Nuffnang

Wednesday, December 25, 2013

Bersalin nyer citer...

Cerita bersalin yang telah terperap lama dalam draft.


Expect awal bersalin dalam 36-37 weeks tapi pregnant kali ke-3 nih lambat pulak kuar nyer...dah sarat sangat rasanyer..memang nak cepat bersalin..tunggu jugak tanda-tanda tapi x rasa or tak perasan.



24 Disember 2013

4.am-Mengeras perut dah mula rasa..contraction yang kuat datang dengan kerap, nak tido pun x lena.
8.00am-Kejutkan husband tido, ajak pergi hospital.
12tghari-Pergi hospital Putrajaya terus ke Labour room. Check bukaan baru 2cm, then doctor swap ambil sempel air ketuban memang positif tapi air keluar sikit jer.
1.00pm- Masuk wad dulu.
8.00pm- Bukaan 3cm…kejap check 2cm balik…tapi contraction kerap jugak.




25 Disember 2013
7.00am – Induce
8.00am- Perut dah rasa sakit sangat, tapi macam nak terberak jer rasa, cakap dengan nurse dah 3 hari tak berak saya sakit perut nih sebab sembelit kot. Nurse bagi ubat picit masuk kat bontot..perrghh jap2 tu rasa nak terberak..berlari anak-anak aku ke toilet.
10.00am- Dah bukak 4cm, rasa macam nak terberak lagi pun ada.Nurse panggil doctor check dah 5cm.
11.00am- Terus nurse tolak aku ke labour room sama pulak tu dengan kakak depan katil aku, kitaorang masuk saing.Call husband cakap dah masuk labor room baru dia gerak dari Semenyih rumah adik ipar.
2.00pm-Doktor datang check bukaan, lambat sangat bukak nih. Sekali check2 air ketuban x pecah lagi. Dia tolong pecahkan…hanya Allah sahaja yang tahu sakitnya aku menahan.Doktor suruh tengok air ketuban aku yang dipecah kan satu balang air nyer. Banyak nyer…
3.00pm- Kekerapan sakit bersalin dah lagi kuat aku rasa, time sakit tu datang aku sedut kuat-kuat gas pelali tu, terus lalok dibuai-buai mimpi..hilang jer lalok tu sakit balik…errkkkk

4.00pm- Dah x tahan dah masa nih aku dah rasa betul-betul nak teran…sempat sms husband suruh masuk labour room sekarang sebab aku dh nak teran. Aku jerit panggil nurse…sebab tak der siapa dalam labour room tu. Time aku teran nurse dah salin semua lapik baru check dah 7cm, ok time to TERANNN…2-3x teran…Alhamdulillah dah selamat keluar..ffuuhhhhh legaa…..Nur Athikah seberat 2.85kg



No comments:

Post a Comment