Dah lama x buat tetiba husband teringin nak makan dan die pun dah belikan bahan2 nya siap dah tersedia dirincik halus...maka nya aku cuba mengingati balik cara-cara dan bahan-ahan untuk menumis sayur isi popia tadi...bahan-bahan nyer sangat mudah.
Atas keperihatinan aku ingin berkongsi dengan semua lah cara membuat spring roll @ popia ini;
Bahan-bahan Isi Popia
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 2 ulas
Ikan Bilis 1 gengam
Bahan-bahan diatas hendaklah ditumbuk sehingga lumat.
Sayur-sayur nya
Lobak merah 1 batang
Sengkuang 1 Biji
Timun 1 batang
Bahan Diatas hendaklah dihiris halus-halus.
Bahan Lain
Kulit Popia
Telur Ayam 1 Biji
Cara-caranya
Bahan-bahan yang telah di tumbuk lumat tadi ditumis sehingga naik baunya, kemudian masukkan sebiji telur ayam. Kacau bahan-bahan tadi sehingga cukup masak.
Masukkan sayur-sayuran yang terlah dirincik halus tadi, tumis sehingga sayurnya cukup masak dan kering.
Angkat dan toskan sayur yang telah ditumis tadi buang kan air nya.
Kulit popia dipotong segitiga untuk menyenangkan & memudahkan untuk menggulung isi popia tadi.
Sapukan hujung kulit popia semasa menggulung bahagian yang terakhir dengan air tepung pekat. cara ini agar kulit hujungnya tidak terbuka semasa menggoreng popia nanti.
Sesudah siap menggisi sayur didalm kulit popia, blehlah menggoreng untuk dijamu kepada tetamu atau keluarga.
SELAMAT MENCUBA!! ^_^
No comments:
Post a Comment