Nuffnang

Thursday, March 13, 2014

Bergambar dengan Tun Dr Mahathir bin Mohamad




Untung sangat-sangat dapat bergambar dengan Negarawan Malaysia Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Beliau merupakan Penasihat Proton, setiap hari selasa beliau akan berada di Proton COE.Masa nak bergambar nih beliau sempat bergurau, "Ha..50 sen yer" aku gelak jer...speechless sangat2...Aku tak sempat nak bertanya khabar, perasaan masa nih berdebar macam dalam mimpi jer..hahaha...dah 2-3x terserempak dengan beliau di Proton tapi macam takut sangat nak mintak bergambar, malu pun ada. Tapi dalam hati nih meronta-ronta nak bergambar kenangan bersama Negarawan Malaysia nih.
Akhirnya dapat jugak bergambar kenangan...Alhamdulillah...huhuhu

Aku memang mengagumi beliau kerana beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia.
Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun.
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia(MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.


Blog beliau: http://chedet.cc/blog/.


No comments:

Post a Comment