Nuffnang

Friday, January 13, 2012

Gunung Datuk & Angsi

Bersamaan 14-15 Jan 2012 naik gunung datuk dan gunung angsi kat Negeri Sembilan. 1st time nak mendaki gunung...16hb hari jadi aku yang keberapa tuh? sweet 18 lagi kot..perasan jer...tambah lagi 10 tahun lagi...cer tambah...berapa..dah tahu senyap k..aku sedar dah tua dah diri nih...nak request aper yer besday present nih...x pernah dapat besday present..sob..sob...hikhikhik..giler aper nangis pastuh gelak..sengal...
 sengalkan diri sendiri.
Baru aku perasan tahun lepas on tarikh besday aku mesti mendaki..tahun lepas mendaki bukit..tahun nih mendaki gunung..2 gunung lak tuh nak mendaki..gunung datuk dan gunung angsi...tahun depan nak mendaki gunung everast plak kot..hahahahaha...veragan..nih besok nih..mampukah aku mendaki sampai 2 gunung sekali harung tapi satu hari satu gunung...InsyaAllah mintak2 selamat pergi dan selamat balik...Amin jauhkanlah dari benda2 yang tak sepatutnya....
Besday nak wish necklace la...x pernah dapat necklace masa besday..(buat2 ayat kesian)...hehehehe

Sunday, January 8, 2012

Akuarium Shah Alam

Hari Sabtu petang bawak anak2 jalan Shah Alam, ada apa kat Shah Alam. Kita pergi Akuarium bersebelahan dengan Weath World...weth world tengah renovate nampak...hehehehe..
Iqbal and athirah excited tengok fish..ada fish besar fish kecik...

Nih dalam kete masa otw nak ker Akuarium Shah Alam.Sama spek dengan ibu iqbal..:-)

Ikan Koi Jepun superb mahal, orang kaya jer bley beli macam aku miskin x mampu nak beli..huhuhuhu
 






Lepas tengok ikan main playground....
 


PM Merasmikan Hari Industri Selangor Di PROTON

Pada hari sabtu bersamaan dengan 7hb Januari 2012 PM telah melawat ke Proton bagi merasmikan Hari Industri Selangor dimana PROTN menjadi lokasi tapak perasmian hari tersebut. Bermacam2 both telah dibuka dikawasan PROTON dan ramai wakil2 dari syarikat GLC telah menghadirkan diri untuk perasmian majis ini. Majlis telah diadakan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Pada hari ini juga semua warga PROTON di banggunan COE dipaksa bekerja...

Ade peraduan SMS hadiah yang menarik iaitu Ptoton Persona.

Semasa kehadiran PM di Proton, orang terus kerumun PM nampak muker sipi2 jer...

We Love PM





Jogging

Sejak lelemak dah berlambak2 kat badan nih aku and husband gigih pergi jogging malam. kitaorang selalu pergi jog dekat Taman Jaya PJ. Angkut Iqbal and athirah sekali yang super lasak. Kat Taman jaya ada equipment exercise and ader spotlight malam.
Seminggu 2 kali la pergi jog itupun kalau rajin..ngee~
Ibu dan ayah yang buang lelemak dibadan tapi anak yang hover...

Bergilir-gilir jogging sebab kena jaga anak2, apa yang penting KERJASAMA!! hehehehe..

1st Job jadi photographer

8.1.2012 1st Job aku jadi photographer untuk weeding Nuar & Kak Sham dekat Taman Medan, ada sesi outdoor lagi kat Shah Alam.Aku sampai mimpi2 sebelum hari majlis dah tangkap gambar photoshot sebab 1st time job rasa macam risau giler. Nak buat the best sebab 1st time. Photoshot for this weeding nih aku buat dengan Shima, dua photographer with 2 Camera's.
Memang memenatkan, lagipun aku nak request dorang buat pose2 yang menarik macam terbatas jer sebab pasangan pengantin macam malu2 but aku enjoy... :-)
Layanan dari pihak pengantin Alhamdulillah ok.Majlis weeding nih agak meriah juga sebab belah pihak lelaki tetamu2 sampai kul 3 pun still ada lagi yang datang sampai aku nak bawak pengantin pergi photoshot kat luar pun lambat dalam kul 5 baru leh gerak. Sampai2 kat Bukit Cherakah Shah Alam dah tutup kul 4.30.So, tukar plan pergi photoshot dekat Taman sebelah Mahkamah Shah Alam. Taman Herba nih x ramai orang yang datang, yang banyak datang kat taman nih yang couple2 jer aku tengok.
Masa kitaorang photoshot nih ader 3 pasangan pengantin yang tengah photoshot kat taman nih,kawasan taman nih memang menarik gambar pun banyak yang cantik2 tapi time kitaorang tengah pose2 nak shot sekali hujan lebat la..potong stim..pengantin pun mcm dah letih jer...tgkap kat bawah gazebo dalam 10 minit hujan dah reda sambung photoshot. Nampak pengantin pun macam dah letih jer..nak pose pun mcam kureng sikit..tapi buat jugak yang the best. Kalau sampai awal tadi mesti lagi banyak shot2 yang menarik yang dapat kitaorang shot. Lebih kurang dalam sejam sesi photoshot outdoor kat shah alam then balik hantar pengantin balik rumah, kitaorang pun x singgah then salam pengantin terus jer balik.

Tuesday, January 3, 2012

Mendaki Gunung Datuk

Dah plan nak mendaki gunung datuk minggu ni 7-8hb Jan 2012, dah kena kerja pulak sebab PM nak datang Proton.Gigih aku and hubby berjogging nak mendapatkan stamina dan nak menguruskan badan yang tergemukkan..pergghhh x boleh blah la badan aku sekarang nih, lemak sana sini...baju2 and seluar2 keje aku pun dah banyak yang tak boleh nak pakai OMG!!

Macam mana nak kuruskan pepeha and lelengan yang penuh dengan lemak nih...Nak pakai baju t-shirt yang nampak lengan pun sengan...tengok lengan yang penuh dengan lelemak...Kene pakai baju kurung jer la pergi kerja...



Mendaki gunung Datuk...sedikit info...


Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan.

Ketinggian: 711 meter (2,332 kaki)

    Untuk sampai kesana, mudah saja. Dari highway Plus, ambik exit Alor Gajah, roundabout pukul tiga. Terus sampai jumpa simpang tiga. Ambil kiri dan terus sampai jumpa Signboard Hutan Lipur Gunung Datuk. Masuk dalam tu dan bersedialah untuk menikmati keseronokan mendaki!

Gunung Datuk / Datok
Gunung di daerah Rembau ini merupakan satu destinasi pelancongan, baik gunung mahupun jeram di kaki gunung ini. Terletak di Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin.


Gunung ini hanya setinggi lebih kurang 2000 kaki sahaja, ketinggian 2900 kaki itu adalah ketinggian G. Rembau. Sebenarnya dalam peta topo, G.Datok tidak ditulis. Hanya perkataan 'keramat' sahaja ditulis pada ketinggian 2000 kaki. G. Datok merupakan puncak permatang yang menganjur dari G. Rembau. 1

Tapak Kaki Hang Tuah


Mula dari Tugu Keris Hutan Lipur, pendaki perlu turun ke jeram dan trail bermula dari seberang sungai. Satu jambatan dibina bagi memudahkan pendaki menyeberang sungai. Kecerunan trail hingga ke pondok pertama kebanyakannya hampir 90 darjah. Tali disediakan bagi memudah pendaki berpaut semasa pendakian.


Dari pondok pertama kecerunan trail agak berkurangan dan adakalanya landai. Menghampiri puncak trail cerun trail makin menegak. Talian komunikasi boleh diterima disepanjang trail hingga ke puncak.

Tapak Khemah


Tapak khemah di puncak gunung sebesar kira-kira sebuah gelanggang bola tampar. Pendaki masih boleh berkhemah disekitar tapak utama perkhemahan berdekatan batuan dan ada juga yang bermalam di gua. Punca air bersih boleh dicapai dengan turun ke lembah dengan perjalanan turun selama 20 ke 45 minit. Ada alur air mengalir di sini.


Puncak Gunung Datok


Dari kemsite ke puncak cuma beberapa minit. Pendaki perlu memanjat tangga besi yang disediakan. Keadaan puncak terdiri dari bongkah-bongkah batu besar. Pendaki boleh bersantai di puncak dengan panorama perkampungan serta landasan keretapi selain Selat Melaka saujana mata memandang. Di puncak gunung ini juga terdapat kesan tapak kaki diatas batuan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah.


Perizinan

Balai Polis Kota

Bayaran Masuk RM3.00 seorang dibayar pada Koperasi JKKK di Balai Utama Hutan Lipur.


Selamat Tahun Baru 2012

Happy New Year 2012

Tahun Baru 2012 sambut kat mana? cuti lama2 malas gila babas asyik makan tido, makan tido jer...nk kuar rasa malas giler...dalam kepala dah planning nk pergi sana pergi sini tapi nak melangkah keluar umah tuh rasa malas giler...plan punyer plan sms tnyer kengkawan....akhirnya sambut and tgok bunga api kt depan umah jer....
Pukul 11.30 bawak anak2 turun naik moto round2 then kul 11.45 dah terpacak depan stage Puchong Permai tgok org nyanyi dan tgok bunga api...
Athirah punya la takut peluknyer aku kuat2..."dik2..harap badan jer beso tapi penakut"...
hehehehe....


Tahun baru x der azam baru aper2 pun..kasi redah jer...cuma nak mempertingkatkan prestasi kerja..kalau x der promotion jugak this year.angkat kaki lambung la.....lalalalalla