Nuffnang

Sunday, September 29, 2013

Lepaking di Putrajaya bersama FIL

Minggu yang sangat penat bagi aku. 
 Lepas balik dari wedding adik lelaki di perak, siap-siap kan anak-anak dan diri terus rushing ke bangi. Dorang dah tunggu untuk dinner sama-sama. Sampai-sampai Restoran Yankies Hut bangi, husband dah tunggu kat depan.Pakwe adik ipar pun ada makan sekali ngan kitaorang. Lepas dinner terus balik Semenyih tido rumah adik ipar. 



Hari ahadnyer bangun pagi-pagi bancuh air milo cicah biskut breakfast then terus gerak pergi balik rumah dulu kat Puchong. Siap-siap terus pergi kelas dekat UITM Puncak Perdana. Kelas dari pagi sampai petang ni 1st kelas aku untuk sem nih. Lepas jer kelas terus balik puchong, husband amik kat rumah terus bawak pergi putrajaya lepak-lepak kt dataran Putrajaya.


Balik rumah malam tu pinggang rasa nak patah jer...sib baik husband tolong urutkan.


Saturday, September 28, 2013

Nikah & Kahwin nyer seorang adik lelaki ku...

Aku ada sorang jer adik lelaki kandung dalam dunia nih. Walau apa pun terjadi dia tetap adik aku. Jodoh dah ditentukan oleh Allah s.w.t kene terima qada & qadar nya.
Majlis pernikahan diadakan di masjid Pantai Remis Perak. Adik aku selamat melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sahaja dan sah menjadi suami. Selamat sudah....




Majlis bersanding belah perempuan diadakan pada keesokkan hari nya. Pukul 12.30 dah kena bertolak dari homestay Seri Iskandar ke Gelung pepuyu. Agak kelam kabut sikit rombongan sebab datang dari 2 arah...pengantin dari arah selatan hantaran dari arah utara...then bertembung.  Bayangkan dengan panas tengahari & perut memboyot aku pegang hantaran ngan anak-anak entah kemana..menjerit2 panggil nama anak takut dia lari arah jalan raya. Bersanding, snap2 pic then tengok orang makan..aku kalau penat memang aku tak larat nak makan. Tak ada selera.



Dah berpeluh-peluh menunggu jumpa sedara-mara semua balik ler ke homestay , naik satu kereta Alza penuh dah amcam sardine dalam tin. Balik pun dengan tergesa-gesanya sebab owner homestay tu dah tunggu ada orang nak check in pukul 3.30 tu jugak. Penat tak hilang weiiiii...walawei betul..pack semua barang-barang masuk dalam kereta. Kemas sikit-sikit jer homestay tu lantak lar nak cepat sangat kan.Denganpakai baju tadi jugak tak sempat nak mandi bergerak balik ke Puchong. Berhenti dekat Petronas Athirah nak berak pulak, mandikan sekali sian anak aku panas tadi. Perut baru terasa lapar, beli ler roti & air kat Petronas Mesra. Makan dalam kereta..on the way lalu jalan kampong abah dekat Telok Bakung, abah ajak Iqbal tengok sungai. Singgah ler kami tengok Kerbau dan sungai perak. Tempat kenangan masa kecik kutip remis seronok sangan sebab dulu air jernih dan cetek jer. Sekarang tengok air macam scary jer macam dalam. Setengah jam berehenti tengok permandangan & kerbau terus gerak balik Puchong.




Sampai-sampai puchong boleh pulak sekali dengan rombongan bas satu flat.

Kepenatan yang amat sangat & nothing can describe the feel by word...errrmmmm 

Tuesday, September 24, 2013

Update:Athirah

Semoga menjadi anak yang solehah yer Nur Athirah.
 
 
Dah nak jadi kakak perangai kakak banyak menguji kesabaran ibu nih...manja sangat2...
Apa kakak nak kalau tak dapat menangis macam kene cubit.
Cakap dah macam orang tua, bila orang cakap ada jer benda dia nak jawab.
Kalau suruh dia buat something...laju jer kakak buat..rajin mmg sgt rajin.. benda x suruh buat pun dia nak buat. Kalau suruh abang Iqbal amik barang pun dia pun laju jer bangun pergi amikkan sampai bergaduh-gaduh dengan abang.Nasib baik abang dah besar dan paham dengan perangai kakak athirah nih.
 

Friday, August 23, 2013

Potluck dan makan-makan sempena Hari Raya di Department

Selamat Hari Raya..masih dalam mood hari raya lagi dan ramai yang dah start datang berkerja, department aku ada buat Majlis makan-makan sempana Hari Raya Aidilfitri . Jika sebelum-sebelum nih lagi meriah, sambutan Hari Raya di sambut seluruh department dan masing-masing menghias department masing2 untuk pertandingan Rumah terbuka setiap department.
 
Tahun ni jer kurang meriah sikit, majlis diadakan di tempat persembunyian..hehehe
 
Meh la layan gambar...
Kuih Muih
 
Makan time.
 
Bismilllah..Jemput makan semua...
 

Peace
 
Huda & Dayana
 
 
Sempat posing lagi nih time tengah rancak makan.
 
Antara juadah yang disediakan...memang marvelous...
 
Kek red valvet
 
Keropok ikan, Puding Karamel, kek & kuih muih...
 
Mak Yong..
 

Thursday, August 22, 2013

Check Up Maternity 20 weeks

Faktor usia la sekarang nih, asyik perlupa jer. Appointment check dah terlepas semalam. Dah ler sibuk memanjang the next day baru aku pergi walk in check up.
 
Dalam buku masa untuk appointment check pukul 9am, so aku pukul 8.30 pagi dah ada kat klinik tue. Cakap dengan girl kat kaunter klinik tu yg aku terlepas date appointment. Ada ker dia suruh aku buat appointment balik datang next week. Tak der keje aku nak ambik cuti lagi next week...aiisshhh lepas raya nih ramai orang datang check sebab hari tuh cuti raya dah seminggu dorang ramai yang datang dalam minggu nih, minggu depan tak der la sebok macam this week. Aku cakap tak per la aku tunggu sebab aku dah ambil cuti satu hari nak tunggu satu hari pun tak per. So, aku pergi breakfast dulu, makan sorang2.
Ambil masa sikit masa makan..makan slow2...tengok jam macam dah pukul 9 lebih aku dok ler menunggu nama di panggil. Sambil-sambil berwasap2 member membebel sebab kene tunggu lama, ramai yang suggest pergi jer la check klinik swasta, bayar sikit daripada menunggu lama sampai berjanggut. Aku cakap ler aku sayang duit...hahahaha alasan...ntah la walaupun menunggu lama tapi aku prefer sangat check up pregnant & check up anak2 dekat Klinik Kerajaan. Sebab nyer dorang check details sikit kot...bagi aku la..
 
Aku suka tengok orang sebenarnya bila time dekat tempat ramai orang nih. Macam-macam keletah mak-mak orang, bapak-bapak orang dan budak-budak.

 
So, bila nama aku di panggil..then macam kebiasaan check up...
1. Buat Urine
2.Check darah HB
3. Jumpa Jururawat
Time check up nih aku kene jumpa doktor sebab belum jumpa lagi. Bila masuk bilik doktor, doktor soh scan perut terus excited..cepat2 baring then masa scan tue nampak ler baby..ukur kepala, ukur badan...tanya doktor gender nampak tak doc...doktor cakap peha dia kepit la..tak nampak sebab baby besar...errmmm...dia saja nak nyorokkan dari ibu nampak yer...tak per ibu tak kisah pun asalkan anak ibu sihat...
Doktor check uri aku kebawah sikit...nanti kena datang untuk scan masa 28 minggu. Errmmm patut lar aku selalu sakit bawah.
Aku ada baca cara nak naikkan uri...

Sumber dari:Laman Seri

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). [NB: Nafas ibu hamil ‘tua’ memang pendek.. kuang.. kuang.. kuang… Takpe... chayok, chayok...]. Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. Menurut Qis tina, “kalau mampu tahan 15 saat dah cukup bagus.”…. Hemm… ikut pengalaman saya, memang tak mampu menahan selama itu. Dulu, saya cuma lakukan selama 10 saat sahaja.

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut (of course ler sedut udara ikut hidung juga), kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.



Thursday, August 8, 2013

Hari Raya 2013 1st Day @Perak

Tahun nih Hari Raya penuh dengan dugaan..macam-macam hal... Allah kuatkan semangat ku ini.
Aku selemah-lemah umat... T_T
Pada petang sebelum raya aku bertolak ke Perak.Family aku tempah Homestay di Seri Iskandar sebab kampung dah semak samun...seramm..
Aku drive dari Puchong-Seri Iskandar bertolak dari pukul 5 petang sampai Seri Iskandar pukul 7.30 malam. Isshhh macam-macam terjadi...sedih sgt2 biler ingatkan balik...tskk...tskkk
Penat sangat2 tapi aku kuatkan juga kudrat...
Sampai jer dekat Homestay terus makan apa yang ada.
Then mandi dan solat. Pergi Tesco Sei Iskandar beli barang2 sikit.
 
Pagi hari raya..kelam kabut masing bangun lambat...aku bangun-bangun masak air. Tengok dekat dapur nak masak sarapan apa di pagi raya. Tengok ada pisang ngan cempedak tapi x der tepung..
alahai....mandi then siap2 ajak mak pergi tesco beli barang2 dapur sikit.
Pagi raya bekpes cekodok pisang ngan cempedak. Aku masak nasi putih, dorang makan ngan rendang dan sup tulang.Aku lak yang kene hidang semua2 tue macam rumah aku lak... 




Dah habis sesi salam & bergambar... bergerak kami ke rumah ayahngah (abang mak yang no 2)



Husband dan Ayahngah

Kasih yang cute dan comel
 
Selepas berkumpul di rumah Ayahngah kami bergerak ke kubur Arwah Opah & Atok.
Al-Fatihah semoga roh Atok & Opah tenang dan ditempatkan meraka di kalangan orang beriman..Amin
 

Kubur Arwah Atok

Kubur Arwah Opah

Last sekali pic aku mesti ada...
 



Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434
Minta Maaf Zahir & Batin
Dari Kami Sekeluarga...