Nuffnang

Wednesday, October 3, 2012

Sakit

Makin hari makin lama belakang badan aku makin sakit. Dari bawah bahu hingga pinggang, macam ader benda di cucuk-cucuk. Dah la seharian bekerja duduk mengadap laptop jer.



Baru-baru nih aku pergi darul syifa untuk berubat.Ustaz tu buat rawatan dengan baca ayat-ayat Al-Quran then letakkan tapak tangan dia dekat belakang badan aku. Terasa panas tapak tangan dia menyerap kedalam badan aku macam ada satu aura, mungkin aura ayat-ayat Al-Quran yang dia bacakan tu.Selepas tu dia tiup kat dalam botol air mineral, untuk buat minum & mandi.Dia ada juga bagi Daun Bidara. Aku ada baca dalam blog Darulsyifa pasal Daun Bidara ini.

Rawatan Daun Bidara


Salah satu ikhtiar yang diusahakan di Darussyifa’ ialah rawatan menggunakan daun bidara. Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :

“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara du abatu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”

Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.




Kaedah rawatan :
Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara untuk kegunaan tiga hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Ambil tujuh helai daun bidara ini kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur. Campurkan daun yang separuh hancur itu dengan air yang telah didoaka. Minum sedikit air ini kemudian dibuat bilasan mandi di waktu petang. Lakukan kaedah ini selama tiga hari berturut-turut.

Rujukan : Rawatan Penyakit Jasmani (I), Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din



Aku masih buat rawatan ni lagi. Alhamdulillah dah sedikit lega. Tapi perlu amalkan perkara-perkara sunat Rasullah s.a.w dan perbanyakkan membaca Ayat-ayat Ruqyah. InsyaAllah segala kejahatan dan gangguan halus boleh dihindari..Amin. Kita perlu usaha untuk mencari pengubat segala penyakit dan mengubati nya. Duduk diam sakit tak akan hilang , malah akan menjadi makin kronik.




Jadi renung-renung kan dan selamat beramal!!....
 

No comments:

Post a Comment