Nuffnang

Monday, March 24, 2014

MH370:Alfatihah :'-(

Sedih sangat berita bila Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak mengesahkan lokasi terakhir pesawat MH370 berakhir di lautan hindi berkemungkinan ianya terhempas.

Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arabdan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timurmeridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.


Luas Kawasan
·         Luas: 68,556 juta km²
Panjang Pantai: 66,526 km
Titik ketinggian:
·         Titik terendah: Palung Jawa -7,258 m
·         Titik tertinggi: permukaan laut 0 m

Tetiba tebayang kita di tengah-tengah lautan hindi, percentage untuk hidup adalah 0%. Ya Allah sedihnya, memang kalau pesawat tu terhempas di tengah lautan tu then penumpang dan anak kapal semua dapat keluar pun dari pesawat tu memang susah untuk terselamat.Kerana keadaan lautan hindi yang sentiasa bergelora dan cuaca ribut yang sangat tak menentu.

Semua rakyat di dunia nih berasa sedih dengan berita terbaru ni. Bayangkan selama 17 hari semua rakyat berharap pesawat tu selamat dan penumpang serta anak kapal hidup, bila dapat berita pesawat tu terhempas dan semua penumpang mungkin tidak selamat.Memang memilukan hati dan perasaan, sedih yang amat. Takziah pada keluarga penumpang dan anak kapal, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 
Semoga ahli keluarga MH370 serta anak-anak kapal tabah untuk menghadapi berita ini. Kami turut bersedih... :'-(

No comments:

Post a Comment