertolak balik perak. Jem-jem ayam jer belum hangit lagi sebab org dah mula nak keluar pejabat balik kerja kul 5.


Penat, lapar & mengantok sepanjang perjalanan ke perak yang memakan masa selama 3 Jam.Perut lapar singah RnR Tapah makan KFC dulu.

Sampai rumah ayahngah kul 10 malam la jugak...kul4.30 bertolak kul 10.00 malam sampai berapa jam agak2? perrggghhh nak dekat 6 Jam..slow giler sima bawak kete...
Sampai-sampai umah jer kena hiaskan buaian berendoi..hias la ikut citarasa aku nih...
akhirnya hasilnyer mendapat pujian ramai dan tuan rumah pun sangat berpuas hati..
Nur Kasih Fatihah yang chumell bangat..sayang mak ngah nih...

Along Musalmah dengan Muhammad Isyraf yang putih gebu

Anak Achik Han yang putih gebu

Dan ader lagi baby yang tak di iktiraf sebagai baby tapi nak naik buai jugak.....

Baby Besar Nur Athirah

Spring roll @ Popia

Hasil dorongan & semangat husband untuk membuat spring roll @ popia akhirnya membuahkan hasilnya.
Dah lama x buat tetiba husband teringin nak makan dan die pun dah belikan bahan2 nya siap dah tersedia dirincik halus...maka nya aku cuba mengingati balik cara-cara dan bahan-ahan untuk menumis sayur isi popia tadi...bahan-bahan nyer sangat mudah.
Atas keperihatinan aku ingin berkongsi dengan semua lah cara membuat spring roll @ popia ini;

Bahan-bahan Isi Popia

Bawang Besar          1 biji
Bawang Putih           2 ulas
Ikan Bilis                  1 gengam

Bahan-bahan diatas hendaklah ditumbuk sehingga lumat.


 Sayur-sayur nya

Lobak merah        1 batang
Sengkuang            1 Biji
Timun                   1 batang

Bahan Diatas hendaklah dihiris halus-halus.

Bahan Lain

Kulit Popia
Telur Ayam   1 Biji

Cara-caranya

Bahan-bahan yang telah di tumbuk lumat tadi ditumis sehingga naik baunya, kemudian masukkan sebiji telur ayam. Kacau bahan-bahan tadi sehingga cukup masak.
Masukkan sayur-sayuran yang terlah dirincik halus tadi, tumis sehingga sayurnya cukup masak dan kering.
Angkat dan toskan sayur yang telah ditumis tadi buang kan air nya.
Kulit popia dipotong segitiga untuk menyenangkan & memudahkan untuk menggulung isi popia tadi.
Sapukan hujung kulit popia semasa menggulung bahagian yang terakhir dengan air tepung pekat. cara ini agar kulit hujungnya tidak terbuka semasa menggoreng popia nanti.
Sesudah siap menggisi sayur didalm kulit popia, blehlah menggoreng untuk dijamu kepada tetamu atau keluarga.



SELAMAT MENCUBA!! ^_^

Thursday, March 15, 2012

We Split with 2 different way

Bukan senang nak buat keputusan ini, perbincangan yang memerlukan kepuasan hati masing-masing perlu diutamakan. Akhirnya keputusan untuk split adalah jalan yang sewajarnya. Kami terpaksa berpisah untuk sementara waktu untuk menjaga hati pihak masing-masing. Sungguh sedih untuk berpisah walaupun cuma hanya beberapa hari sahaja.Tapi apa kan daya keadaan terpaksa untuk kami menerima keadaan yang bergini keputusan nya. Bukan kami yang meminta ,keaadaan yang membuatkan kami memilih jalan masing-masing untuk kepuasan hati masing-masing. Sesungguhnya kami hanya insan biasa yang hanya mampu meredhai apa-apa keputusan yang dimetrai.


My hubby and son dah bertolak ke Johor tadi, tinggal lah kami berdua (me & Athirah) dirumah. Owhh sungguh menyedihkan. Dah hari ni Anniversary day, baru nak celebrate tapi x jadi. Celebrate kemudian la gamaknyer..

Besok malam aku akan bertolak ke Perak with my sister and my daughter. Buat aper kat Perak....aderlah...balik kampung, ader lagi ker kampung kat perak tuh? errrmmm sib baik ader kampung bapak sedara, menumpang ler kiter umah deme yer..ate buleh ker aye tido umah keme? dah cakap loghat perak pulak...dah lama x balik perak..last balik masa raya tahun lepas ,tu pun balik sehari jer, x sempat nak pergi melawat member2 kampung.

X dapat pergi kenduri best friend husband kawin Lan & Myda kat johor. Semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat. x dapat pergi tapi dah kirim hadiah kt my hubby soh bagi pengantin tadi.

Wednesday, March 14, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-4

Hari ini merupakan hari genapnya kami menjadi suami isteri selama 4 tahun.
Melayari bahtera berumahtangga macam-macam dugaan & cabaran yang dilalui.
Dari tahun 2008-2012 macam-macam pahit & manis yang dirasai.
Walaupun apa pun yang terjadi ayang sayang abang....jiwang pulak



Hasil dari perkahwinan ini kami di kurniakan 2 orang cahaya mata yang menjadi pelengkap hidup sekeluarga.



Tuesday, March 13, 2012

Selamat Hari lahir anakku Nur Athirah yang ke-2 tahun-11.03.2012-

Sayang Ibu dah besar, sekejap jer 2 tahun berlalu. Masih teringat saat-saat kelahiran Puteri ku Nur Athirah.

Selamat Hari Lahir Sayang yang ke 2 Tahun..Ibu doakan Athirah ibu nih jadi anak yang baik, pandai,bijak, sihat dan jadi anak yang solehah...

my princess...
Nur Athirah..11.03.2010 8.25pm @Putrajaya
Selepas beberapa minit deliver...
Sejuk mata memandang...
Hilang segala kesakitan...

Rilek jer muke lepas meneran athirah keluar dari perut..hilang sakit bersalin bila dengar suara Nur Athirah. Apa yang diimpikan akhirnya menjadi kenyataan.Bersyukur sangat-sangat...menangis Ibu & Ayah bila tengok Nur Athirah sebab kami x sangka akan dikurniakan anak perempuan sebab kami x check pun jantina baby masa dalam kandungan..kami reda..tapi dalam hati inginkan seorang anak perempuan sebab yang 1st is Abang Iqbal.
Lahirnya Nur Athirah seperti pelengkap dalam keluarga.
Nur Athirah 2 weeks

Umur sebulan athirah x nampak tembamnyer lagi. Nampak soft jer muker & senang dijaga x banyak ragam.Bagus anak ibu nih.
Athirah 1 year..suke sangat tengok citer Upin Ipin,pandai posing pantang nampak kamera.
makin bam bam anak ibu nih.
Bam Bam

Melentok-lentok kepala biler nampak orang nak snap gambar dia.xoxo

Suker tengok anak ibu nih makan..menyelerakan..


Nur Athirah..Ayah,Ibu & Abang Iqbal Sayang adik sangat2!!!