Nuffnang

Sunday, July 15, 2012

Mee Bandung Muar Di Kajang

08.07.2012

Sebelum ke kajang makan mee bandung. Petang nyer pergi Alamanda Putrajaya bawak anak2 main game.
bergaduh-gaduh berebut mainan

Abang yang kegirangan menaiki kuda pusing

Buat Peace tapi pandang tempat lain


Sambil cuci-cuci mata nih tengok sales..tengok jer...minum-minum & makan kudap-kudap.
Lepas maghrib gi Kajang nak makan Mee Bandung Muar...dah 6 tahun tak datang tempat nih. Last month datang restoran nih tutup. Kat sini nak order memang boleh jer sebut “Bang’ Mee Bandung Muar satu...” tapi kalau ko kat muar nak order “Bang’ Mee Bandung Muar satu..” memang kene golak la jawab nyer..dah tentu-tentu ko kat muar..memang dia jual mee bandung muar la...
Kalau kat kajang nih x per orang x gelakkan..hehehehe..eh x lawak ea?..ader citer disebalik kejadian..
Mee Bandung nyer memang marvellous la...
Sebelum...

Nommmnommmnomm...

Selepas..Blurrkkk..Alhamdulillah...
Licin mee nyer tinggal kuah jer..

Si Athirah nih sebok dia main air...


Balik singgah Putrajaya menghantar Mee Bandung yang telah dikirim adik ipar..lalu Jambatan Putrajaya..tengok apesal ader orang ramai-ramai nih..berhenti tepi sekali tengok orang tengok kapal yang ader lampu-lampu perhiasan tuh...cantiknyer..teruja mak...




Dah gi hantar mee tuh, dan-dan nak kuar simpang..dengar kebaboomm pommm pomm bunyi bunga api...wah santeknyerr...gerak Iqbal soh tengok bunga api..degil lak x mau bangun..kekenyangan sampai ketiduran... Berhenti tepi jalan sambil tengok bunga api...cantik sangat...




Sekian...

Pesta Flora Putrajaya 2012

07.07.2012 Putrajaya


Pada hari sabtu yang cerah bawak anak-anak berjalan ke putrajaya melihat pesta flora.Ramai nyer orang datang ke pesta flora nih. Nak menyaksikan bunga-bunga dan hiasan laman yang telah digubah cantik, landskap yang menarik dan pelbagai acara dan jualan yang diadakan.

Berjalan membawa anak kecil memang kena menahan kerenah dorang, kene banyak bersabar.Jalan dengan keadaan orang yang ramai, jalan yang berbukit, berpusing2. Kena round untuk meyaksikan setiap landscape yang cantik-cantik. Memang geram nak tengok every detail setiap rekaan lansdkap dan bunga-bunga yang dorang gubah.Tapi kebatasan kerana kerenah anak2 kecil-kecil ini, ketahanan untuk berjalan dan kepenatan dorang dah sampai ke tahap nyer. So, kene berdukung ler...memang memenatkan walaupun waktu itu baru jer sejam dua.Ketahanan ibu & ayah pun dah sampai ke tahap nyer. Sampai ilang kewarasan sekejap sebab rimas.

Bunga-bunga memang segar jer nampak.Rasa nak amik jer bawak balik. Nak masuk dalam internal garden orang beratur panjang. So, lupekanlah...pergi ke kawasan jualan makanan pun ramai nyer orang yang beratur...fuhh..

Beratur jugak untuk beli air..dahaga-dahaga...air 1 cup RM2..memang untung orang tuh..air rasa air gula jer..beli biskut chocolate chip hambek RM14 dah macam herga biskut Femes amous...

Minum makan dan balik....

Gambar-gambar diputrajaya









My new Hobby..Sewing

Wahh best nyer menjahit...aku dah buat baju kurung sendiri, baju kurung Athirah dan baju Kurung kasih.
Lepas menjahit baju kurung, sajer google tengok dress kanak-kanak..jumper tutorial Sunday dress..terus rasa macam nak buat..
Aku ader banyak2 baju2 lama dalam store yang x boleh pakai lagi sebab x sesuai dengan badan aku nih...ader yg x pernah pakai lagi. So, aku operate..Alter2 jadi dress athirah.

I like nok...
Aksi-aksi athirah mengayakan dress dia..

Ucuk-ucuk.uhuk-uhuk..nk minta kene hempok..menade

Meh sini bau ketiak macam sayer..ucuk

Nak gaya macam mana nih ibu...pegang kain macam nih...
Main masak-masak


Monday, July 2, 2012

NASIHAT UNTUK PARA SUAMI

Penentu kepada kebahagiaan sesebuah rumahtangga sebahagian besarnya terletak di tangan suami. Suamilah yang menentukan hala tuju dan masa depan rumahtangga. suamilah yang mencorakkan didikan dan pentarbiyyahan yang hendak diterapkan kepada isteri dan anak-anak. Baik atau tidak baiknya pengurusan sesebuah rumahtangga terletak di bahu suami. Jika suami baik dan bertangggungjawab akan baiklah keluarga tersebut. Tetapi jika suami alpa dan lalai dengan tanggungjawabnya, maka akan terabai dan porak-perandalah rumahtangganya

sangat mengambil berat mengenai berbuat baik kepada isteri. Rasulullah s.a.w. dalam wasiat terakhirnya dalam Haji Perpisahan turut menyentuh kepentingan berbuat baik kepada wanita dan isteri. Imam An-Nawawi sendiri turut meletakkan satu bab dalam kitabnya Riyadhus-Solihin yang mengumpulkan koleksi hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang menyeru kepada berbuat baik kepada kaum wanita.


Isteri atau wanita dijadikan Allah dengan fizikal dan emosi yang lemah. Fizikal dan emosi yang lemah tidak bermakna akal mereka turut lemah. Kemampuan akal fikiran mereka kadangkala jauh lebih baik daripada lelaki tetapi dari sudut emosi dan perasaan, mereka mudah terguris dan terluka. OIeh sebab itu, suami yang baik harus memahami dan menyelami perasaan dan emosi isterinya.

 
Pengetahuan mengenai sifat dan sikap wanita, kelemahan dan kekurangan mereka perlu diketahui dengan sebaiknya bagi mewujudkan perasaan toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Perhatikanlah Hadith Rasulullah s.a.w. yang menganjurkan sikap yang perlu ada pada para suami dalam menangani kekurangan dan kelemahan wanita sebagaimana sabdanya :

"Terimalah wasiat ini yang aku wasiatkan kepada kamu iaitu berbuat baiklah kepada wanita kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok pada rusuk ialah pada bahagian atas-Nya. Jika engkau hendak meluruskan bahagian yang bengkok itu maka nescaya engkau akan mematahkannya, tetapi jika engkau membiarkannya, maka ia akan sentiasa bengkok, maka berbuat baiklah kepada wanita".

Tulang rusuk yang bengkok yang dinyatakan dalam Hadith tersebut menggambarkan kekurangan wanita yang harus diterima dengan hati yang redha. Tetapi ini tidak bermakna kaum lelaki tidak mempunyai kekurangan atau kelemahan. Apa yang dimaksudkan daripada Hadith ini ialah suami yang baik ialah suami yang boleh menerima kekurangan yang ada pada isterinya. Jika suami boleh menerima kekurangan dan kelemahan isteri dan isteri boleh menerima kekurangan suaminya, maka akan bahagialah rumahtangga tersebut. Jika seorang suami hendakkan kesempurnaan pada isterinya maka sudah pasti dia tidak akan menemuinya, walaupun bilangan isterinya bertambah atau silih berganti. Para suami sama sekali tidak akan dapat menemui isteri yang mampu taat kepadanya dan mendengar kata-katanya seratus peratus tanpa ada perasaan tidak puas hati atau bangkangan. Namun kekurangan tersebut harus dilihat secara positif sebagaimana Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 19 :

"Dan bergaullah kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".

Contoh yang terdekat yang pernah berlaku mengenai kisah seorang wanita yang melecur muka dan belakang badannya akibat disimbah cuka getah oIeh suaminya yang berang apabila keinginannya untuk melakukan hubungan kelamin ditolak. Sesungguhnya Islam melarang sama sekali deraan dan siksaan kepada isteri sama ada deraan fizikal atau pun emosi. Sebarang ketidak puasan oIeh suami terhadap isterinya tidak harus disalurkan melalui siksaan fizikal atau emosi. Rasulullah s.a.w. pernah menasihatkan suami yang memukul isterinya dengan sabdanya:


"Janganlah salah seorang dari kamu dengan sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba kerana pada akhirnya dia akan menidurinya juga".

 
Hak dan tanggungjawab suami terhadap isteri telah digariskan oIeh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadith-hadithnya. Ketika mana Rasulullah ditanya oIeh Mu'awiyah bin Haydah mengenai hak isteri yang tertanggung ke atas suaminya. Rasulullah s.a.w. menjawab:

 
"Kamu memberi makan kepadanya jika kamu makan dan mengadakan baginya pakaian jika kamu memakai pakaian dan jangan sekali-kali memukul muka dan jangan menghina dan jangan mengasingkan diri daripada tempat tidur isterinya untuk tujuan pengajaran melainkan di rumah".

(Riwayat Abu Daud)


Hadith ini jelas merupakan panduan terbaik bagi para suami dalam memimpin bahtera perkahwinan mereka. Makanan dan pakaian merupakan tanggungjawab suami yang perlu diberikan kepada isteri. Malah dalam satu riwayat yang lain sepotong makanan yang disuapkan ke mulut isteri turut diberikan ganjaran pahala oIeh Allah SWT. Hadith ini turut menjelaskan mengenai tegahan Rasulullah s.a.w. daripada memukul isterinya di bahagian muka. Ini adalah kerana bahagian muka adalah lambang kepada kemuliaan dan kehormatan selain daripada gambaran kecantikan seorang wanita. Larangan memukul bahagian muka tidak terhad kepada kaum wanita sahaja tetapi turut merangkumi semua golongan lelaki dan wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Sikap menghina, mencerca dan mengeluarkan perkataan keji di antara suami dan isteri serta kaum keluarga mereka adalah ditegah dan dilarang oIeh Islam.

Rasulullah s.a.w. merupakan model terbaik bagi para suami dalam memimpin bahtera rumahtangga. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri menyifatkan Baginda adalah orang yang paling baik terhadap kaum keluarganya sebagaimana Sabdanya yang bermaksud :


"Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik terhadap kaum keluarganya dan aku sebaik-baik orang terhadap keluargaku".

 
(Riwayat At-Tirmizi)

 

Malangnya amat mendukacitakan apabila ada segelintir individu tertentu yang baik terhadap rakan-rakan dan sahabat-handainya, tetapi zalim dan buruk akhlaknya terhadap kaum keluarganya sendiri.

Untuk mengembalikan keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga, setiap pasangan mestilah bermuhasabah diri terhadap tanggungjawab dan kewajipan masing-masing. Setiap orang dari pasangan harus berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri mereka. Bagi suami segala sifat buruk seperti panas baran, ego , suka mengungkit-ungkit, kaki pukul dan seumpamanya harus dibuang dari diri mereka. Jika sifat-sifat buruk ini tidak dibuang maka sudah tentu keharmonian rumahtangga tidak akan tercapai.

Harus diingat, kehidupan berumahtangga ibarat kapal kecil di tengah lautan, sentiasa dilambung ombak dalam cuaca yang tidak menentu. Dalam hal ini, suami yang diibaratkan sebagai nakhoda sepatutnyalah yang menentukan selamat atau tidak pelayaran kapal tersebut.

Keluarga yang harmoni akan mendatangkan keamanan kepada masyarakat, manakala masyarakat yang baik, akan mendatangkan kemajuan kepada negara.


"Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya) bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir".



(Ar-Rum: 21)

Zoo Negara

Weekend hari tu (23hb Jun 2012) spend time with our child at Zoo Negara. Tak planning nak pergi terlintas jer dalam kepala otak nih nak gi Zoo. Pagi Sabtu yang hening, bersiap-siap diawal pagi, kul 10 pagi gerak ker Ulu Klang Zoo Negara.
Cuaca agak cerah dan panas...

Last pergi Zoo Negara masa bawak Iqbal 2 tahun lepas (2009) bulan 9..athirah dalam peyut ibu lagi masa nih awal 2 bulan pergnant kan Athirah tapi tak noted lagi masa nih. Masa nih Iqbal pun belum pandai bercakap, dia just tengok-tengok binatang pastuh tunjuk2 jer, then meragam sebab panas...






Athirah belum pernah lagi pergi Zoo Negara nih. Dah pandai tengok2 binatang & kenal semua jenis binatang nih baru syok sikit bawak.
Kalau soh posing depan kamera ader jer gaya die buat.

Tapi kalau ada benda lain yang menarik perhatian dia, boh layan la kamera nak pandang pun x mau... abang nyer sengih pandang tempat lain gak...

Iqbal: Ayah ni dia kawan Iqbal..
Athirah: Nih kawan adik la..
Iqbal: Kawan abang la, dia x nak kawan dengan adik...

Bergaduh adik beradik nak berkawan dengan orang utan nih... 

Ramai budak-budak tadika datang tengok Show Amphitheatre nih, Anjing laut nih pandai, dia kutip botol-botol kosong dalam air masuk dalam tong biru tuh.Haiwan pencinta alam...

Peace yoo...

Cari tempat photographer yang ambik photoshot orang masa last 3 year aku datang sini RM15 sekali shoot tapi dah x ader dah...tangkap gambar sendiri jer...

Beza 3 tahun Zoo Negara...masa aku pergi dulu macam best jer, banyak binatang, enjoy jer jalan dalam Zoo Negara masa tuh.
Kali nih aku pergi berpusing2 penat giler..pastu banyak tempat binatang-binatang yang tengah renovated...macam x syok jer.. x enjoy..tiket confirm2 dah mahal dari last 3 years...dulu masuk RM15 dewasa, sekarang RM20 dewasa...