Nuffnang

Monday, February 24, 2014

1st day hantar Athikah rumah pengasuh & Kembali bekerja

Dah 2 bulan cuti bersalin dan bersama Nur Athikah sentiasa.Lagi seminggu nak masuk kerja aku dah rasa mother blues..sayu jer tgok Nur Athikah macam-macam benda aku fikir macam mana nanti kalau tinggalkan dia kat rumah pengasuh nanti..boley ker dia biasakan diri dia..meragam ker dia…Kali nih aku nak berazam untuk BF Nur Athikah selama 2 Tahun..Insya Allah selagi susu di badan masih mampu mengeluarkan hasilnya…So, ini adalah 1st experience pengasuh (a.k.a Cik Nora) untuk belajar macam mana nak menyediakan dan mempergunakan susu ibu dengan betulnya…aku pun ajar cara macam mana..dan ini pun  1st experience aku..aku banyak refer dari internet dan bertanya kat kakak2 di tempat kerja nih. Seminggu sebelum masuk kerja aku dah pum Susu untuk buat stock. Masa nih aku simpan stock dalam bekas dadih jer…dalam seminggu dapat la buat stock dalam 10 bekas…masih belajar macam mana nak sediakan stock BM nih.(saya budak baru belajar). Sehari sebelum masuk kerja Athikah meragam, asyik nak berdukung jer tak nak letak. Dalam buai pun tak nak tido. Menangis melalak, hati aku dah rasa serba salah, dalam hati dah rasa terdetik macam nak berhenti kerja jer rasa…aku percaya majority ibu-ibu yang nak masuk bekerja selepas bersalin akan rasa perasaan ni…
Petang tu pergi Putra Height beli cooler bag, storage bottle & plastic storage milk. Semangat nak pump kat opis nanti.Singgah pulak ke One City Mall Subang Jaya yang baru bukak awal tahun lalu. Sajer tengok apa yang ada dalam tu. Masa tu naik lift then ramai orang pergi tingkat atas sekali, aku ngan mak aku just follow jer dorang. Rupernyer ada Skypark kat atas sekali, boley tengok view area puchong & USJ.Cantik view nyer…






Malam dah sediakan BM untuk bawak ke rumah pengasuh masukkan ke dalam botol siap-siap, bersungguh mengemas barang-barang dan beg kerja.Takut esok kelam kebut…Masa nak tidokan Athikah aku cium dengan tak semena-mena nya air manta aku meleleh..sedih..Dikk behave yer esok kt rumah pengasuh…jangan meragam…ibu nak kerja…sobbss…sobbsss…
Pagi nak pergi kerja dah bangun pukul 5 pagi dah kunci alarm dah..bunyi jer terus bangun mandi, solat dan salinkan pampers baju Athikah.Pukul 7 keluar angkat beg masuk kerete dulu baru angkat Athikah. Dah hantar kat rumah pengasuh dalam perjalanan nak ke tempat kerja aku menagis sedih….

Kenapa kali ini aku bersemangat nak full beast feed anak yang ke-3 nih?. Motivator aku adalah seorang yang ku anggap kakak sendiri Kak Irhan, dia yang support aku dari segi peralatan dan nasihat. Alhamdulillah… Kak Irhan aku jadikan dia sebagai idol aku untuk BF mommy ni….semoga Allah s.w.t membalas jasa baik dia.

Wednesday, December 25, 2013

Bersalin nyer citer...

Cerita bersalin yang telah terperap lama dalam draft.


Expect awal bersalin dalam 36-37 weeks tapi pregnant kali ke-3 nih lambat pulak kuar nyer...dah sarat sangat rasanyer..memang nak cepat bersalin..tunggu jugak tanda-tanda tapi x rasa or tak perasan.



24 Disember 2013

4.am-Mengeras perut dah mula rasa..contraction yang kuat datang dengan kerap, nak tido pun x lena.
8.00am-Kejutkan husband tido, ajak pergi hospital.
12tghari-Pergi hospital Putrajaya terus ke Labour room. Check bukaan baru 2cm, then doctor swap ambil sempel air ketuban memang positif tapi air keluar sikit jer.
1.00pm- Masuk wad dulu.
8.00pm- Bukaan 3cm…kejap check 2cm balik…tapi contraction kerap jugak.




25 Disember 2013
7.00am – Induce
8.00am- Perut dah rasa sakit sangat, tapi macam nak terberak jer rasa, cakap dengan nurse dah 3 hari tak berak saya sakit perut nih sebab sembelit kot. Nurse bagi ubat picit masuk kat bontot..perrghh jap2 tu rasa nak terberak..berlari anak-anak aku ke toilet.
10.00am- Dah bukak 4cm, rasa macam nak terberak lagi pun ada.Nurse panggil doctor check dah 5cm.
11.00am- Terus nurse tolak aku ke labour room sama pulak tu dengan kakak depan katil aku, kitaorang masuk saing.Call husband cakap dah masuk labor room baru dia gerak dari Semenyih rumah adik ipar.
2.00pm-Doktor datang check bukaan, lambat sangat bukak nih. Sekali check2 air ketuban x pecah lagi. Dia tolong pecahkan…hanya Allah sahaja yang tahu sakitnya aku menahan.Doktor suruh tengok air ketuban aku yang dipecah kan satu balang air nyer. Banyak nyer…
3.00pm- Kekerapan sakit bersalin dah lagi kuat aku rasa, time sakit tu datang aku sedut kuat-kuat gas pelali tu, terus lalok dibuai-buai mimpi..hilang jer lalok tu sakit balik…errkkkk

4.00pm- Dah x tahan dah masa nih aku dah rasa betul-betul nak teran…sempat sms husband suruh masuk labour room sekarang sebab aku dh nak teran. Aku jerit panggil nurse…sebab tak der siapa dalam labour room tu. Time aku teran nurse dah salin semua lapik baru check dah 7cm, ok time to TERANNN…2-3x teran…Alhamdulillah dah selamat keluar..ffuuhhhhh legaa…..Nur Athikah seberat 2.85kg



Sunday, December 15, 2013

My New Niece


Biras aku selamat bersalin pada 15hb Disember 2013 di PPUM. Dapat baby girl berat 2.96kg. Aku dengan husband datang melawat.Comel giler baby nih...time belum ada nama di beri. Masa nih aku dah 38weeks pregnant.Tunggu masa jugak nak deliver.Bila dah tengok biras dah bersalin hati nih mula la risau biler la time aku nih..huhuhu

Muka x sabar nak bersalin

Balik dari PPUM , dah alang-alang dekat dengan Bangsar nih. Hari tu aku tertegok orang post status makan dekat Dip n Dip Bangsar , makanannyer chocolate air chocolate..meleleh air liur aku ngidam lak nak makan tu. Ajak arr Husband gi Dip n Dip nih..huuhuhu..
1st time pergi main terjah jer, so aku google la kat mana tempat dia nih…dah park kete tu berjalan la kaki sampai ke Bangsar village tu..tak jumpa2 pun restoran nih. Try search balik…try waze pulak..confuse lak aku pening dah..Jom lar pergi kat kereta balik.Tengah sarat-sarat berjalan memang memenatkan, macam dah berputus asa jer nak ajak balik. Sekali kat kereta terpandang Dip n Dip…hohhh kat sebelah parking kereta jer restoran nyerr..aduyaiii…
Ok dapat jumpa jugak..masuk restoran tu then tengok menu..mak datok mahal jugak menu-menu nyer..so, cari ler yang murah sikit yang mampu dibayar..hahahaha..
Nih la menu aku makan hari tu..lepas ngidam dah…ngeh..ngeh..ngeh…



Thursday, October 31, 2013

Musibah yang menimpa..

Macam-macam dugaan yang datang di saat aku tengah sarat nih. Semoga aku diberi kesabaran yang tinggi untuk menempuh dugaan & ujian hidup..Amin

Pada malam Rabu 30hb Okt 2013...husband mengalami kemalangan kereta, terbabas di tepi tembok highway NPE. Aku yang sedang lena dibuai mimpi tiba-tiba dapat panggilan talifon dari husband..."Yang abg accident"...aku macam eh betul ker nih..jangan main-main...dah tengah malam nih awak balik lar..naper x balik-balik lagi...perasaan aku terkejut bercampur marah yang amat..aku dah larang jangan keluar malam nih..rehat duduk rumah jer... nak keluar jugak jumpa kawan-kawan..Ok fine...
Aku terus bangun gagahkan diri drive sorang2 pergi ke tempat kejadian. Mengucap panjang aku tengok keadaan dia ngan kete macam tu. Alahai......
Amarah aku habis terkeluar depan kawan-kawan dia..sebab aku dah larang dan bercakap sebelum tu. Tapi benda dah jadi..aku pasrah jugak lar...

Lokasi tempat kejadian, tepi highway NPE dari Pantai dalam sebelum toll ke Sg besi & Petaling Jaya.



Kereta remuk, tayar sportrim bengkok.


Keadaan husband..mulut luka, mata kanan & kiri bengkak, bahu kanan sakit.
Aku bawak dia ke PPUM untuk rawatan kecemasan dari pukul 1 pagi-7 pagi (6 Jam) kene Observation doctor cakap..ikutkan jer lar..dah X-ray buat Ct Scan semua Normal tak ada apa2 kecederaan dalaman or patah pun. Then bawak pergi dental untuk plastic surgery katernyer...untuk jahit bahagian atas mulut yang terkoyak tuh...scary jer tengok..tapi aku kuatkan ajer lah...tolak ler husband naik wild chair tu. Orang tengok pun pelik...Masa ni lah aku paksakan diri aku,kuatkan dan gagahkan diri untuk uruskan husband yang dalam keadaan yang tak berapa baik...tengah sakit...


Besok nyer tengok kete kat bengkel...alahai sedih sayu tengok keadaan kete nih tau...ini lah kete pertama aku...baru jer pakai 2 tahun lebih...aku nih mana ler mampu nak beli kete baru...beli kete 2ndhand nih pun aku dah bersyukur sangat2....uwaaaaaa....


Kata-kata semangat.......Amin....

Monday, October 28, 2013

Gathering BFF @PD..Berbabeque

Seronok sangat dapat lepak dengan BFF..semua ada complete dengan anak2 & husband masing-masing.

Planning nak gathering nih dalam 3 bulan sebelum nyer. Ini la senang nyer kalau kemudahan berkomunikasi yang semakin canggih sekarang. Sejak dah bergroup whatsup..kami buddy tak akan terpisah..Iklan digi sekejap...hahahaha...
Seronok hari-hari berwhatsup macam-macam citer..pasal anak, zaman sekolah dulu lar..kisah-kisah dulu biler citer-citer balik memang kelakar...pasal masalah la, nasihat, pandangan dah bermacam-macam lagi kami buddys berkongsi...seronok sangat2 ada kawan2 macam korang...


Ada drama malam sebelum nak pergi gathering nih. Memang betul2 dugaan bagi aku, sangat-sangat mencabar tahap kesabaran dan kewarasan akal dan fikiran. Beristighfar banyak-banyak masa kejadian malam tu.
Kenapa selalu jadi benda2 macam nih bila time & masa aku nak spend untuk sebelah pihak aku? selalu sangat lah...sampai rasa fed up...sorry lah dah ter'emosi pulak....uiissssshhhh dah pergi jauh2 emosi itu..aku tak suka emosi itu...x suka...biarlah lenyapkan emosi itu...

Tapi aku tetap nekad pergi jugak PD walaupun aku tak follow konvoi kawan-kawan aku...x larat pun aku gagah kan demi sebuah persahabatan...ceeewaahhh..
Walupun aku lambat..aku berjaya sampai juga ke destinasi yang dituju...
Sampai-sampai tepi Pantai PD di Tanjung Tuan, kereta sangkut dekat pasir pantai...uiisshhh lagi mendatangkan rasa kemarahan dalam diri. Dah la emosi aku x berapa nak elok...sabar banyak2...

Terus aku lepak dengan sahabat-sahabatku...bawak anak2 mandi....emosi kembali stabil...borak-borak gelak-gelak..hilang penat aku semalam...tengok anak2 happy aku pun happy terus...

Ibu, mama bersama anak2...melayankan karenah anak-anak jer..tengok dorang main sama-sama dengan anak-anak BFF bahagia sangat..semoga persahabatan ibu, mama akan terwaris kat anak-anak pulak...

Ayam yang sedang di bakar untuk santapan...


Ayah, papa yang sedang membakar ayam..berbabeque...


Port betul2 tepi pantai di bawah rimbunan pokok-pokok yang redup...

Anak-anak yang sedang bergumbira bermain air laut dan ombak pantai.


Atirah dan Qena..best friend..bagus athirah jadi guard si qena..pandai berkawan.


Bila dah penat main air, berpanas melekit...isi perut dulu makan & minum...Ibu2 ayah2 melayan anak2 makan...

 Sebelum nak balik snap pic BFF with the family. Memang seronok dapat gahtering macam nih dengan BFF family. Semua ada masa nih...rasa sekejap jer masa dah petang semua dah nak balik. uhukuhuk...
Next time planning lagi kita plan aktiviti best sikit.

Husband2 with son.


Kami buddys tak akan terpisah...sayang korang ketat2....Muaaahhhhh!!!!


End...

Tuesday, October 15, 2013

Aktiviti di Kampung pada cuti hari Raya Aidiladha 2013

 Aktiviti anak-anakku kalau balik Felcra rumah Atok & Nenek, pagi-pagi lepas sarap dah turun main tanah. Al maklumlah duduk rumah x der tanah...biler balik kampong bebas nak buat bermacam-macam aktiviti. Gasak korang ler...jangan korang happy...
Pagi-pagi lepas sarap main basikal dulu../keluarkan peluh...Lepas tu main tanah.


Malam sebelum hari raya aidiladha,buat barbeque bakar-bakar ayam. Gambar membakar banyak dekat kamera adik ipar. Bakar 2 ekor ayam, makan sampai lebam. Last buat barbeque masa Arwah Juli ada..time buat barbeque nih hati aku sayu jer..tetibe teringat kat dia. Sobs..sobs...Danish la pengubat rindu pada Arwah Juli.

Pada petang selepas penat memasak lauk-lauk untuk Hari Raya Aidiladha, MIL ajak round dekat Kg Tui-Felda Maokil...MIL selalu ajak round dekat sini sebab view sangat cantik...permandangan atas bukit...



Pada Hari Raya Aidiladha, selepas solat raya MIL ajak pergi Melaka bawak Danish jumpa sedara-mara Arwah Mama dia. Aku pun follow jer MIL. Sampai rumah Mak sedara Arwah, masing-masing sedih/menangis bila tengok Danish. Danish jadi tumpuan sedara-mara Arwah, masing-masing nak dukung main-main ngan Danish. Ada yang tangkap gambar, amik video. Sampai penat Danish, tido sekejap kene bedung MIL yang dodoikan.

Balik singgah sekejap dekat teluk klebang/Tanjung Bidara amik angin pantai.
Air laut naik, tapi ramai yang mandi dekat pantai ni...seram jer tengok  


Sunday, September 29, 2013

Lepaking di Putrajaya bersama FIL

Minggu yang sangat penat bagi aku. 
 Lepas balik dari wedding adik lelaki di perak, siap-siap kan anak-anak dan diri terus rushing ke bangi. Dorang dah tunggu untuk dinner sama-sama. Sampai-sampai Restoran Yankies Hut bangi, husband dah tunggu kat depan.Pakwe adik ipar pun ada makan sekali ngan kitaorang. Lepas dinner terus balik Semenyih tido rumah adik ipar. 



Hari ahadnyer bangun pagi-pagi bancuh air milo cicah biskut breakfast then terus gerak pergi balik rumah dulu kat Puchong. Siap-siap terus pergi kelas dekat UITM Puncak Perdana. Kelas dari pagi sampai petang ni 1st kelas aku untuk sem nih. Lepas jer kelas terus balik puchong, husband amik kat rumah terus bawak pergi putrajaya lepak-lepak kt dataran Putrajaya.


Balik rumah malam tu pinggang rasa nak patah jer...sib baik husband tolong urutkan.