Nuffnang

Tuesday, January 3, 2012

Mendaki Gunung Datuk

Dah plan nak mendaki gunung datuk minggu ni 7-8hb Jan 2012, dah kena kerja pulak sebab PM nak datang Proton.Gigih aku and hubby berjogging nak mendapatkan stamina dan nak menguruskan badan yang tergemukkan..pergghhh x boleh blah la badan aku sekarang nih, lemak sana sini...baju2 and seluar2 keje aku pun dah banyak yang tak boleh nak pakai OMG!!

Macam mana nak kuruskan pepeha and lelengan yang penuh dengan lemak nih...Nak pakai baju t-shirt yang nampak lengan pun sengan...tengok lengan yang penuh dengan lelemak...Kene pakai baju kurung jer la pergi kerja...



Mendaki gunung Datuk...sedikit info...


Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan.

Ketinggian: 711 meter (2,332 kaki)

    Untuk sampai kesana, mudah saja. Dari highway Plus, ambik exit Alor Gajah, roundabout pukul tiga. Terus sampai jumpa simpang tiga. Ambil kiri dan terus sampai jumpa Signboard Hutan Lipur Gunung Datuk. Masuk dalam tu dan bersedialah untuk menikmati keseronokan mendaki!

Gunung Datuk / Datok
Gunung di daerah Rembau ini merupakan satu destinasi pelancongan, baik gunung mahupun jeram di kaki gunung ini. Terletak di Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin.


Gunung ini hanya setinggi lebih kurang 2000 kaki sahaja, ketinggian 2900 kaki itu adalah ketinggian G. Rembau. Sebenarnya dalam peta topo, G.Datok tidak ditulis. Hanya perkataan 'keramat' sahaja ditulis pada ketinggian 2000 kaki. G. Datok merupakan puncak permatang yang menganjur dari G. Rembau. 1

Tapak Kaki Hang Tuah


Mula dari Tugu Keris Hutan Lipur, pendaki perlu turun ke jeram dan trail bermula dari seberang sungai. Satu jambatan dibina bagi memudahkan pendaki menyeberang sungai. Kecerunan trail hingga ke pondok pertama kebanyakannya hampir 90 darjah. Tali disediakan bagi memudah pendaki berpaut semasa pendakian.


Dari pondok pertama kecerunan trail agak berkurangan dan adakalanya landai. Menghampiri puncak trail cerun trail makin menegak. Talian komunikasi boleh diterima disepanjang trail hingga ke puncak.

Tapak Khemah


Tapak khemah di puncak gunung sebesar kira-kira sebuah gelanggang bola tampar. Pendaki masih boleh berkhemah disekitar tapak utama perkhemahan berdekatan batuan dan ada juga yang bermalam di gua. Punca air bersih boleh dicapai dengan turun ke lembah dengan perjalanan turun selama 20 ke 45 minit. Ada alur air mengalir di sini.


Puncak Gunung Datok


Dari kemsite ke puncak cuma beberapa minit. Pendaki perlu memanjat tangga besi yang disediakan. Keadaan puncak terdiri dari bongkah-bongkah batu besar. Pendaki boleh bersantai di puncak dengan panorama perkampungan serta landasan keretapi selain Selat Melaka saujana mata memandang. Di puncak gunung ini juga terdapat kesan tapak kaki diatas batuan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah.


Perizinan

Balai Polis Kota

Bayaran Masuk RM3.00 seorang dibayar pada Koperasi JKKK di Balai Utama Hutan Lipur.


No comments:

Post a Comment