Nuffnang

Wednesday, June 20, 2012

Aktiviti anak2 di kampung

Sememang nyer tiap-tiap bulan akan balik kampung laki ku di Johor. Hujung bulan or awal bulan akan menjadi rutin bulanan untuk balik ker kampung. Memang x miss nyer lah...kalau miss dorang akan datang ke KL pulak..huhuhuhu...

Aktiviti-aktiviti dikampung banyak..memang ader jer la benda nak buat lagi-lagi Iqbal & Athirah, terus bertukar menjadi aktif dikampung. Ada saja jer benda yang dorang nak buat.

Selalunyer aktiviti dorang selepas sarap (Bekpes), dorang akan menyapu halaman dari depan ke belakang rumah pastuh bawak ke depan rumah balik dan seterusnya sampai dorang penat. Dengan kete roda tiga nyer si iqbal tolak, x padan dengan badan kecik. Yang si Athirah usung la penyapu lidi sapu2 halaman nenek nyer. Jumper  bunga nenek nyer yang tengah berkembang mekar, mula la petik letak dekat telinga pastu tunjuk kat semua orang " Cantik x..cantik x" membebel jer la mulutnyer tuh..sampai orang cakap "Cantikkkk!!" baru dia puas hati...

Aku pulak...bila sampai kampung aku suka tengok MIL aku masak, nanti balik aku cuba la praktik kan..baru sekarang aku rajin masak. Kebanyakkan masakan aku masak laki aku cakap dah nak sama macam mak dia nyer masakan. Memang ler..dah aku bulat2 copy paste resepi mak mertua ku.Hahahaha... kuih pun aku dah rajin buat..kuih gunting la selalu aku buat sebab anak2 suka and makan pun kenyang.Resepi kuih gunting MIL aku paling simple and easy sgt nak buat. Nanti aku try nak update resepi pulak.

Dah terlalut pulak dari tajuk..meh aku nak bagi tengok aktiviti anak2 ku dikampung..aku biarkan jer dorang nak buat aper pun kat kampung. Nak main pasir ker , main ayam , main kucing ker...biarkan jer.. just monitor jer dari jauh.Ye lar dekat Puchong mana dorang dapat main semua2 tuh kan... Let's kid be the kids... Biar dorang puas dengan aktiviti yang dorang buat...




No comments:

Post a Comment