Nuffnang

Sunday, October 14, 2012

Too Blank :-(

Totally blank. I cannot thinking over on my head. I'm not creative thinker. Any idea that need to think i cannot...i cannot...i got headache....what shamed of myself...too shamed...very2 shamed which 3 more candidate that so young than me can be more creative & give excellence explaination rather than me.
Ohhhh....too demotivated. I dont have a mood to work...i need a rest....

Wednesday, October 10, 2012

Syok layan lagu Muara Hati

Jommmmm layannn.....



Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

Source: http://www.lagubestbest.com/2012/08/muara-hati-hafiz-siti-nurhaliza-lirik-mtv.html#ixzz28y75TjT4

Obses Adam & Hawa

Masa mula-mula drama Adam & Hawa nih keluar aku tak ambik port sangat.Novel nyer pun aku dah baca masa dulu zaman belajar-belajar. Dah tak ingat tahun biler..tengok-tengok novel tu masih elok lagi dekat rumah mak aku. Bila keluar jer drama Adam & Hawa nih aku tengok Mak aku, adik-adik aku sibuk menelaah Novel tuh sampai habis. Lepas tu aku tengok Novel terbiar jer atas almari. Dengan tidak sengaja nyer aku ambik novel tu then start menelaah balik isi kandungan dalam nyer hanya 2 hari jer aku dapat habiskan membaca novel Adam & Hawa. Bila dah feel-feel baca story dalam novel tuh macam x puas hati jer, aku mintak ofismate download citer nih sebab rumah aku x pakai Astro Beyond ni. Macam rugi pulak nak ambik sebab kami hanya menggunakan TV Kotak jer..

Masa aku dok feeling membaca novel nih tersentuh dengan ayat-ayat yang Adam Mukhriz katakan pada Aina Hawani....Mula lah cari laki nak soh die buat macam Adam Mukhriz..dasar obses dengan citer novel Adam & Hawa....

Novel dah habis baca...aku belum start lagi nak tengok drama nih yang dah di downloadkan tapi ada episod 1-20 jer...Errmm kalau boley nak la sampai episod terakhir. Baru rasa puas nak feel-feel... Ni kang baru nak start feel...tetibe Bersambung......potong stimm jer...

Tunggu dulu la sampai Episod kemuncak nyer...Bile aku tengok trailer drama Adam & Hawa yang dilakonkan oleh Aron Aziz dengan Nadiya Nisa memang sesuai sangat dorang kena dengan watak nyer. Adam Mukhriz dengan kehenseman nyer...Aina Hawani yang garang,ego..pandai Nadiya Nisa bawak watak Hawa nih. Layan siot tengok trailer pun dah feeling...aduhhhh....


Meh layan trailer

Wednesday, October 3, 2012

Sakit

Makin hari makin lama belakang badan aku makin sakit. Dari bawah bahu hingga pinggang, macam ader benda di cucuk-cucuk. Dah la seharian bekerja duduk mengadap laptop jer.



Baru-baru nih aku pergi darul syifa untuk berubat.Ustaz tu buat rawatan dengan baca ayat-ayat Al-Quran then letakkan tapak tangan dia dekat belakang badan aku. Terasa panas tapak tangan dia menyerap kedalam badan aku macam ada satu aura, mungkin aura ayat-ayat Al-Quran yang dia bacakan tu.Selepas tu dia tiup kat dalam botol air mineral, untuk buat minum & mandi.Dia ada juga bagi Daun Bidara. Aku ada baca dalam blog Darulsyifa pasal Daun Bidara ini.

Rawatan Daun Bidara


Salah satu ikhtiar yang diusahakan di Darussyifa’ ialah rawatan menggunakan daun bidara. Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :

“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara du abatu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”

Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.




Kaedah rawatan :
Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara untuk kegunaan tiga hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Ambil tujuh helai daun bidara ini kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur. Campurkan daun yang separuh hancur itu dengan air yang telah didoaka. Minum sedikit air ini kemudian dibuat bilasan mandi di waktu petang. Lakukan kaedah ini selama tiga hari berturut-turut.

Rujukan : Rawatan Penyakit Jasmani (I), Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din



Aku masih buat rawatan ni lagi. Alhamdulillah dah sedikit lega. Tapi perlu amalkan perkara-perkara sunat Rasullah s.a.w dan perbanyakkan membaca Ayat-ayat Ruqyah. InsyaAllah segala kejahatan dan gangguan halus boleh dihindari..Amin. Kita perlu usaha untuk mencari pengubat segala penyakit dan mengubati nya. Duduk diam sakit tak akan hilang , malah akan menjadi makin kronik.




Jadi renung-renung kan dan selamat beramal!!....
 

Sunday, September 30, 2012

Athirah Baby

Terjumpa pic-pic Athirah masa kecik...


Comotnyer ko dik makan biskut oreo....



Kehidupan

Sakit kepala dari semalam tak hilang-hilang. Rasa macam nak pecah sakitnyer.Sakit kepala bahagian dahi nih macam rasa nk tumbuh tanduk jer.Macam-macam masalah yang terjadi..redha jer lah menanggung nyer.Allah sentiasa menguji hambanya.

Lega dah selamat  buat Exam PPTM..soalan diluar jangkaan.Fuhhh...tawakal jer la menjawabnyer.
Masa memang kesuntukkan.Bahagian paper B Daya Menyelesaikan Masalah hanya 45 minit jer untuk 50 soalan.Mana cukup masa...Aku dah la mengira lemau..kene bukak kasut kire pakai kaki..hehehe melampau tuh..kertas semua aku conteng buat kire2..bila SPA announce lagi 10 minit..terkuncit aku rasa nak terberak tercirit buat pengiraan..dah nisbah-nisbah, pecahan, peratus bagai semua benda nk kene kira.Tetiba la hanpone aku x silent dengar lagu Maya-Diari biru..lagi la buat aku mengelabah berpeluh-peluh.Hanphone dalam beg, kaki aku dah kuis-kuis beg tu pijak-pijak mana tau tertekan button nak off kan ringtone tu. Sekali bunyi message pulak..fuuhhhh...
Akhirnya dapat jugak menjawab soalan SPA PPTM F-29. Kalau ader rezeki aku InsyaAllah..... x boley mengharap sangat sebab orang yang menduduki exam ramai. Sampai aku jumpa kawan-kawan ex-unikl dulu. Jumpa Aliff, Elly, x ingat nama budak nerd kelas DIM tuh. ader jugak yang aku cam ex-unikl dulu tapi x kenal sgt just cam muker dorang jer...

Lepas nih aku kene prepare untuk buat MUET Speaking pulak...huhuuhu dah tua baru nak belajar...what the Mimi...x per la Ilmu kene cari sehingga di hujung nyawa...betul ker ayat nih. Macam lain amcam jer bunyi.It's time to me to futher study...it's time....dah lama dah impian aku nak sambung degree nih. Masa sahaja yang tak mangizinkan.Harap semua akan berjalan dengan lancar...Amin dan semoga Allah permudahkan segala urusanku...Amin

Friday, September 28, 2012

Mencari Tip2s untuk menjawab Exam esok...

Hari ni aku datang berkerja bukan nyer buat kerja...hehehehe...last minit study memang kelam kabut di buat. Time ni la nak google itu, time nih la nak tulis note, time ni lah nak buat latih tubi math, time  nih la baru nak buat semua benda...

Macam mana la semua note aku buat nih nak masuk dalam kepala nih. Makin aku membaca makin berat pulak otak aku nih, kepala pun berdenyut-denyut macam nak pecah...memang otak aku nih slow kot, x boley nak process information untuk di muat kedalam otak-otak..Macam komputer lak otak nih kan...makin kita load banyak makin slow & berat RAM die...jangan hang sudah!!
Ya Allah mintak dipermudahkan lah urusan hambamu ini...Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang... AMIN...

Info-info yang aku cari....

Senarai Menteri
Suruhanjaya Reid
Brain Storming Math
1Malaysia
Malaysia Kita (Isu-isu Semasa)
Perdana Menteri Malaysia
Electronic Government In Malaysia
Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29