Nuffnang

Thursday, March 15, 2012

We Split with 2 different way

Bukan senang nak buat keputusan ini, perbincangan yang memerlukan kepuasan hati masing-masing perlu diutamakan. Akhirnya keputusan untuk split adalah jalan yang sewajarnya. Kami terpaksa berpisah untuk sementara waktu untuk menjaga hati pihak masing-masing. Sungguh sedih untuk berpisah walaupun cuma hanya beberapa hari sahaja.Tapi apa kan daya keadaan terpaksa untuk kami menerima keadaan yang bergini keputusan nya. Bukan kami yang meminta ,keaadaan yang membuatkan kami memilih jalan masing-masing untuk kepuasan hati masing-masing. Sesungguhnya kami hanya insan biasa yang hanya mampu meredhai apa-apa keputusan yang dimetrai.


My hubby and son dah bertolak ke Johor tadi, tinggal lah kami berdua (me & Athirah) dirumah. Owhh sungguh menyedihkan. Dah hari ni Anniversary day, baru nak celebrate tapi x jadi. Celebrate kemudian la gamaknyer..

Besok malam aku akan bertolak ke Perak with my sister and my daughter. Buat aper kat Perak....aderlah...balik kampung, ader lagi ker kampung kat perak tuh? errrmmm sib baik ader kampung bapak sedara, menumpang ler kiter umah deme yer..ate buleh ker aye tido umah keme? dah cakap loghat perak pulak...dah lama x balik perak..last balik masa raya tahun lepas ,tu pun balik sehari jer, x sempat nak pergi melawat member2 kampung.

X dapat pergi kenduri best friend husband kawin Lan & Myda kat johor. Semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat. x dapat pergi tapi dah kirim hadiah kt my hubby soh bagi pengantin tadi.

Wednesday, March 14, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-4

Hari ini merupakan hari genapnya kami menjadi suami isteri selama 4 tahun.
Melayari bahtera berumahtangga macam-macam dugaan & cabaran yang dilalui.
Dari tahun 2008-2012 macam-macam pahit & manis yang dirasai.
Walaupun apa pun yang terjadi ayang sayang abang....jiwang pulak



Hasil dari perkahwinan ini kami di kurniakan 2 orang cahaya mata yang menjadi pelengkap hidup sekeluarga.



Tuesday, March 13, 2012

Selamat Hari lahir anakku Nur Athirah yang ke-2 tahun-11.03.2012-

Sayang Ibu dah besar, sekejap jer 2 tahun berlalu. Masih teringat saat-saat kelahiran Puteri ku Nur Athirah.

Selamat Hari Lahir Sayang yang ke 2 Tahun..Ibu doakan Athirah ibu nih jadi anak yang baik, pandai,bijak, sihat dan jadi anak yang solehah...

my princess...
Nur Athirah..11.03.2010 8.25pm @Putrajaya
Selepas beberapa minit deliver...
Sejuk mata memandang...
Hilang segala kesakitan...

Rilek jer muke lepas meneran athirah keluar dari perut..hilang sakit bersalin bila dengar suara Nur Athirah. Apa yang diimpikan akhirnya menjadi kenyataan.Bersyukur sangat-sangat...menangis Ibu & Ayah bila tengok Nur Athirah sebab kami x sangka akan dikurniakan anak perempuan sebab kami x check pun jantina baby masa dalam kandungan..kami reda..tapi dalam hati inginkan seorang anak perempuan sebab yang 1st is Abang Iqbal.
Lahirnya Nur Athirah seperti pelengkap dalam keluarga.
Nur Athirah 2 weeks

Umur sebulan athirah x nampak tembamnyer lagi. Nampak soft jer muker & senang dijaga x banyak ragam.Bagus anak ibu nih.
Athirah 1 year..suke sangat tengok citer Upin Ipin,pandai posing pantang nampak kamera.
makin bam bam anak ibu nih.
Bam Bam

Melentok-lentok kepala biler nampak orang nak snap gambar dia.xoxo

Suker tengok anak ibu nih makan..menyelerakan..


Nur Athirah..Ayah,Ibu & Abang Iqbal Sayang adik sangat2!!!

Monday, February 20, 2012

Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas Bergerak-gerak

Tetibe jer mata nih berkedip-kedip belah kiri.Risau gak aku nak nagis ker aper.. cerr google aper kes mater nih nak terkedip-kedip belah kiri..so try la google2 kat sini




Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

Saper la seseorang yang jauh dan lama terpisah yang teringin nak jumpa nih...

Family In law datang rumah

Dengar jer mak mertua nak datang mesti kelam kabut, berdebar2 dan bermacam2 perasaan lagi yang timbul...mula lah sebok nak kemas rumah, beli lauk penuhkan barang2 kat dapur dan di pertengahan bulan yang ongkosnyer dah tahap kritikal kene buat sumbangan dari mana2 pihak yang berm urah hati..tolonglah beri sumbangan kepada saya huhuhuhu....si baik ader rezeki di saat2 memerlukan...Thanks Allah..kalau kita ingin membuat kebaikkan insyaAllah Ader jer rezeki yang Allah s.a.w akan berikan kepada umatNya...





Actually, Mak mertua datang nak pergi berubat kat Darulsyifa, nak berubat kaki yang sakit.Dah puas berubat dekat semua

tempat tapi tak berhasil,kaki bertambah sakit lagi ada la..kesian mak mertua ku...So, try la berubat cara islam pulak di Darul Syifa bangi.


Aku tak follow pun dorang pergi darul syifa,lepas pergi darul syifa nak ajak pergi lepak Dataran Putrajaya. Goreng keropok bawa bekal berpicnic di dataran Putrajaya. Bawa Moto Iqbal tapi Batery kong...x charge..tolak pakai kaki la..


Ayat Iqbal sekarang.."Alamak...(sambil tepuk dahi) dan sekarang dah pandai mengeluh pulak...adoi macam orang tua la






Lepak2 didataran Putrajaya yang baru lepas hujan gerimis2...


Hujan sejuk dan lapar...sib baik ader bawak makanangoreng2 sikit dari rumah dengan air panas...


Berkelah di Dataran Putrajaya

Tolak moto pakai kaki Iqbal

With my Beras..Eh' Biras..hehehehe

With Adik2 Ipar and Biras


X perasan pulak ader clown kt belakang.Iqbal pandai pulak buat reaksi macam tuh...

Besok pagi nyer masak bekpes goreng pisang,cekodok pisang dan nasi goreng...kekeyangan...

Mandi2 dan bersiap2 pergi ke Pusat Sains Negara...happening pergi sini bersama2 family in law...
Peace Yoo...



Athirah baru lepas jatuh

Beloved Family



Ader penyelam tengah bagi ikan makan kat belakang


Dance Time

Watch 3D theare...





















Thursday, February 16, 2012

Cuti Maulidur Rasul & Thaipusam

Cuti lama adalaha wajib bagi aku and family untuk pulang kekampung suami ku di Felcra Bukit Kepong Johor. Lagi-lagi adik ipar aku dari Sarawak balik bercuti, semua ada berkumpul balik.

Aktiviti adalah pergi berkelah di Melaka & Mandi Air terjun Bekuk.

Hari Sabtu ade sedara mak mertua ku di Melaka, aku and family bertolak dari rumah terus pergi Melaka terus. Balik singgah rumah biras aku di Tanjung Bidara depan pantai jer rumah die.


So,plan nak singgah Pantai Puteri nak mandi pantai sampai hitam legam..heheehhe...panas terik nyer hari tuh...sampai berbelang muker aku...athirah x mandi die tido bawah panas matahari. Aku habis mandi jer die bangun, badan panas muntah2 dan cirit birit..hati dah mulai risau...


Balik sampai Felcra badan Athirah panas demam, dalam kete dah banyak kali muntah habis baju aku bau muntah dia jer..

Keesokannyer pergi bekuk BBQ ikan, ayam dan hotdog. Mandi sampai lebam..
Athirah dah x der mood sebab asyik muntah2 dan cirit birit..sian anak ibu nih...x best jer athirah demam xceria mcm selalu...makin kurus demok ibu nih...


 Balik dari mandi di Bekok bawak athirah pergi Hospital Segamat, then kena tahan wad lak die. Tangan kena cucuk jarum untuk masukkan air sebab Athirah dia x nak makan or minum, kalau makan ker minum dia akan muntah balik. Makin kurus athirah.


Sehari jer dok Spital, esoknyer dah boleh balik sebab athirah dah kembali Aktif lepas 2 botol air masuk dalam badan die.

Dah dapat keluar Hospital habis belakang rumah kt kampung dia nak sapu sampah.


Alhamdulillah dah sihat dah anak demok ibu nih....

Friday, February 3, 2012

Penipuan Besar

Hari ini aku dikejutkan dengan Announcement dalam FB berkaitan dengan penipuan dari seorang kenalan lama yang sama belajar di Unikl. Mustakim Zulkifli namanyer. Aku kenal pun sama course belajar..kenal2 gitu jer...

So, one day tuh aku ternampak iklan baju T-Shirt yang satu family yag bapapk, mak anak2 oleh pakai sama tuh kire macam Boria family la...Then aku just mesagge jer lar Si Mus nih untuk pre order la katernyer one of the design baju tuh. Aku decide nak bayar lambat cikit la. Die advice before 8hb feb nih kene bank in.

Eh..die ader bagi diskaun..free postage and total harga is RM162 then after diskaun is RM160 diskaun RM2  jer..sikit benor..

Aku baru jer nk decide nak bank in thru Maybank2u..mula2 aku ader cash kalau aku bankin pakai deposit cash pun boleh masa aku pergi Maybank Taipan masa lunch tadi, tapi hati mcm berat jer terus aku bank in kt akaun sendiri dulu nnati baru bank in.

Dalam perjalanan aku nk pergi Mydin Usj aku dapat Wall post dalam FB dari Fazliana Yaakub pasal makhluk Allah nih yang dia kater Makhluk Allah nih kaki tipu. Nasib baik lah ader BB boley dapat new update immediatelly..hehehehe die dah kene tipu pasal duit kutu..bukan dia sorang saja yang kena tipu ramai lagi..scary pulak aku dengar kes nih..memalukan sunnguh..kesian giler diaibkan semua budak2 ex Unikl dapat info and majoriti yang kenal makhluk Allah nih macam x sangka termasuk la dengan aku sekali.

Harap muker jer baik tapi perangai menipu..makan duit haram..Isssh2 mintak dijauhkan..

Then aku terus call husband x jadi bayar baju tuh terus aku shopping baju kurung nak pergi kenduri esok kat Melaka.hahahaha mak suker okeh...