Nuffnang

Monday, February 24, 2014

1st day hantar Athikah rumah pengasuh & Kembali bekerja

Dah 2 bulan cuti bersalin dan bersama Nur Athikah sentiasa.Lagi seminggu nak masuk kerja aku dah rasa mother blues..sayu jer tgok Nur Athikah macam-macam benda aku fikir macam mana nanti kalau tinggalkan dia kat rumah pengasuh nanti..boley ker dia biasakan diri dia..meragam ker dia…Kali nih aku nak berazam untuk BF Nur Athikah selama 2 Tahun..Insya Allah selagi susu di badan masih mampu mengeluarkan hasilnya…So, ini adalah 1st experience pengasuh (a.k.a Cik Nora) untuk belajar macam mana nak menyediakan dan mempergunakan susu ibu dengan betulnya…aku pun ajar cara macam mana..dan ini pun  1st experience aku..aku banyak refer dari internet dan bertanya kat kakak2 di tempat kerja nih. Seminggu sebelum masuk kerja aku dah pum Susu untuk buat stock. Masa nih aku simpan stock dalam bekas dadih jer…dalam seminggu dapat la buat stock dalam 10 bekas…masih belajar macam mana nak sediakan stock BM nih.(saya budak baru belajar). Sehari sebelum masuk kerja Athikah meragam, asyik nak berdukung jer tak nak letak. Dalam buai pun tak nak tido. Menangis melalak, hati aku dah rasa serba salah, dalam hati dah rasa terdetik macam nak berhenti kerja jer rasa…aku percaya majority ibu-ibu yang nak masuk bekerja selepas bersalin akan rasa perasaan ni…
Petang tu pergi Putra Height beli cooler bag, storage bottle & plastic storage milk. Semangat nak pump kat opis nanti.Singgah pulak ke One City Mall Subang Jaya yang baru bukak awal tahun lalu. Sajer tengok apa yang ada dalam tu. Masa tu naik lift then ramai orang pergi tingkat atas sekali, aku ngan mak aku just follow jer dorang. Rupernyer ada Skypark kat atas sekali, boley tengok view area puchong & USJ.Cantik view nyer…






Malam dah sediakan BM untuk bawak ke rumah pengasuh masukkan ke dalam botol siap-siap, bersungguh mengemas barang-barang dan beg kerja.Takut esok kelam kebut…Masa nak tidokan Athikah aku cium dengan tak semena-mena nya air manta aku meleleh..sedih..Dikk behave yer esok kt rumah pengasuh…jangan meragam…ibu nak kerja…sobbss…sobbsss…
Pagi nak pergi kerja dah bangun pukul 5 pagi dah kunci alarm dah..bunyi jer terus bangun mandi, solat dan salinkan pampers baju Athikah.Pukul 7 keluar angkat beg masuk kerete dulu baru angkat Athikah. Dah hantar kat rumah pengasuh dalam perjalanan nak ke tempat kerja aku menagis sedih….

Kenapa kali ini aku bersemangat nak full beast feed anak yang ke-3 nih?. Motivator aku adalah seorang yang ku anggap kakak sendiri Kak Irhan, dia yang support aku dari segi peralatan dan nasihat. Alhamdulillah… Kak Irhan aku jadikan dia sebagai idol aku untuk BF mommy ni….semoga Allah s.w.t membalas jasa baik dia.

No comments:

Post a Comment