Nuffnang

Monday, July 2, 2012

Zoo Negara

Weekend hari tu (23hb Jun 2012) spend time with our child at Zoo Negara. Tak planning nak pergi terlintas jer dalam kepala otak nih nak gi Zoo. Pagi Sabtu yang hening, bersiap-siap diawal pagi, kul 10 pagi gerak ker Ulu Klang Zoo Negara.
Cuaca agak cerah dan panas...

Last pergi Zoo Negara masa bawak Iqbal 2 tahun lepas (2009) bulan 9..athirah dalam peyut ibu lagi masa nih awal 2 bulan pergnant kan Athirah tapi tak noted lagi masa nih. Masa nih Iqbal pun belum pandai bercakap, dia just tengok-tengok binatang pastuh tunjuk2 jer, then meragam sebab panas...






Athirah belum pernah lagi pergi Zoo Negara nih. Dah pandai tengok2 binatang & kenal semua jenis binatang nih baru syok sikit bawak.
Kalau soh posing depan kamera ader jer gaya die buat.

Tapi kalau ada benda lain yang menarik perhatian dia, boh layan la kamera nak pandang pun x mau... abang nyer sengih pandang tempat lain gak...

Iqbal: Ayah ni dia kawan Iqbal..
Athirah: Nih kawan adik la..
Iqbal: Kawan abang la, dia x nak kawan dengan adik...

Bergaduh adik beradik nak berkawan dengan orang utan nih... 

Ramai budak-budak tadika datang tengok Show Amphitheatre nih, Anjing laut nih pandai, dia kutip botol-botol kosong dalam air masuk dalam tong biru tuh.Haiwan pencinta alam...

Peace yoo...

Cari tempat photographer yang ambik photoshot orang masa last 3 year aku datang sini RM15 sekali shoot tapi dah x ader dah...tangkap gambar sendiri jer...

Beza 3 tahun Zoo Negara...masa aku pergi dulu macam best jer, banyak binatang, enjoy jer jalan dalam Zoo Negara masa tuh.
Kali nih aku pergi berpusing2 penat giler..pastu banyak tempat binatang-binatang yang tengah renovated...macam x syok jer.. x enjoy..tiket confirm2 dah mahal dari last 3 years...dulu masuk RM15 dewasa, sekarang RM20 dewasa...

Thursday, June 21, 2012

Merancang Hidup Setelah Bergelar Isteri

Petikan dari iluvislam



List untuk wanita awesome!
Disenaraikan beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam list anda (wanita-wanita awesome) sekalian. Terutama buat semua yang bergelar isteri dengan kahwin muda serta bagi mereka yang bercita-cita tinggi untuk berjaya walaupun setelah bergelar isteri.


1. Perancangan untuk menyambung pengajian bagi mereka yang mahu.
Di mana? Kursus apa? Tajaan atau pinjaman pengajian?


2. Kerjaya
Pemilihan kerjaya yang sesuai bagi mereka yang sudah tamat belajar.


3. Pendidikan awal bayi dan kanak-kanak
Terlalu banyak website yang mendedahkan berkenaan dengan childhood education. Saya sangat berminat dengan homeschool bagi anak-anak. Boleh tanya Prof. Google


4. Persediaan bergelar ibu, ilmu yang perlu bagi wanita hamil
Walaupun anda merancang keluarga, tapi sangat penting untuk dapatkan ilmu yang secukupnya berkenaan dengan kehamilan.



5. Plan kewangan
Bahagian ini perlukan perancangan yang teliti selepas perkahwinan. Saluran pendapatan, perbelanjaan, peluang-peluang tambahan pendapatan dan sebagainya harus dibincangkan berdua. Ia bukan tanggungjawab suami sahaja!


6. Rancang tempat tinggal yang sesuai
Mungkin ada yang memilih untuk tinggal di kampung, pinggir bandar atau di bandar. Meungkin ada yang memilih rumah banglo atau rumah kos rendah. Semuanya bergantung kepada keselesaan keluarga. Tetapi, penting untuk kita memilih persekitaran tempat tinggal yang baik kerana ia akan mempengaruhi anda dan keluarga.


Malang bagi wanita yang hidup tanpa matlamat dan tanpa arah tujuan. Jadilah wanita yang produktif dan punya matlamat hidup yang jelas. Jadilah isteri yang hebat, mampu menjadi yang terbaik di rumah dan menyumbang untuk ummah!

Teringin nak makan Pavlova

Dah seminggu aku mengantikan pose nih, time lunch sebok menengok resepi-resepi kek. Terutama sekali kek Pavlova...yummmyummm..meleleh air liur...
Seriously, aku belum pernah makan Pavlova nih, meh ler saper2 yang baik hati belanjer aku makan kek nih. hahaha
Tengok resepi nampak macam simple and easy jer...rasa macam nak buat tapi aku belum pernah makan lagi.
Nakk..nakkk...
Banyak jugak blog yang ader menjual Kek Pavlova nih, blog yang selalu aku bukak untuk menengok kek Pavlova nih dekat Blog Hotmama, tengok kek nyer memang membuat air liur ku meleleh...memang syok tengok kek, kalau makan ber syok2.






I Love to see Pavlova cake

Wednesday, June 20, 2012

Hari ni Laki ku Balik...Yeayyy

Hati berbunga-berbunga menuggu kepulangan insan yang tersayang. Lama pula rasanyer laki ku pergi  Fieldwork masuk hutan..lost contact terus. Tak dapat nak kol, tak dapat nak message, tak tahu aper citer dia dalam hutan tu.
Dari Hari Khamis (14 Jun) sampai hari nih (21 Jun) berapa hari yerr? jap aku nak kire..lembab cikit nak mengire...ha 8 hari ngko...lama tuh...anak-anak pun dah merindui apaknyer... asal aku balik keje jer mesti tanyer "Ayah mana?" adoiyai..selama 8 hari la aku asyik menjawab soalan yang sama, "Ayah keje la sayang..ayah masuk hutan" .

Selama 8 hari jugak lah aku survive sorang-sorang jaga anak, kemas rumah, basuh kain, lipat kain, masak, uruskan anak-anak. Seriously memang penat kalau menguruskan sorang2 tiada pembantu...sib baik ada mak yang berjiran. Mintak tolong hantarkan anak-anak ke rumah babysitter sebab aku dah lambat nak masuk keje kul 8.00, kul 7.30 still kat rumah lagi...terkejar-kejar nak ke tempat keje. Kalau naik moto senang jer cilok-mencilok, nih bawak kete mana boleh cilok-mencilok.

Dah semakin rajin laki ku fieldwork sekarang. Bosan pulak dia tak ada. Tak ada siapa nak membebel kat aku, yang layan borak2..bosan2...
Bila dia ada ,aku buat tak tahu jer...hahahaha...padan muka aku..

Cepatlah masa berputar...anak2 rindu dengan ayahnyer...ibu pun sama jugak...ngeee

Aktiviti anak2 di kampung

Sememang nyer tiap-tiap bulan akan balik kampung laki ku di Johor. Hujung bulan or awal bulan akan menjadi rutin bulanan untuk balik ker kampung. Memang x miss nyer lah...kalau miss dorang akan datang ke KL pulak..huhuhuhu...

Aktiviti-aktiviti dikampung banyak..memang ader jer la benda nak buat lagi-lagi Iqbal & Athirah, terus bertukar menjadi aktif dikampung. Ada saja jer benda yang dorang nak buat.

Selalunyer aktiviti dorang selepas sarap (Bekpes), dorang akan menyapu halaman dari depan ke belakang rumah pastuh bawak ke depan rumah balik dan seterusnya sampai dorang penat. Dengan kete roda tiga nyer si iqbal tolak, x padan dengan badan kecik. Yang si Athirah usung la penyapu lidi sapu2 halaman nenek nyer. Jumper  bunga nenek nyer yang tengah berkembang mekar, mula la petik letak dekat telinga pastu tunjuk kat semua orang " Cantik x..cantik x" membebel jer la mulutnyer tuh..sampai orang cakap "Cantikkkk!!" baru dia puas hati...

Aku pulak...bila sampai kampung aku suka tengok MIL aku masak, nanti balik aku cuba la praktik kan..baru sekarang aku rajin masak. Kebanyakkan masakan aku masak laki aku cakap dah nak sama macam mak dia nyer masakan. Memang ler..dah aku bulat2 copy paste resepi mak mertua ku.Hahahaha... kuih pun aku dah rajin buat..kuih gunting la selalu aku buat sebab anak2 suka and makan pun kenyang.Resepi kuih gunting MIL aku paling simple and easy sgt nak buat. Nanti aku try nak update resepi pulak.

Dah terlalut pulak dari tajuk..meh aku nak bagi tengok aktiviti anak2 ku dikampung..aku biarkan jer dorang nak buat aper pun kat kampung. Nak main pasir ker , main ayam , main kucing ker...biarkan jer.. just monitor jer dari jauh.Ye lar dekat Puchong mana dorang dapat main semua2 tuh kan... Let's kid be the kids... Biar dorang puas dengan aktiviti yang dorang buat...




Sunday, June 17, 2012

Hepi Fathers Day


Selamat hari bapa kepada Abah , Bapa Mertuaku & especially to Ayah kepada anak-anakku...

17 Jun rupanya Hari Bapa...aku igtkan 9 Jun, sebabnyer my side burn (husband) ingatkan aku minggu lepas, “sampai hati tak wish Hari Bapa Kat abang” aku pun peliks hari tuh ker sebab kat TV, FB dll x der pun info pasal hari tu hari Bapa. Tak nak bagi dia berkecil hati aku pun Sms ler “ Selamat hari Bapa dari Iqbal, Athirah & Ibu...” SMS jer.Tu pun dah buat dia happy...ok lah tuh dari ajak gi dinner ker aper ker.

Hari bapa laki den x der gi fieldwork kat Pahang, sib baik dah wish last week. So, kira dah celebrate in advance la hari bapa tuh. Minggu nih jugak besday my beloved sister Yong yang ke-30, dah tua kmau yer...

So, aku just buat cake chocolate kukus. Baru nak try buat whipping cream nak decorate atas cake tuh, punya la jahil bab2 cake nih aku gi taruk whipping cream time cake tuh panas baru kuar dari tempat kukus, dah banjir cake aku...whiping cream tadi mencair kan dirinyer...

Sib baik aku ada backup krimwheel aku buat lagi untuk decorate atasnyer pulaks...

Inilah hasilnyer.... die nyer bunga dah mencair jatuh ke tepi..


Happy Fathers day to All


Thursday, May 31, 2012

Jumper Blogger


Pergghh macam jumper artis lak aku excitednyer...

Masa wedding Zue di disimpang batu arang aku terjumpa blogger yang aku memang silent reader blog dia. Memang aku suka baca blog dia sebab blog dia penuh dengan cerita-cerita keluarga yang sungguh harmoni dan happy. Dia nih ibu kepada 4 orang anak pompuan, macam-macam cerita la dia kongsikan. Cerita yang bersahaja...

Masa mula-mula terserempak dia dalam bilik pengantin tuh aku macam eh’ macam kenal la..eh’ nih blogger yang aku selalu baca blog dia tiap2 hari..kalau dia rajin update aku selalu la bukak, kalau dah x der berupdate2 tak der la aku bukak. Tetiber aku macam blur..eh aper ea nama dia..ai ai jer aku igt... url blog dia x der la aku hafal..Cuma aku igt my life as mother macam tuh la...memamg aku tgh blur time nih...macam mana aku nak mula tegur dia nih....

Aku Tanya akak x der job lagi ker hari nih? Hari nih ader berapa job make up kan orang.. bergetar2 sore aku.. mesti kak ai dalam ati dia cakap ..eh budak nih..ntah ape2 ntah soalan dia nih..

Aku photographer for that day..so nak borak lebih kang aper pulak orang kater nk buat job ker nak mengular...hew hew

Aku just tanyer anak akak dah sihat ker? Akak hari tuh bukan sakit ker..denggi ker haper..

Rasa nak berborak tnyer macam-macam dekat blogger tuh...tapi aku blurr & tengah menjalankan kewajipan aku sebagai photographer...

Masa kak ai tuh nak pergi siapkan pengantin lelaki.. aku ajak dia tangkap gambar dengan aku..sekali Huda bley cakap aku selalu baca blog akak..dah dia tersipu malu..eh ko baca blog akak yang mana satu nih..aku cakap la yang personal..hahaha dah pecah tembelang kak ai..dalam blog open jer tulis & gambar pun gila-gila tapi syok tengok..dia jenis yang selamba..tapi bila jumpa live..kecik jer rupernyer kak ai nih..cantik pulak tuh....kagum aku..terus rasa nak buat idola...hahahaha