Nuffnang

Sunday, July 15, 2012

Pesta Flora Putrajaya 2012

07.07.2012 Putrajaya


Pada hari sabtu yang cerah bawak anak-anak berjalan ke putrajaya melihat pesta flora.Ramai nyer orang datang ke pesta flora nih. Nak menyaksikan bunga-bunga dan hiasan laman yang telah digubah cantik, landskap yang menarik dan pelbagai acara dan jualan yang diadakan.

Berjalan membawa anak kecil memang kena menahan kerenah dorang, kene banyak bersabar.Jalan dengan keadaan orang yang ramai, jalan yang berbukit, berpusing2. Kena round untuk meyaksikan setiap landscape yang cantik-cantik. Memang geram nak tengok every detail setiap rekaan lansdkap dan bunga-bunga yang dorang gubah.Tapi kebatasan kerana kerenah anak2 kecil-kecil ini, ketahanan untuk berjalan dan kepenatan dorang dah sampai ke tahap nyer. So, kene berdukung ler...memang memenatkan walaupun waktu itu baru jer sejam dua.Ketahanan ibu & ayah pun dah sampai ke tahap nyer. Sampai ilang kewarasan sekejap sebab rimas.

Bunga-bunga memang segar jer nampak.Rasa nak amik jer bawak balik. Nak masuk dalam internal garden orang beratur panjang. So, lupekanlah...pergi ke kawasan jualan makanan pun ramai nyer orang yang beratur...fuhh..

Beratur jugak untuk beli air..dahaga-dahaga...air 1 cup RM2..memang untung orang tuh..air rasa air gula jer..beli biskut chocolate chip hambek RM14 dah macam herga biskut Femes amous...

Minum makan dan balik....

Gambar-gambar diputrajaya









No comments:

Post a Comment