Nuffnang

Tuesday, November 20, 2012

Minah Rempit..Mimi sempot...

Semalam aku pergi kerja merempit bawak motor...disebabkan Hari Isnin pergi kerja bawak kete sampai Opis pukul 8.10 minit. Dah banyak kali lambat bulan nih..bukan bulan nih jer lambat every month lambat. Memang tak dapat dielakkan lar..kepala nih macam dah set jer keluar rumah mesti pukul 7.30 pagi..tak boley nak kuar awal sebab kalau awal kan gelap lagi..mata tak nampak silau kalau jalan dalam gelap..alasan..lagipun kalau keluar kul 7.30 tu matahari dah muncul, so morning sunny nih baik untuk kesihatan kulit..dapat vitamin C kot..hahahaha memandai jer aku...
Ha..dah lama giler tak bawak moto rider sorang-sorang kat tengah jalan sesak orang sibuk nak pergi kerja balik kerja..memang mula-mula selit-selit celah kereta tu seriau la jugak..tapi biler dah cilok-mencilok smooth jer aku bawak moto rasa macam syyookkk pulak. Perrghhh kalah lelaki-lelaki yang bawak moto saing-saing aku kat traffic light. Bangga sikit la kot..sebab aku boley follow ader brader naik moto scrambler tinggi tu cilok-mencilok...hehehehe tahu laki aku mamposs kene maki...hehehehe tapi keselamatan harus dijaga..bawak moto kena confident.Hehehehe
 
Balik dari kerja aku terus pergi carefour Subang Jaya, Athirah teman opahnyer pergi Reflexsology kaki. Lepas reflexsology pergi beli icebelnded Chocolate with pearl...my favarourite is Cool Blog tapi kat Carefour tak ader Cool Blog just Each a Cup brand pun ok jugak la cuma pearl dia tak chewy pearl cool blog.
 
 
Athirah kalau nampak mainan masuk duit syiling 50sen jer nih mesti nak naik...dekat mana-mana pantang terjumpa, melompat-lompat nak naik...layankan....
 



Monday, November 19, 2012

Shopping @ SACC Mall

Hari ahad pulak berjalan ke SACC Mall Shah Alam teman atuk & opah pergi shopping. Aksi-aksi Athirah...Teruja tengok beras kaler-kaler (Kolum)....kawasan larangan pun dia nak masuk.
Meleleh air liur teruja...
 
Alamak tersepak kolum nih
 
 Kawasan larangan pun dia tak peduli nak masuk jugak. Lepas kepenatan berlari dalam Mall, berhenti makan dulu sambil menunggu atok bershopping. Atok belanja ibu baju & Minyak wangi...heheehe...sayang Atok...hehehehe







Taman Botani Putrajaya

Seminggu berduaan bersama Athirah sebab ayah nyer balik kampong bersama geng nyer Iqbal selama seminggu. “ Laki geng laki larr pompuan geng pompuan”...bak kata Iqbal... Aku tak dapat la nak cuti sampai seminggu...cuti aku pun yang pro rate nih pun dah aku advanced cuti EL last2 month. Cuti tak banyak pong...makanya aku lepak lar weekend berduaan bersama athirah.Tapi tak rasa sangat sebab opahnyer kt sebelah jerk an...ape2 hal mak aku ader..tu ler untungnyer tinggal sebelah umah mak nih...banyak sangat advantage nyer. Kalau tak ader bawang nak masak, amik umh mak..alasan malas nak pergi kedai..hahahaha memang malas pong..nak mintak tolong macam-macam senang...Alhamdulillah lah memang banyak kesenangan aku duduk sebelah rumah mak nih. Tapi tak boleh la selamanya...lemau badan nanti...
Weekend hari Sabtu, dari pagi sampai ler tengahari tengok tv jer, celik mata bukak tv mengadap jer tv..makan pun depan tv tak bergerak-gerak..tahap kemalasan tahap maksimum. Keadaan rumah adalah tunggang langgang…ader aku kesah...dah petang tu macam boring pulak, berpinar mata nih tengok tv, sakit mata tau asyik tengok tv seharian. Petang tu mak ajak pg Putrajaya jalan-jalan bawak Athirah, kesian athirah boring tak ada abang nyer. Kalau ada asyik bergaduh jer kerja nya, huru-hara jadinyer . Bila abang tak ada kesian pulak tengok cakap sorang-sorang, main sorang-sorang.
“Jommla dik kita pergi Putrajaya jalan-jalan…”  aku ajak… “Yeaaayyyy…” bukan main hepi sangat2 dia kalau bab jalan ker bab makan ker memang die suka sangat. Pantang ajak jer laju jer berdesup nak tukar baju la, nak bawak hanbag lar kadang-kadang suruh make up sekali….layankan..
Dalam kepala…mana best kat Putrajaya nih..dah selalu pergi macam dah tak ader tempat lain nak dituju. Terus ingat Taman Botani tak pernah masuk lagi….
 Jalan-jalan bersama Athirah dan Opahnyer….

Athirah bukan berjalan...berlari jer...dengan aku-aku sekali berlari kejarkan dia. Berpeluh-peluh aku mengejar Athirah, Si Athirah lagi la berpeluh-peluh…dia memang suka…

 
Aksi-aksi bergambar athirah, tiap kali nak tangkap gambar die berlari…..puas aku berlari kedepan pastu standby kat depan nak shoot gambar die tengah berlari…tak sempat laju giler dia lari…Tiap kali nak tangkap gambar dia buat macam-macam aksi bergerak, dah blurr gambar almaklum ler kamera cabuk..

 
 Ader Seafood Restoran di tengah-tengah Tasik Kat Taman Botani ni. Siang-siang pun bukak… selalunyer seafood nih malam baru die bukak.Round-round dalam Taman Botani rupenyer luas la kawasan die , aku tak larat nak pusing habis. Sekarat jalan jer dah joomm balik…
 
Sebelum balik tu singgah Alamanda, opah ajak makan Pizza Hut…tetibe teringin nak makan Pizza opahnyer…
Order Pizza Chessy reloaded Pineapple Chicken…too melt lar…muak la rasa…kekenyangan sangat kot…Peberet Athirah Mushroom soup…Yummm yummm…top up lemak selepas membakar nyer di Taman Botani…hahahaha

 

Keluar jer dari Pizza Hut, tetiber athirah berlari pergi ke arah Carefour...berlari aku mengejarnye...main suke hati die nak sambung berlari dalam Alamanda nih...sekali die nak pergi pegang Upin & Ipin rupernyer.Di belek-belek Upin & Ipin punyer signage ni, ingat macam hidup ker aper benda nih...Athirah2 pengaruh kartun nih kuat sangat.
 

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH : 1434H

Doa Akhir Tahun:
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun:
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
 
Copy from:Oh Islam

 

Sunday, October 14, 2012

Too Blank :-(

Totally blank. I cannot thinking over on my head. I'm not creative thinker. Any idea that need to think i cannot...i cannot...i got headache....what shamed of myself...too shamed...very2 shamed which 3 more candidate that so young than me can be more creative & give excellence explaination rather than me.
Ohhhh....too demotivated. I dont have a mood to work...i need a rest....

Wednesday, October 10, 2012

Syok layan lagu Muara Hati

Jommmmm layannn.....



Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

Source: http://www.lagubestbest.com/2012/08/muara-hati-hafiz-siti-nurhaliza-lirik-mtv.html#ixzz28y75TjT4

Obses Adam & Hawa

Masa mula-mula drama Adam & Hawa nih keluar aku tak ambik port sangat.Novel nyer pun aku dah baca masa dulu zaman belajar-belajar. Dah tak ingat tahun biler..tengok-tengok novel tu masih elok lagi dekat rumah mak aku. Bila keluar jer drama Adam & Hawa nih aku tengok Mak aku, adik-adik aku sibuk menelaah Novel tuh sampai habis. Lepas tu aku tengok Novel terbiar jer atas almari. Dengan tidak sengaja nyer aku ambik novel tu then start menelaah balik isi kandungan dalam nyer hanya 2 hari jer aku dapat habiskan membaca novel Adam & Hawa. Bila dah feel-feel baca story dalam novel tuh macam x puas hati jer, aku mintak ofismate download citer nih sebab rumah aku x pakai Astro Beyond ni. Macam rugi pulak nak ambik sebab kami hanya menggunakan TV Kotak jer..

Masa aku dok feeling membaca novel nih tersentuh dengan ayat-ayat yang Adam Mukhriz katakan pada Aina Hawani....Mula lah cari laki nak soh die buat macam Adam Mukhriz..dasar obses dengan citer novel Adam & Hawa....

Novel dah habis baca...aku belum start lagi nak tengok drama nih yang dah di downloadkan tapi ada episod 1-20 jer...Errmm kalau boley nak la sampai episod terakhir. Baru rasa puas nak feel-feel... Ni kang baru nak start feel...tetibe Bersambung......potong stimm jer...

Tunggu dulu la sampai Episod kemuncak nyer...Bile aku tengok trailer drama Adam & Hawa yang dilakonkan oleh Aron Aziz dengan Nadiya Nisa memang sesuai sangat dorang kena dengan watak nyer. Adam Mukhriz dengan kehenseman nyer...Aina Hawani yang garang,ego..pandai Nadiya Nisa bawak watak Hawa nih. Layan siot tengok trailer pun dah feeling...aduhhhh....


Meh layan trailer