Nuffnang

Thursday, June 21, 2012

Merancang Hidup Setelah Bergelar Isteri

Petikan dari iluvislam



List untuk wanita awesome!
Disenaraikan beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam list anda (wanita-wanita awesome) sekalian. Terutama buat semua yang bergelar isteri dengan kahwin muda serta bagi mereka yang bercita-cita tinggi untuk berjaya walaupun setelah bergelar isteri.


1. Perancangan untuk menyambung pengajian bagi mereka yang mahu.
Di mana? Kursus apa? Tajaan atau pinjaman pengajian?


2. Kerjaya
Pemilihan kerjaya yang sesuai bagi mereka yang sudah tamat belajar.


3. Pendidikan awal bayi dan kanak-kanak
Terlalu banyak website yang mendedahkan berkenaan dengan childhood education. Saya sangat berminat dengan homeschool bagi anak-anak. Boleh tanya Prof. Google


4. Persediaan bergelar ibu, ilmu yang perlu bagi wanita hamil
Walaupun anda merancang keluarga, tapi sangat penting untuk dapatkan ilmu yang secukupnya berkenaan dengan kehamilan.



5. Plan kewangan
Bahagian ini perlukan perancangan yang teliti selepas perkahwinan. Saluran pendapatan, perbelanjaan, peluang-peluang tambahan pendapatan dan sebagainya harus dibincangkan berdua. Ia bukan tanggungjawab suami sahaja!


6. Rancang tempat tinggal yang sesuai
Mungkin ada yang memilih untuk tinggal di kampung, pinggir bandar atau di bandar. Meungkin ada yang memilih rumah banglo atau rumah kos rendah. Semuanya bergantung kepada keselesaan keluarga. Tetapi, penting untuk kita memilih persekitaran tempat tinggal yang baik kerana ia akan mempengaruhi anda dan keluarga.


Malang bagi wanita yang hidup tanpa matlamat dan tanpa arah tujuan. Jadilah wanita yang produktif dan punya matlamat hidup yang jelas. Jadilah isteri yang hebat, mampu menjadi yang terbaik di rumah dan menyumbang untuk ummah!

No comments:

Post a Comment