Nuffnang

Thursday, August 22, 2013

Check Up Maternity 20 weeks

Faktor usia la sekarang nih, asyik perlupa jer. Appointment check dah terlepas semalam. Dah ler sibuk memanjang the next day baru aku pergi walk in check up.
 
Dalam buku masa untuk appointment check pukul 9am, so aku pukul 8.30 pagi dah ada kat klinik tue. Cakap dengan girl kat kaunter klinik tu yg aku terlepas date appointment. Ada ker dia suruh aku buat appointment balik datang next week. Tak der keje aku nak ambik cuti lagi next week...aiisshhh lepas raya nih ramai orang datang check sebab hari tuh cuti raya dah seminggu dorang ramai yang datang dalam minggu nih, minggu depan tak der la sebok macam this week. Aku cakap tak per la aku tunggu sebab aku dah ambil cuti satu hari nak tunggu satu hari pun tak per. So, aku pergi breakfast dulu, makan sorang2.
Ambil masa sikit masa makan..makan slow2...tengok jam macam dah pukul 9 lebih aku dok ler menunggu nama di panggil. Sambil-sambil berwasap2 member membebel sebab kene tunggu lama, ramai yang suggest pergi jer la check klinik swasta, bayar sikit daripada menunggu lama sampai berjanggut. Aku cakap ler aku sayang duit...hahahaha alasan...ntah la walaupun menunggu lama tapi aku prefer sangat check up pregnant & check up anak2 dekat Klinik Kerajaan. Sebab nyer dorang check details sikit kot...bagi aku la..
 
Aku suka tengok orang sebenarnya bila time dekat tempat ramai orang nih. Macam-macam keletah mak-mak orang, bapak-bapak orang dan budak-budak.

 
So, bila nama aku di panggil..then macam kebiasaan check up...
1. Buat Urine
2.Check darah HB
3. Jumpa Jururawat
Time check up nih aku kene jumpa doktor sebab belum jumpa lagi. Bila masuk bilik doktor, doktor soh scan perut terus excited..cepat2 baring then masa scan tue nampak ler baby..ukur kepala, ukur badan...tanya doktor gender nampak tak doc...doktor cakap peha dia kepit la..tak nampak sebab baby besar...errmmm...dia saja nak nyorokkan dari ibu nampak yer...tak per ibu tak kisah pun asalkan anak ibu sihat...
Doktor check uri aku kebawah sikit...nanti kena datang untuk scan masa 28 minggu. Errmmm patut lar aku selalu sakit bawah.
Aku ada baca cara nak naikkan uri...

Sumber dari:Laman Seri

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). [NB: Nafas ibu hamil tua memang pendek.. kuang.. kuang.. kuang… Takpe... chayok, chayok...]. Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. Menurut Qis tina, “kalau mampu tahan 15 saat dah cukup bagus.”…. Hemm… ikut pengalaman saya, memang tak mampu menahan selama itu. Dulu, saya cuma lakukan selama 10 saat sahaja.

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut (of course ler sedut udara ikut hidung juga), kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.



No comments:

Post a Comment