Nuffnang

Tuesday, November 20, 2012

Minah Rempit..Mimi sempot...

Semalam aku pergi kerja merempit bawak motor...disebabkan Hari Isnin pergi kerja bawak kete sampai Opis pukul 8.10 minit. Dah banyak kali lambat bulan nih..bukan bulan nih jer lambat every month lambat. Memang tak dapat dielakkan lar..kepala nih macam dah set jer keluar rumah mesti pukul 7.30 pagi..tak boley nak kuar awal sebab kalau awal kan gelap lagi..mata tak nampak silau kalau jalan dalam gelap..alasan..lagipun kalau keluar kul 7.30 tu matahari dah muncul, so morning sunny nih baik untuk kesihatan kulit..dapat vitamin C kot..hahahaha memandai jer aku...
Ha..dah lama giler tak bawak moto rider sorang-sorang kat tengah jalan sesak orang sibuk nak pergi kerja balik kerja..memang mula-mula selit-selit celah kereta tu seriau la jugak..tapi biler dah cilok-mencilok smooth jer aku bawak moto rasa macam syyookkk pulak. Perrghhh kalah lelaki-lelaki yang bawak moto saing-saing aku kat traffic light. Bangga sikit la kot..sebab aku boley follow ader brader naik moto scrambler tinggi tu cilok-mencilok...hehehehe tahu laki aku mamposs kene maki...hehehehe tapi keselamatan harus dijaga..bawak moto kena confident.Hehehehe
 
Balik dari kerja aku terus pergi carefour Subang Jaya, Athirah teman opahnyer pergi Reflexsology kaki. Lepas reflexsology pergi beli icebelnded Chocolate with pearl...my favarourite is Cool Blog tapi kat Carefour tak ader Cool Blog just Each a Cup brand pun ok jugak la cuma pearl dia tak chewy pearl cool blog.
 
 
Athirah kalau nampak mainan masuk duit syiling 50sen jer nih mesti nak naik...dekat mana-mana pantang terjumpa, melompat-lompat nak naik...layankan....
 



No comments:

Post a Comment